“Terima Kasih Untuk Segalanya Umi,” – Ernie Zakri Kehilangan Insan Tersayang Saat Berada Di Luar Negara

Share

Kehilangan orang tersayang bukanlah hal mudah, apatah lagi apabila kita tidak berada berdekatan saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Ernie Zakri yang kehilangan ibu saudara saat dia sekeluarga berada di luar negara.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi ruangan Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi berita berkenaan kepada umum.

“Saya kehilangan seseorang yang saya sangat sayangi hari ini. Makcik saya. Seorang makcik yang sangat baik hati. Saya sangat sedih kerana saya tidak dapat berada bersama ibu. Mama sayang Umi sangat.

“Terima kasih untuk segalanya Umi. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu sehingga kini. Kami sayang Umi sangat. Alfatihah,” tulis Ernie yang memanggil ibu saudaranya dengan gelaran Umi.

Tangkap layar siaran di Instastory Ernie Zakri

Bersama tulisannya itu, disertakan poster belasungkawa ibu saudaranya yang bernama Aishah binti Mohd. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir dan pulang ke rahmatullah pada 4 Januari 2023.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Sekadar perkongsian, Ernie ketika ini berdasarkan hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sedang berada di Kota London bersama suaminya, Syamel.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen