
Pelakon dan hos jelita, Amelia Henderson dilihat tampil berkongsi beberapa foto mesra dan ucapan ‘happy birthday‘ sempena ulang tahun kelahiran aktor popular, Aedy Ashraf di Instagram semalam.
Menerusi ruangan komen, Aedy turut mengucapkan terima kasih buat pelakon karya Pulau itu kerana mencipta kenangan indah bersamanya.
BACA LAGI : Remaja Isu Digital Sept/Okt 2023 – Imran Aqil: Hero Di Hati Dahlia Rizal
“Terima kasih untuk semua kenangan terindah,” komen Aedy ringkas.
Menjengah di ruangan komen yang sama, rata-rata rakan artis dan para pengikut merasakan pasangan ini sangat serasi dan sempurna antara satu sama lain selain mengucapkan ulang tahun kelahiran buat pelakon itu.
“You two perfect for each other! Happy birthday Dy,” komen pelakon Mimi Lana.
“Sekali dia kuarkan gambar dari simpanan dia, satu treller gula tumpah. Happy birthday Dy!! You two are so lucky to have each other,” komen seorang netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Amelia Henderson
“Alhamdulillah, Saya Sudah Bertunang..” Raysha Rizrose Selangkah Ke Alam Perkahwinan

Pelakon, model dan juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose mengumumkan pertunangannnya dengan kekasih ‘highschool sweetheart’ yang juga merupakan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri.
Bersempena tarikh istimewa 14 Februari pada hari ini, pengumuman tersebut dilakukan menerusi hantaran di Instagram Raysha.
Majlis pertunangan tersebut sebenarnya diadakan pada 22 Disember 2022. Namun ia hanya didedahkan menerusi hantaran di media sosial bersempena tarikh Hari Kekasih, 14 Februari 2023.
Beberapa foto bersiri menampakkan Raysha disarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya, Farisha Pawanteh di majlis yang dilangsungkan secara tertutup itu.
“Alhamdulillah, secAra rasminya saya sudah bertunang.”

Raysha cantik dalam persalinan baju kurung moden bersulam rona hijau pudar; sedondon dengan hiasan dekorasi pelamin pertunangan sebagai latarnya. Wajahnya dirias manis oleh Fiqqi Abdullah manakala rambut pula didandan kemas oleh Juno Ko.
Terdahulu sewaktu ditemui REMAJA di sebuah acara previu koleksi persalinan perkahwinan di ibu negara pada akhir tahun lalu, Raysha memberi gambaran bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi bersama Nabil setelah mereka melalui kisah percintaan yang cukup lama sejak berada di bangku sekolah menengah lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Setia 10 Tahun Bercinta Sejak Bangku Sekolah, Raysha Rizrose Rasakan ‘Detik Sudah Sampai’ – REMAJA
FOTO: Instagram Raysha Rizrose
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fakta Atau Auta? Lelaki Ternyata Lebih LEMAH Mentaliti Berbanding Perempuan

