Sekian lama menanti debaran siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 setelah berlagu kontroversi dewi terdahulu, ternyata title ini akhirnya menjadi milik Shaza Bae.
Tatkala diri dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019. Ramai yang sudah dapat meneka akan kemenangannya dengan ‘aura’ yang dimiliki. Tidak hanya bersandar pada rupa paras semata, mempunyai pakej yang lengkap ternyata Syaza Bae sememangnya layak dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2019.
Terbaru, Dewi Remaja 2019 iaitu Shaza Bae atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri ada memuat naik satu posting dilaman instagramnya tentang ucapan dan nasihat Haneesya Hanee buat dirinya.
Remaja sempat menghubungi Shaza Bae dan bertanya komennya berkenaan hal ini. Menurut Shaza dia tidak pernah berpeluang untuk berjumpa dan bercakap dengan Haneesya sebelum ini tapi pagi ni dia rasa terkejut bila buka dm di instagram dan dapat pesanan daripada Haneesya Hani.
” Sampai saya rasa macam, Eh Haneesya ni salah dm ke?
Tapi apa pun, saya rasa terharu lah apabila dia wish dekat saya, walaupun a very simple word but i very humbled,”ujar Shaza Bae ringkas
Selain itu, Shaza Bae turut merasakan yang Haneesya seorang yang sweet dan mendoakan terbaik untuk beliau dalam apa jua dilakukan.
Hal ini jelas menunjukkan hubungan baik terjalin antara mereka walaupun ada sedikit kontroversi pernah berlaku sebelum ini.
Apa pun penulis dan Remaja doakan terbaik untuk mereka berdua,
Pernah Jadi Finalis Dewi Remaja 1990/91 & Berketurunan Diraja, Ini 4 Fakta Tentang Pelakon KUZA
Untuk mencapai populariti pada era ini bukanlah sesuatu yang mustahil disebabkan kelebihan adanya platform media sosial. Namun untuk bertahan dalam industri seni hiburan bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi bagi selebriti-selebriti yang mula menapak sejak era 80-an dan 90-an. Antara yang masih mengukir senyuman di wajah penonton apabila melihat aksinya di kaca televisyen ialah Kuza.
Jom kita lihat 5 fakta menarik mengenai pelakon jelita lagi berbakat ini.
Pernah Bergelar Seorang Dewi
Tidak ramai yang sedar bahawa Kuza memulakan kerjayanya dengan menyertai pencarian Dewi Remaja ketiga dari tahun 1990-1991. Sedar tidak sedar, sudah 32 tahun Kuza berada dalam industri seni hiburan tanah air.
ARTIKEL BERKAITAN: Manis Berhijab! Lihat 9 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej – REMAJA
Penyertaan Kuza dalam pencarian berprestij ini turut mengumpulkan nama-nama besar industri seperti Jasmin Hamid, Datin Seri Umie Aida dan Didie Alias. Gelaran Dewi Remaja 1990/1991 tersebut akhirnya dimenangi oleh bekas model, Jasmine Dhillon yang juga mencatat sejarah dalam penganjuran Dewi Remaja sebagai pemenang bukan berketurunan Melayu pertama.
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Top 3 Dewi Remaja 2005/06, Izreen Azminda Kini Bahagia Dengan Suami, Anak & Ruang Tamu Baharu – REMAJA
Wanita Berketurunan Kerabat
Ya! Pemilik nama sebenar Yang Mulia Tengku Sariza Tengku Muzani ini memiliki darah kerabat Diraja Kelantan. Begitupun, Kuza lebih memilih untuk tidak mendabik dada dengan susur galur keluarga itu.
Baru-baru ini apabila keluarga Kuza berdepan sedikit konflik melibatkan besan sewaktu acara perkahwinan anak buahnya, Kuza menerusi akaun Instagram miliknya meluahkan perasaan kecewa sambil menegaskan bahawa beliau dan ahli keluarga yang lain tidak pernah mempergunakan status mereka itu untuk meniti populariti mahupun mendapatkan peluang.
Sebaliknya selama ini, mereka mencari rezeki seperti individu lain. Namun itu tidak bermaksud mereka harus dipandang serong oleh sesetengah golongan.
“Kau ingat family aku ni kucing kurang ke? Aku ni jenis tak suka tunjuk.. So?! Tak bermakna kita ni nampak sengkek kau boleh perlekehkan. Sikit pun aku tak heran.”
