Kehilangan orang tersayang bukanlah hal mudah, apatah lagi apabila kita tidak berada berdekatan saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Ernie Zakri yang kehilangan ibu saudara saat dia sekeluarga berada di luar negara.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi ruangan Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi berita berkenaan kepada umum.
“Saya kehilangan seseorang yang saya sangat sayangi hari ini. Makcik saya. Seorang makcik yang sangat baik hati. Saya sangat sedih kerana saya tidak dapat berada bersama ibu. Mama sayang Umi sangat.
Ads
“Terima kasih untuk segalanya Umi. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu sehingga kini. Kami sayang Umi sangat. Alfatihah,” tulis Ernie yang memanggil ibu saudaranya dengan gelaran Umi.
Ads
Tangkap layar siaran di Instastory Ernie Zakri
Bersama tulisannya itu, disertakan poster belasungkawa ibu saudaranya yang bernama Aishah binti Mohd. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir dan pulang ke rahmatullah pada 4 Januari 2023.
Ads
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Sekadar perkongsian, Ernie ketika ini berdasarkan hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sedang berada di Kota London bersama suaminya, Syamel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak heran lah kalau selebriti terkenal dan kaya raya seperti Lisa BLACKPINK ni tambah lagi satu rumah dalam koleksi dia. Tapi yang jadi topik panas, rumah baru Lisa kali ni bukan kat Seoul, Korea Selatan tapi dia pilih kawasan elit Beverly Hills, California, kat Amerika Syarikat pulak tu!
Memang pandai menyimpan aset wanita yang pernah dinobat tercantik di dunia ni!
Rumah baru Lisa yang terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar di Coldwater Canyon ini telah dibeli dengan harga RM19 juta. Ejen hartanah yang menguruskan urusan pembelian ini menggambarkan tempat tinggal Lisa sebagai sangat tenang dan ‘tersorok’ dari kesibukan.
Rumah tersebut dilengkapi dengan empat bilik tidur, kawasan yang dipenuhi dengan pokok hijau yang luas, dan juga sebuah kolam renang. Para netizen turut terpukau dengan dekorasi dalam dan luar yang kelihatan begitu mewah.
Sebelum ini, Lisa juga telah mencuri perhatian peminat dengan mendedahkan rumahnya yang terletak di Seongbuk-dong, Seoul, yang dibeli dengan harga RM25 juta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto Via : Gavin Cater (@caterphotography)
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menonjolkan diri berdasarkan bakat, rupa, personaliti dan kepandaian di atas pentas – kesemuanya pada waktu yang sama.
Namun, wakil Malaysia ke pertandingan Mister Tourism World 2019 iaitu Danial Hansen telah membuktikan tiada yang mustahil setelah dia mengenepikan saingan 18 buah negara.
Danial yang mempunyai darah campuran Melayu, Belanda dan berasal dari negeri Sabah ini terlebih dahulu telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia 2019 dan sekaligus melayakkan diri sebagai wakil negara.
Di pentas Mister Tourism World semalam, lelaki berusia 24 tahun itu perlu melalui pusingan kostum nasional, pakaian mandi, pakaian formal serta sesi soal jawab.
Pada kemuncak acara, Danial bukan saja pulang dengan gelaran Mister Tourism World 2019 tetapi juga memenangi beberapa kategori lain.
Antaranya termasuklah Best Physique, Charmingly Cultured Award dan World Choice Award yang merupakan kategori undian peminat sedunia.
Danial yang kini aktif sebagai penggiat fitness juga berkongsi minatnya untuk menyertai industri seni lakonan apabila tiba masa yang sesuai.
Ikuti temubual REMAJA bersama Danial Hansen sebelum dirinya berlepas ke Malta untuk bertanding.
Pelakon berusia 31 tahun, Aniq Durar menjadi sebutan setelah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-33 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Aniq menerima pengiktrifan itu menerusi filem Pagari Bulan arahan sutradara prolifik, Raja Mukhriz Raja Ahmad yang mengisahkan tentang Bulan lakonan Nazeera Sardi yang diculik tentera Jepun dan dipaksa menjadi pemuas nafsu tentera Jepun.
Sebagai Leftenan Miura dalam filem Pagari Bulan, Aniq memainkan watak seorang tentera Jepun berintegriti dan berpegang kepada moral peribadinya ketika tiba di Tanah Melayu.
Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang lakonan, Aniq berjaya mengenepikan saingan lain termasuklah calon kegemaran, Tan Kim Wang menerusi filem Abang Adik, Yusuf Bahrin (The Lord Musang King), Danish Zamri (Memoir Seorang Guru) dan Safwan Nazri (Malbatt: Misi Bakara).
Buat korang yang belum begitu mengenali Aniq, jom lihat lima fakta menarik mengenainya!
01
Pemilik nama penuh Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx ini mendedikasikan trofi Pelakon Lelaki Harapan tersebut kepada arwah bapanya. Aniq berdarah kacukan Melanau-Pakistan dan ia terserlah pada rupa paras fizikal serta ketinggian yang dimiliki olehnya.
02
Aniq melanjutkan pengajian di Universiti Monash, Australia dalam jurusan perniagaan. Sekembalinya ke Kuching Sarawak, Aniq terlebih dahulu bekerja dalam bidang pentadbiran di sebuah muzium di Sarawak selama dua tahun sebelum nekad berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2019 untuk mengembangkan bakat dalam bidang seni.
03
Rezeki Aniq di Kuala Lumpur pada awalnya lebih menjurus ke arah bidang peragaan iklan komersil. Pada masa yang sama, Aniq mengasah bakat lakonannya dengan mengikuti bengkel kelolaan Joe Hafsham dan Faridah Merican. Di situ juga, Aniq sedar dirinya perlu terus memperbaiki pertuturan bahasa Melayu agar ia lebih lancar.
04
Berbanding barisan pelakon lelaki baharu, Aniq agak lewat sebelum memulakan graf seninya. Biarpun begitu, Aniq tidak memandang perkara itu sebagai satu masalah dan percaya setiap anak seni mempunyai perjalanan sendiri. Yang penting buatnya adalah kerja keras dan terus berusaha. Sebagai contoh, demi menjayakan watak Leftenen Miura, Aniq sanggup membotakkan kepala walaupun selama ini Aniq sudah sinonim dengan imej berambut panjang.
05
Aniq kini merupakan pelakon lelaki pilihan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Selepas filem Pagari Bulan, dia terpilih pula untuk menjayakan dua lagi buah filem yang belum ditayangkan di pawagam. Salah satunya berjudul Nyonya Ronggeng yang juga diarahkan oleh Raja Mukhriz. Aniq juga tidak menolak peluang menjayakan naskah drama bersiri dan wajahnya lebih dikenali selepas membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta di samping Redza Rosli serta Tracie Sinidol.
TAHNIAH Aniq Durar.
Sebagai rekod, di antara penerima trofi Pelakon Lelaki Harapan terdahulu di FFM termasuklah John Tan (You Mean The World To Me, 2017); Zul Ariffin (Penanggal, 2013); Izzue Islam (29 Februari, 2012); Zahiril Adzim (KAMI The Movie, 2009); Zizan Nin (Cinta Terakhir, 2007); Que Haidar (Castello, 2006) dan Hasnul Rahmat (KL Menjerit, 2003).
Bukan calang-calang komitmen yang ditunjukkan pelakon dan ratu cantik, Shweta Sekhon apabila sanggup menurunkan hampir 6 kilogram demi menjayakan watak Dr Malini dalam filem...