Hiburan

Teringin Berlakon Semula Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ketepi Isu Peribadi Demi Kepuasan Sebagai Anak Seni

Share

CINLOK ataupun cinta lokasi bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia seni lakonan di Malaysia.

Jika diimbas kembali seawal era lakonan 40an – 60an sekalipun, fenomena cinta lokasi di set penggambaran sesebuah filem pada masa itu sememangnya terjadi dan ada di antaranya yang akhirnya berjaya hingga jenjang pelamin.

Lihat sahajalah kepada pasangan lagenda negara, Allahyarham Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee dan Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali Saloma.

MALAYSIA’S GOLDEN COUPLE: Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Saloma.

Mula menjalin perasaan cinta sejati di set Seniman Bujang Lapok pada tahun 1961 setelah sekian lama bersahabat, mereka memilih untuk terus berkahwin pada tahun yang sama dan perkahwinan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat masing-masing. Maka, tidak hairanlah apabila pelakon-pelakon generasi baharu di Malaysia kini turut terpalit dengan episod cinta lokasi.

Antara yang mendapat perhatian adalah perhubungan dua pelakon berbakat, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson yang pernah menjalin hubungan sejak terlibat dalam penggambaran drama bersiri I.D terbitan Astro Shaw pada tahun 2023.

Drama bersiri I.D.

Diarahkan oleh sutradara moden kegemaran Aedy sendiri iaitu Razaisyam Rashid (Sembil9n, Black, Projek: Anchor SPM, Kahar: Kapla High Council), Aedy beranggapan ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya. Mungkin bukan hanya disebabkan oleh – ahem

– episod percintaan di antara Aedy dengan Amelia yang terbawa-bawa hingga le luar set.

Pelakon kacak itu sebaliknya merasakan drama bersiri I.D ini adalah antara produksi yang banyak mengajarnya mengenai kuasa lakonan dalam penyampaian cerita kepada penonton. Ia banyak dibantu oleh rakan lakonannya seperti Amelia yang disifatkannya sebagai, “Seorang aktres hebat, bijak dan genius”, Naim Daniel, Datuk Aziz M. Osman dan tentunya Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor.

Beberapa babak dalam drama bersiri I.D.

Bercakap mengenai Rosyam, Aedy mengimbas semula betapa ‘cuak’ perasaannya apabila perlu berada dalam babak sama dengan Rosyam tanpa kelibat pelakon lain.

Sangka Aedy, Rosyam akan memberikan 110 peratus dalam lakonannnya apabila pengarah menjerit ‘Action!’. Rosyam bagaimanapun bukan sekadar memberikan 110 peratus tenaganya dalam babak tersebut tetapi 200 peratus hingga membuatkan Aedy kagum dan terlupa kesemua dialog yang sudahpun dihafal olehnya.

Melihat ke arah figura seperti Rosyam yang disifatkannya unexpected dalam menzahirkan lakonan berkesan di hati penonton, Aedy teringin sekali untuk kembali bekerjasama dengan beliau serta pelakon I.D lain seperti Amelia Henderson, Naim Daniel dan Aziz M. Osman pada masa hadapan. Segala isu peribadi yang mungkin pernah berlaku disebabkan episod cinta pasti akan diketepikan oleh Aedy demi menggarap satu lagi projek lakonan berkualiti seperti I.D.

Aedy Ashraf bersama gandingannya, Amelia Henderson.

 

BACA: Makin Hari Makin Popular! Erysha Emyra Nekad Fokus Bina Nama Sebagai Pelakon, Enggan Terbuai Gosip Cinta – REMAJA

Watak Pelajar Sekolah Sebati Dengan Personalitinya

Jika diamati semula graf lakonan Aedy Ashraf sejak bergelar pelakon cilik hinggalah pada era sekarang di mana dia layak digelar sebagai pelapis harapan industri lakonan negara, Aedy dan watak pelajar sekolah seakan tidak boleh dipisahkan.

Ada sesuatu tentang cara Aedy menghidupkan watak pelajar sekolah menengah yang begitu believeble di hati penonton. Maybe it is his expression, the way he stands, how his mouth twitches or his sight gaze. Apa sekalipun sebabnya, Aedy belum pernah gagal mewujudkan momen magikal apabila membawakan watak pelajar sekolah.

