Selepas dinobat sebagai Dewi Remaja 2019, rezeki Shaza Bae semakin mencurah-curah dengan tawaran yang diterima bukan hanya dalam bidang seni, namun gadis ini juga bakal membabitkan diri dalam dunia akademik dan bergelar seorang pensyarah.
“Alhamdulillah, selepas habis sahaja Dewi Remaja baru-baru ini, saya membuat banyak penampilan dari sekecil-kecil event sehinggalah ke stesen televisyen Astro Awani dan Bernama. Kemunculan tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak dan saya juga dipanggil oleh Ahli Parlimen Belia Selangor untuk membincangkan topik Women Empowerment bersama personaliti Dira Abu Zahar,” jelasnya.
Lebih membanggakan lagi apabila Shaza Bae telah pun menjadi wajah baru bagi hos Hlive! yang akan mula bersiaran pada malam ini pada jam 9 malam.
“Saya memang suka kepada bidang pengacaraan dan dua, tiga tahun lepas saya pernah mengimpikan untuk menjadi hos Hlive! Ketika task hosting dalam program Dewi Remaja dulu sebenarnya saya sedih kerana tidak terpilih untuk melakukan tugasan di Hlive! tetapi ternyata aturan Allah itu sebaik-baiknya. Akhirnya kini impian untuk menjadi hos rancangan tersebut sudah saya kecapi,”
“Sudah tentu untuk beraksi buat pertama kalinya membuatkan saya rasa nervous. Tapi dalam masa yang sama, saya tetap rasa excited. Saya juga dah menghadiri tiga kali sesi latihan mock run bersama pihak Astro, harapnya semua berjalan lancar malam ini,” jawabnya lagi.
Bukan hanya bidang pengacaraan, Shaza juga turut menerima tawaran modeling serta lakonan, dan paling tidak sangka dia juga ditawarkan menjadi seorang pensyarah.
“Saya sebenarnya sangat gembira bila menerima tawaran menjadi lecturer di kampus Puncak Perdana. Adalah menjadi impian saya untuk menyeimbangkan antara bidang seni dan akademik, jadi ini sememangnya peluang yang saya tunggu-tunggu,”
Syabas kami ucapkan kepada Dewi Remaja 2019 atas pencapaiannya buat masa ini. InsyaAllah banyak lagi peluang yang bakal Shaza terima sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menggalas gelaran anak seni.
All the best to you Shaza!