Bayaran zakat adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan dan zakat terdiri daripada beberapa bahagian iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat emas dan banyak lagi.
Daripada segi istilah, zakat membawa maksud sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu. Oleh itu, individu yang berkemampuan adalah diwajibkan untuk membayar zakat.
Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel telah memuat naik satu hantaran di laman instagramnya mengatakan bahawa dia telah menerima penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila syarikatnya membayar zakat melebihi RM50,000 kepada institusi berkenaan.
“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada LZS untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan,”
Lembaga Zakat Selangor turut mengucapkan terima kasih kepada selebriti itu kerana terus menyokong membantu asnaf di Selangor. Ucapan itu dizahirkan dalam sebuah hantaran di laman Facebook rasmi LZS.
Rata-rata warganet memuji tindakan usahawan itu kerana tidak melupakan tanggungjawabnya kepada masyarakat dan mendoakannya agar terus dimurahkan rezeki.
Ads
Untuk info, Aeril bernikah dengan pasangannya, Wawa Zainal dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.
Ads
Syukur Alhamdulillah setidak-tidaknya Aeril Zafrel telah menjalankan ibadah rukun islam yang keempat. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi peringatan juga kepada individu yang berkemampuan untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat setia drama Korea, pastinya korang tertunggu-tunggu drama terbaru yang bakal bersiaran nanti.
Seperti yang dikongsikan oleh Kakimuvee, untuk tayangan April terdapat beberapa drama Korea yang korang boleh tonton sepanjang bulan ini.
1. My Fellow Citizens (KBS2)
Tarikh tayangan: 1 April
Yang Jung-Kook (Choi Si-Won) adalah seorang penipu yang hebat dan tidak pernah ditangkap oleh polis. Pada suatu hari, teman wanitanya tiba-tiba lari dengan wang yang akan digunakan untuk perkahwinan mereka. Yang Jung-Kook sangat kecewa dan ketika dia keluar untuk minum dia bertemu Kim Mi-Young (Lee Yoo-Young).
Kim Mi-Young sebenarnya seorang detektif. Yang Jung-Kook memberitahu Kim Mi-Young bahawa dia menjalankan perniagaan dan Kim Mi-Young memberitahu bahawa dia bekerja untuk sebuah syarikat kecil.
Mereka mencari keselesaan antara satu sama lain dan menjalinkan hubungan. Namun, di hari perkahwinan mereka, Kim Mi-Young mendedahkan kepada Yang Jung-Kook bahawa dia sebenarnya seorang detektif.
2. Beautiful World (JTBC)
Tarikh tayangan: 5 April
Park Moo-Jin (Park Hee-Soon) dan Kang In-Ha (Choo Ja-Hyun) adalah pasangan suami isteri. Park Moo-Jin bekerja sebagai guru sekolah menengah dan Kang In-Ha menguruskan kedai roti. Kehidupan mereka sekeluarga bertukar menjadi buruk apabila anak mereka, yang berada di kelas tiga sekolah menengah, cedera parah akibat dibuli. Park Moo-Jin dan Kang In-Ha cuba untuk mendedahkan kebenaran.
Berlainan pula dengan keluarga Oh Jin-Pyo (Oh Man Seok) dan Seo Eun-Joo (Cho Yeo-Jeong) yang berasal daripada keluarga kaya. Oh Jin-Pyo adalah pengerusi yayasan sekolah swasta yang diwarisi dari keluarganya dan hidup mereka tidak pernah mempunyai apa-apa kekurangan. Mereka mempunyai anak yang membuat masalah, namun selalu menutupi kelakuan anaknya yang salah.
3. Special Labour Inspector Jo (MBC)
Tarikh tayangan: 8 April
Jo Jin Gap, seorang lelaki yang pernah menjadi ahli pasukan judo kebangsaan, dan impiannya menjadi seorang guru pendidikan jasmani terkubur apabila dia dibuang kerana panas barannya. Jin Gap kemudian menjadi penjawat awam yang mengutamakan keselamatan, dan bekerja sebagai inspektor buruh untuk Kementerian Pekerjaan dan Buruh.