Kuza turut berkongsi beberapa foto beliau di kawasan Istana negeri Kelantan sewaktu sebuah istiadat yang dilangsungkan di sana.
Adik-Beradik Diraja Berdarah Seni
Selain Kuza, dua lagi adik-beradiknya juga menempah rezeki sebagai pelakon tempatan dan pastinya, korang pernah melihat aksi mereka sebelum ini.
Mereka ialah Yang Mulia Tengku Sariwani Tengku Muzani atau Kuni dan Yang Mulia Tengku Sarina Tengku Muzani atau Kuna.
Biarpun sama-sama bergelar pelakon, namun trio adik-beradik ini jarang sekali terlibat dalam sesebuah set penggambaran drama atau filem yang sama.
Lakukan ‘Comeback’
Relatifnya, Kuza tidak pernah meninggalkan dunia lakonan. Bagaimanapun, sejak tahun 2017 beliau telah menjadi lebih aktif dengan projek-projek lakonan drama hit seperti Titian Cinta, Dia, Ash & Aish, Melur Untuk Firdaus dan terbaru, drama Sekali Lagi Cinta Kembali dan sekuel Melur Untuk Firdaus 2.
ARTIKEL BERKAITAN: Usaha Keras Lepas Dewi Remaja 18/19 Buahkan Hasil, Anna Jobling Antara Yang Dicari Di Google Malaysia Sepanjang Tahun – REMAJA
Biarpun tiada kenyataan rasmi yang pernah diberikan, besar kemungkinan ia disebabkan episod penceraian yang pernah Kuza hadapi lalu bergelar ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak. Ketiga-tiganya kini sudah dewasa dan bergelar sama ada penuntut universiti mahupun graduan universiti.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hasil daripada duit berlakon yang diterima selama ini dapat membesarkan tiga anak, sehingga mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti.
“Jadi, saya amat bersyukur kerana duit hasil lakonan diperoleh selama ini dapat membantu membesarkan anak-anak. Pada usia sekarang, saya pun dah tak larat sangat nak masak nasi lemak dan berniaga macam dulu lagi selain fokus berlakon,” katanya kepada Harian Metro.
BACA LAGI: Lihat 12 Finalis Dewi Remaja Bergelar Hot Mummies – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Dewi Remaja Sepatutnya Bijak Dalam Tindakan Mereka.” – Pemenang Wan Khatijah Beri Amanat!
Dahulu pada era pertengahan 90-an, semua orang bercakap mengenai Dewi Remaja 1995/1996 ini.
Wan Khatijah Wan Othman, antara alumni pemenang Dewi Remaja yang telahpun berjaya!
Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Wan telah kami temui di set rancangan temubual, Pink Point! di stesen TV Al-Hijrah, awal minggu ini.
“Lama tak jumpa dengan REMAJA! Kali terakhir semasa photo shoot tahun 2014.”
Kak Wan masih seperti dulu, cantik dan petah bercakap sehinggakan dua orang finalis Dewi Remaja 2018/2019 yang ada bersama kami mudah mesra dengan beliau.
Aween Ismail, 20 dan Ernisha, 23 merupakan dua wakil finalis berhijab pada edisi kali ini. Tentunya, Kak Wan boleh memberikan sedikit pesanan kepada mereka dan finalis yang lain.
“Remaja bagi Kak Wan sudah banyak berubah berbanding zaman saya dahulu. Dulu, parents hanya perlu tanyakan soalan seperti “Dah makan?” atau “Okay ke dekat sekolah hari ini?”
“Tetapi sekarang, Kak Wan sebagai seorang ibu perlu lebih peka dan bertanyakan soalan seperti, “Handphone okay?”
“Samalah seperti peserta Dewi Remaja pada tahun ini. Mereka perlu peka dengan isu yang dihadapi remaja dan cuba sebaik mungkin menjadi contoh dalam menangani isu tersebut.
“Peserta tak perlu pergi jauh untuk mencari isu, mereka hanya perlu lihat pada diri sendiri. Kamu sebagai remaja tentu lebih memahami isu yang dihadapi oleh rakan sebaya kamu kan” jelas kak Wan penuh harapan.
“Lagipun bagi Kak Wan, remaja perempuan sekarang seharusny lebih pantas dalam ‘mendidik’ minda untuk menjadi bijak atas setiap tindakan mereka.
Phone dalam genggaman kan? Gunakannya sebaik mungkin.