Isi Kandungan
Toggle
Penulis pasti, pembaca lelaki yang baru saja klik ke artikel ini tidak bersetuju dengan kenyataan di atas!
Namun, semakin lama semakin kerap pula kami lihat kes lelaki yang selalu menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Tak kisahlah di Facebook, Instagram, Twitter (melambak!) dan di mana-mana ruangan status yang ada.
Lelaki semakin terbuka untuk – dalam bahasa mudahnya – ‘meroyan’ atau merintih apabila dilanda masalah.
Lalu, kami tertanya jika benar perempuan sebenarnya mempunyai mentaliti yang lebih kuat berbanding lelaki?
Cuba lihat 5 pendapat daripada REMAJA ini.
01
Korang pernah tontonkah klip jawapan Miss Universe 2008, Dayana Mendoza di YouTube?
Jawapan kemenangan Dayana menjawab salah satu fakta mengapa perempuan lebih kuat dari segi mental.
“Men think that the fastest way to go to a point is to go straight. Women know that the faster way to go to a point is go the curves and fix every curls.”
02
Perempuan mempunyai inisiatif untuk mengambil tahu dari sekecil-kecil perkara sehingga yang terbesar. Jadi perempuan akan lebih bersedia dari segi mental apabila sesuatu yang mengejutkan terjadi.
03
Semua orang tahu bahawa perempuan lebih beremosi. Sudah azali, kaum Hawa sememangnya seperti itu. Emosi boleh menjadi satu kelebihan dan kekurangan. Namun disebabkan perempuan sudah terbiasa dilanda ‘serangan’ emosi yang tidak stabil, jadi mereka sudah mempunyai pengalaman untuk ‘handle’ kejutan dalam hidup.
04
Nampak saja lelaki ini kuat dan ‘sado’ dari luaran. Tetapi hakikatnya, mereka ini teramatlah manja dan mengharapkan kasih sayang daripada orang terdekat dengan mereka. Korang biasa kan apabila abang dan adik lelaki sendiri cukup manja dengan ibu ataupun diri korang. Jadi lelaki ini sebenarnya mempunyai hati yang lebih mudah tersentuh dek kerana layanan manja.
Hati tisu ke tu bro? Hehe!
05
Akhir sekali, satu sebab yang membuatkan lelaki akan ‘meletup’ secara tiba-tiba adalah kerana lelaki sering memendam rasa. Tidak seperti perempuan yang suka bercerita perihal masalah mereka kepada kawan dan adik-beradik, lelaki tidak begitu terbuka dalam hal ini.
Lalu bila terlalu lama sudah memendam, lelaki mampu untuk tiba-tiba naik darah dan dilihat kurang kuat dari segi mentaliti.
*
Haa, ada lelaki yang tak setuju ke tu..?
Relax, relax.. Mungkin korang ingin dapatkan tip relationship daripada pasangan filem To All The Boys I’ve Loved Before ini.
[ EKSKLUSIF ] 5 Tip #RelationshipGoals Oleh Noah Centineo & Lana Condor Kepada REMAJA
Tahniah! Bila Keeper Bertemu Rockstar, Niena Azman Tamatkan Zaman Bujang Bersama Rody Kristal

Menerusi Remaja keluaran bulan Januari yang lalu, kami telah memaparkan kisah penjaga gol skuad futsal dan bolaseoak kebangsaan yang pernah viral ketika Sukan Sea Ke-29 dahulu.
Dan dalam temu bual itu, Remaja sempat bertanyakan Niena sedikit sebanyak tentang hubungannya dengan buah hati yang juga gitaris tersohor grup rock tanah air, Rody Kristal.
Kisah cinta mereka yang pada mulanya berlaku di luar radar followers masing-masing. Namun selepas masing-masing saling ‘menyakat’ satu sama lain di Instagram, ramai yang mula perasan tentang hubungan mereka yang dilihat kian rapat.
Dan menurut Niena, di Instagram jugalah dia mula berkenalan dengan Rody. Menurut Niena, pada mulanya Rody menegurnya di Instagram dan menunjukkan kesungguhan yang luar biasa untuk berkenalan dengannya secara lebih rapat.
Perkara pertama yang Rody lakukan ialah dengan menghantar Direct Message (DM) di Instagram untuk minta nombor telefon. Pada mulanya Ninena jual mahal dan tak bagi secara terus. Biasalah mesti jual mahal dulu kan? (Gurau je ya, Niena :P). Selepas itu Rody mengajaknya bertemu dan di situlah Niena mula nampak effort yang ditunjukkan oleh Rody untuk berkenalan dengannya memang ikhlas.
Dari situ hubungan mereka terus rapat dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 4 November 2017. Dan menerusi Instagram Niena & juga Rody, mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini!
JelaS Niena menerusi temu bual bersama Mstar, perasaan untuk berkahwin ini debarannya lebih nervous daripada nak tunggu sepakan penalti. Jelasnya lagi, kalau penalti dia sudah tahu bagaimana nak berdepan tapi berbeza dengan kahwin yang buat dia rasa tak tahu nak buat apa dan berdebar hebat.
Majlis pernikahan mereka hari ini akan diadakan di sebuah hotel di Kulai, Johor manakala majlis persandingan pula akan diadakan pada hari esok.
Jom lihat foto dan video majlis malam berinai! Cantik sangat Niena, kan!
Dan di bawah ini pula merupakan koleksi foto Niena & Rody yang paling Remaja suka! Selamat Pengantin Baru buat Niena & Rody khas dari seluruh team Remaja! Semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat!
Foto pra-perkahwinan mereka pun nampak comel sangat!