4. I Hate Going To Work (KBS2)
Tarikh tayangan: 9 April
Drama yang berkisahkan tentang orang-orang yang tidak mahu pergi bekerja. Kang Baek-Ho (Kim Dong-Wan) dinaikkan pangkat dengan cepat kerana dia seorang saja yang workaholic, manakala Kang Baek-Ho dipindahkan ke department marketing dan menjadi ketua projek untuk menentukan nasib jabatan tersebut.
5. Her Private Life
Tarikh tayangan: 10 April
Drama ini mengisahkan tentang Sung Deok Mi (Park Min Young) yang merupakan die hard fans seorang ahli kumpulan idol dan secara rahsia telah mengelolakan website artis kesayangannya itu. Ryan (Kim Jae Wook) merupakan pengarah galeri seni dimana tempat Sung Deok Mi bekerja dan dia juga pernah menjadi seorang pelukis terkenal tetapi telah memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya itu.
Ryan menaruh hati pada Sung Deok Mi dan suatu hari, Ryan sudah mengetahui bahawa Sung Deok Mi merupakan peminat setia Shi An dan mengelola website artis tersebut. Secara tak langsung membuatkan Ryan tak sengaja untuk memasuki dunia penggemar idol Kpop.
6. My First First Love (Netflix)
Tarikh tayangan: 18 April
Drama ini mengisahkan tentang lima orang anak muda yang dalam satu pertemuan dengan konsep first love. Disebabkan pelbagai sebab peribadi, sekumpulan rakan Yoon Tae-oh berpindah ke rumahnya, di mana mereka mendapat pengalaman bercinta, persahabatan, dan segala-galanya di antara mereka.
7. Mung Bean Flower (SBS)
Tarikh tayangan: 26 April
Berlatarkan zaman Revolusi Petani Donghak sekitar tahun 1894-1895, dua adik beradik berlainan ibu berjuang melawan pihak bertentangan dengan pemberontakan ini
Baek Yi Kang (Jo Jung Sook) adalah anak pertama dari keluarga berpengaruh. Ayahnya kaya dan terkenal sebagai pegawai kerajaan tempatan. Tetapi, ibu Yi Kang dari kelas bawahan. Kerana kelas sosial ibunya yang rendah, orang memandang rendah terhadap Baek Yi Kang.
Apa lagi guys, yang mana peminat setia K-Drama tu mesti dah tazabarrr nak tengok.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kami tak letakkan sebarang harapan, tetapi kami inginkannya..”
Bakat dari Malaysia nyata bukan calang-calang tau!
Grup penyanyi 4 gadis berhijab iaitu NAMA semalam mengesahkan slot di pentas finale Asia’s Got Talent (AGT) musim ketiga selepas mereka menyanyikan lagu ‘Sax’ nyanyian Fleur East.
Kejayaan itu bertambah manis selepas NAMA juga dinamakan (pun intended) sebagai peserta pilihan juri setelah David Foster, Anggun dan Jay Park sebulat suara memilih persembahan mereka sebagai yang terbaik semalam.
Grup yang disertai oleh Nur Fazrina, Noor Syamimi Makhetar, Norfazira Malik dan Nur Farahida (kesemuanya 24 tahun) itu menganggap peluang ini sebagai sesuatu yang exciting tetapi pada masa yang sama mencabar.
“Kami sekarang bukan saja perlu bertanding dengan penyanyi tetapi juga dengan persembahan bakat lain yang unik,” kata Syamimi.
“Latihan 4 ke 5 kali seminggu, 2 ke 3 jam setiap kali telah membawa kami ke pentas final. Apa yang kami boleh janjikan adalah kami akan tampil berbeza dari segi pemilihan lagu, pakaian dan vibe di atas pentas,” kongsi Fazrina pula.