Menerusi drama komedi Oh My English, Aedy memegang watak Shafiq untuk dua musim berturut-turut. Pada musim pertama, Aedy yang ketika itu berusia 17 tahun menjadikan ‘SMK Ayer Dalam’ sebagai kelas sebenar untuknya menggilap bakat lakonan di saat rakan-rakan lain masih sibuk berada di ‘sekolah menengah sebenar’.

Aedy Ashraf dalam siri komedi, Oh My English!

Menerusi drama komedi Oh My English, Aedy memegang watak Shafiq untuk dua musim berturut-turut. Pada musim pertama, Aedy yang ketika itu berusia 17 tahun menjadikan ‘SMK Ayer Dalam’ sebagai kelas sebenar untuknya menggilap bakat lakonan di saat rakan-rakan lain masih sibuk berada di ‘sekolah menengah sebenar’.

Akuinya, Oh My English banyak mengajarnya untuk mara sebagai seorang pelakon serius biarpun ia merupakan siri komedi bagi penonton kanak-kanak. Dan siapa boleh lupakan kelibat Aedy sebagai Aizat dalam drama bersiri Projek: Anchor SPM yang memulakan fenomena penonton remaja di Malaysia terhadap universe yang dicipta oleh Anwari Ashraf.

Terbaru, Aedy kembali semula menjadi pelajar menerusi drama bersiri Kahar: Kapla High Council yang bakal ditayangkan pada 28 November 2024.

Aedy Ashraf sebagai Aizat dalam Projek: Anchor SPM.
Aedy Ashraf sebagai Beja dalam Kahar: Kapla High Council.

Biarpun pesona watak-wataknya ini seakan sama, Aedy tetap berusaha memberikan kelainan agar peminat tidak mudah bosan menonton. Umpamanya, Aizat (Projek: Anchor SPM) merupakan seorang remaja street smart yang meloloskan diri ke sekolah elit, STIA disebabkan kepakarannya untuk meniru dalam peperiksaan. Manakala sebagai Beja (Kahar: Kapla High Council), Aedy membawakan karakter seorang pelajar bijak bergelar ketua pengawas di KUDRAT.

Setidaknya bagi Aedy, apabila penonton generasi sekarang cuba ‘catch up’ dengan kedua-dua drama bersiri ini secara maraton di hujung minggu, mereka dapat mendalami watak yang berbeza dan melupakan pesona ‘Aedy Ashraf’ di sebalik watak tersebut.

 

BACA: Digelar Hero Zaman Moden, Nadhir Nasar Berani Keluar Dari Zon Selesa. Sudahlah Kacak, Rajin Pula Tu Buat ‘Homework’! – REMAJA

Tidak Berkesempatan Untuk KHUNSA

Sebagai anak seni, tentunya Aedy Ashraf menginginkan cabaran dalam naskah-naskah terbaru dari semasa ke semasa. FUN FACT! Kalau korang nak tahu, Aedy Ashraf asalnya ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri Khunsa arahan Shahrulezad Mohameddin a.k.a

Ijat.

Produksi Khunsa merasakan salah satu watak dalam drama bersiri tersebut amat bersesuaian dengan Aedy. Namun disebabkan konflik dalam jadual lakonan, Aedy terlepas peluang untuk menjayakannya.

Bagi Aedy, Khunsa cukup berlainan apabila mengangkat tema yang unik, sensitif dan sinonim dengan cara Ijat menyampaikan mesej berguna menerusi naskah lakonan.

Tambahan pula; cara lakonan, jalan cerita serta sinematografi Khunsa tidak boleh dipertikaikan lagi. Hasil kerja keras daripada seluruh pasukan produksi benar-benar menjayakan Khunsa sebagai salah satu drama bersiri yang selayak diulang tayang.

Sekiranya korang juga seperti Aedy Ashraf yang menghargai kelainan dalam penyampaian sesebuah cerita, korang boleh menonton semula drama dan program televisyen seperti I.D, Khunsa dan Projek: Anchor SPM secara On Demand dan strim di Astro Go serta sooka; pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.

Saksikan temu bual penuh JOM USHA bersama Aedy Ashraf di saluran YouTube Astro Malaysia.

 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