Selama ini, kita selalu menganggap laman web Airbnb adalah lokasi untuk menempah lokasi percutian saja. Kini tidak lagi guys apabila Airbnb juga merupakan laman web yang menyediakan pelbagai sesi live secara tertutup dan eksklusif kepada korang yang membeli tiket.
Terbaru, Airbnb membuka satu sesi khas yang diberikan nama Inside K-pop di mana mereka menyediakan pengalaman menarik di sebalik tabir dunia K-pop bersama peminat di luar sana.
Jom tengok bagaimana korang boleh mendapatkan tiket berharga RM77 setiap satu sesi ini.
Kita selalu cemburu bila melihat betapa sempurnanya gaya rambut bintang K-pop setiap kali mereka muncul di atas pentas. Paling menarik adalah apabila idol perempuannya boleh mengekalkan potongan bangs yang cantik sentiasa walaupun perlu galak beraksi dan menari.
Ikuti sesi bersama jurudandan stail rambut ala bintang K-pop iaitu Kim Yeseul (penata gaya rambut Joy187) pada 6 petang ini.
Ia termasuklah cara bagaimana sesebuah tarian catchy dan popular boleh terbentuk, bagaimana jurutari mendapat inspirasi dan banyak lagi, sepanjang tempoh satu jam.
*
Untuk pengetahuan, sepanjang minggu ini, Airbnb telahpun mengadakan sesi Inside K-pop ini dengan mengadakan slot istimewa bersama Monsta X, jurusolek & jurudandan kumpulan IZ*ONE, kelas tarian bersama idol AleXa, di sebalik tabir sesi penggambaran bersama idol Kevin Woo, slot memasak bersama kumpulan Cravity dan banyak lagi.
Harapnya selepas ini, lebih banyak lagi peluang untuk korang sertai sesi Inside K-pop ini memandangkan sambutannya cukup hangat daripada peminat.