Sekiranya NAMA memenangi AGT, apa agaknya yang mereka berempat akan lakukan dengan hadiah wang tunai USD100,000 (RM407,500) itu?
Terliur kejap..
“Kami akan gunakannya untuk menghasilkan single dan bila tiba masa yang sesuai, mungkin untuk memiliki album sendiri.”
Ahli grup ini pertama kami berjumpa di festival seni Universiti Malaya dan kini mereka di pentas finale AGT bersama 8 lagi peserta lain. Korang rasa mereka layak untuk memenangi hadiah tersebut?
Demam drama tempatan,Takdir Yang Tertulis (TY) nampaknya masih belum berakhir setelah drama tersebut berlabuh siaran di TV3 pada hari Selasa lalu. Kini, ramai yang kembali menontonnya di platform atas talian.
REMAJA berkesempatan untuk mengadakan sesi secara langsung bersama salah seorang pelakonnya, Iman Suhana yang kini popular dengan watak sebagai Rozita atau Ita ‘Ting Tong’.
Kata Iman, dia bersyukur apabila dapat kembali memasuki set pengarah Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) setelah kali terakhir membintangi drama arahan pengarah tersebut, Monalisa pada tahun 2018.
“Seronoklah apabila dapat bersama-sama wajah familiar seperti Ijat dan Nazim Othman. Saya juga gembira sekali apabila dapat bergandingan untuk kali pertama dengan para pelakon lain dalam drama TYT terutamanya Mummy Didie Alias.
“Saya sudah lama melihat lakonan mantapnya selama ini dan apabila mempunyai banyak babak dengan beliau, saya rasa kerdil sangat. Tapi beliau, pelakon lain dan kru membuatkan saya merasa selesa sepanjang berada di set,” kongsi graduan jurusan persembahan teater ini.
Menyusuri kejayaan TYT yang tidak pernah gagal menduduki senarai topik trending setiap malam ia keudara, momen paling diperkatakan oleh penonton tentulah episod finale yang diadun dengan plot twist.
Menariknya, Iman semasa ditemubual mengatakan bahawa dia ‘mungkin’ sudah mengetahui mengenai perancangan pengarah TYT itu.
“Saya berada di set pada masa itu tanpa pelakon lain. Hanya ada kru saja. Biasalah dalam produksi drama, skrip sentiasa diolah, ditambah dan dihasilkan di set penggambaran. Jadi semasa mereka berbincang itu, saya terdengar juga yang Mika itu akan dijadikan anak Hakim.
“Cuma saya tidaklah mengambil serius mengenainya kerana skrip sentiasa berubah kan. Tapi mereka pernah lontarkan idea itu.”
Mengenai kejayaan Iman membawakan watak Ita ‘Ting Tong’, Iman merasakan dirinya dan karakter itu tidaklah terlalu banyak berbeza. Cuma ‘level ting-tong’ yang diinginkan oleh pengarah yang berbeza.
“Dengan kawan-kawan, biasalah kita pun jadi ‘ting tong’. Tapi untuk merealisasikan keinganan produksi, tentulah ada perbezaan yang wujud antara diri saya dan Rozita demi elemen dramatize itu.
“Kelakar juga apabila saya imbas kembali beberapa babak yang saya lakonkan untuk TYT. Terlalu ‘ting tong’ sehinggakan jurukamera pun tidak pasti sama ada saya sedang berlakon ataupun serupa orang tidak betul. (ketawa) Terutamanya semasa babak bercakap dengan suami imaginasi di meja makan,” imbas pelakon berusia 31 tahun itu.
Apapun, Remaja ucapkan tahniah buat Iman Suhana kerana berjaya menghiburkan penonton dengan berjayanya. Menyentuh mengenai projek lakonan seterusnya, tidak lama lagi, Iman akan muncul dengan satu telemovie di Astri Citra berjudul ‘6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend’ arahan Syahid Johan.
Untuk menonton sesi #RemajaDengarKata penuh bersama Iman Suhana, klik video di bawah.