“Phone itu bukan je digunakan untuk belajar perkara baru. Kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang dilakukan orang lain dari seluruh dunia,” katanya yang kini selesa sibukkan diri dengan keluarga dan sekali-sekala melancong ke luar negara.
“Dewi Remaja adalah batu loncatan untuk ramai selebriti yang wujud sekarang. Dari sinilah, ramai produser atau pengarah akan nampak bakat yang ada pada kita.
“So, Kak Wan harap you girls akan lakukan yang terbaik. Be confident, but not overly confident okay. All the best.”
Dewi Remaja episod pertama akan ditayangkan pada 25 November (Ahad) ini, pada jam 10.30 malam di Astro RIA (104) dan RIA HD (132). Kemudian, ikuti LIVE bersama finalis di Instagram @majalahremaja pada jam 11.30 malam.
Pernah Kena Tempias Netizen Selepas Menang, Shaza Bae Pesan Ini Kepada Dewi Baharu
Pencarian Dewi Remaja sentiasa dinanti-nantikan dan pada tahun 2022, ramai mencuba nasib mereka menerusi uji bakat Mac lalu sehinggalah episod mula ditayangkan di saluran Astro Ria serta aplikasi Astro Go.
Cuma yang tidak sedapnya apabila para finalis baru-baru ini telah menjadi mangsa kecaman di media sosial Majalah Remaja. Kesemua warga maya mempunyai pandangan sendiri namun hampir kesemuanya bersifat kritikan di mana sebahagian warga maya mempersoalkan kecantikan para finalis.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kecam Sebab Balik Rumah Kena Jumpa Jennifer Londeh..” Caprice Komen Isu Kecantikan Dewi Remaja 2022
Justeru, REMAJA telah berhubung dengan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagi mendapatkan pendapatnya mengenai perkara ini.
Sebagai seseorang yang pernah menempatkan diri dalam pencarian Dewi Remaja dan tidak terlepas daripada menjadi bahan kecaman masyarakat di Malaysia, Shaza berkata perkara tersebut telah menjadi lumrah dan malangnya menjadi ‘nanah’ dalam masyarakat kita.
“Dunia media sosial sekarang membuka ruang untuk sesiapa sahaja mengkritik sesuka hati. Tentunya ‘tukang kritik’ akan merasakan mereka sentiasa betul.
“Sebagai orang baru, ambil ini sebagai titik permulaan sebelum terjun ke dunia hiburan. Jangan jadikan ia satu alasan atau halangan untuk mengecapi impian.
”Jika impian anda sememangnya untuk bergelar Dewi Remaja dan anak seni, perkukuhkanlah niat itu dengan usaha, keinginan dan hati yang terbuka untuk belajar selok-belok dunia penuh pancaroba ini.”
“Sekali kagi saya ingatkan, ini hanya permulaan. Perjuangan sebenar bukan dalam program Dewi Remaja tetapi di dunia luar nanti,” kata Shaza.
Tambah Shaza, dia sendiri pernah menjadi mangsa body shaming dan face shaming sebelum ini.
“Ada yang menggelar saya sebagai Dewi Remaja paling buruk dalam sejarah ketika saya dinobatkan sebagai juara. Tipulah kata kalau saya tidak sedih pada waktu itu tetapi saya cuba berfikiran positif tanpa melatah. Belajar dan cuba jadi lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Saya mula memberi lebih penekanan pada penjagaan badan, pertuturan, pergaulan dan sentiasa berfikiran positif.”
“Pada saya, kalau orang nak body shaming kita, kita maafkan sahaja tapi kita perlu buktikan kita lebih baik dari apa yang mereka katakan.
“Üntuk adik-adik Dewi Remaja 2022, anggap sahaja netizen sentiasa betul. Kalau muka cantik sahaja yang jadi keutamaan, nanti ada pula suara-suara mempertikaikan bakat. Mereka akan cakap muka saja cantik tapi bakat tiada. Jadi, kita memang tidak boleh ‘menang’ dengan mereka.
“To all my girls; boost your energy, kreativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Be better dan lebih baik dari sebelumnya,” akhiri hos HLive ini.
Untuk pembaca REMAJA, jangan lupa saksikan rancangan realiti DEWI REMAJA 2022 setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di Astro Ria. Untuk update terkini jangan lupa follow our digital platform!
BACA : “Hampir 2023 Pun, Hentikan Negativiti..” Shatirah Amanda Berang Malaysia Masih Stereotaip ‘Cantik’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.