.Elvis memenangi pingat emas acara itu dengan pungutan mata 415.15 manakala pingat perak dan gangsa masing-masing dimenangi penerjun Wilayah Persekutuan Rui Jie (kiri) dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim (kanan). –fotoBERNAMA (2024)
Remaja berusia 18 tahun itu telah menjadi bualan ramai susulan aksi terjunannya dalam acara 3 meter papan anjal lelaki yang menakjubkan sehingga meraih perhatian ramai di media sosial.
Terjunan Elvis Priestly Di SUKMA Disamakan Dengan Atlet Handalan China, Kenali Atlet Sarawak Ini!
Dalam video tular itu, penerjun Elvis Priestly telah mempamerkan terjunan berkualiti dan hanya menghasilkan percikan air yang minimum. Umpama jarum yang jatuh dalam air!
Hasil persembahan yang diberikan, Elvis telah berjaya memenangi pingat emas untuk kontinjen tuan rumah.
Elvis Priestly
“Saing saing China”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terpukau dan memuji aksi terjunan yang dipamerkan atlet Sarawak ini. Bahkan, netizen turut berharap atlet ini terpilih dan menjadi calon penerjun di Olimpik Los Angeles (LA) 2028 kerana dilihat memberi persaingan hebat seperti penerjun China.
Selain aksinya yang menjadi bualan ramai, netizen juga tertarik dengan namanya yang serupa dengan nama penyanyi legenda Amerika Syarikat, Elvis Presley.
Ads
Terjunan Elvis Priestly Di SUKMA Disamakan Dengan Atlet Handalan China, Kenali Atlet Sarawak Ini!
Elvis Priestly — ZULAZHAR SHEBLEE / The Star
11 trivia tentang Elvis Priestley :
1. Penerjun Sarawak ini dilahirkan pada 11 Oktober 2006.
2. Nama penerjun ini mencuri perhatian ramai apabila ia hampir sama dengan nama penyanyi legenda Amerika Syarikat (AS), mendiang Elvis Presley.
3. Elvis meraih emas menerusi terjunan yang dibuat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching, yang dinamakan sempena nama ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.
4. Mendapat tidur yang cukup menjadi rutin harian Elvis untuk memastikan dia kekal tenang dan fokus ketika bertanding.
Ads
5. Elvis memasang impian untuk meraih kedudukan podium di Kejohanan Dunia Remaja Rio de Janeiro yang akan berlangsung pada November hingga Disember tahun ini.
6. Elvis juga mahu mengikut jejak langkah rakannya, Bertrand Rhodict yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dan berhasat melayakkan diri ke Olimpik LA 2028.
7. Jika layak ke Olimpik LA2028, Elvis pada ketika itu akan berumur 22 tahun.
8. Elvis merupakan pelapis kebangsaan sejak tahun 2019, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
9. Elvis berada di bawah seliaan Majlis Sukan Negara sejak lima tahun lalu.
Ads
10. Penerjun ini dilatih di Bukit Jalil oleh jurulatih kebangsaan Luh Jia Ning dari China.
11. Elvis juga dijangka akan menyertai Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa lebih memilukan apabila diuji dengan kehilangan orang tersayang. Apatah lagi ia melibatkan kematian.
Semalam seorang bapa diuji oleh Allah taala apabila tiga anak lelakinya berusia di antara 21-16 tahun dipercayai lemas di Muara Sungai Telemong, Hulu Terengganu pada jam 6.30 petang dan sehingga laporan ini ditulis pencarian mayat mangsa masih diteruskan lagi.
Laporan Sinar Harian menyebut, tiga beradik berusia antara 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara sungai Kuala Telemong, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, ketiga-tiga remaja berkenaan, Khalif Naim Mohd, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar, 21, dipercayai mandi di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, menurut maklumat awal daripada empat saksi, mereka ada melihat ketiga-tiga mangsa sedang mandi di kawasan itu.
"Keempat-empat saksi yang ketika itu sedang memancing di tebing sungai Kampung Mesah iaitu terletak di seberang sungai kejadian memaklumkan ada ternampak mangsa mandi.
"Tidak lama kemudian, mereka memberitahu ada terdengar suara orang meminta tolong sebelum keempat-empat saksi ini bergegas ke lokasi dengan menaiki motosikal.
"Mereka tiba di lokasi 10 minit kemudian, tetapi mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini dan beliau turut memaklumkan seramai 41 anggota terdiri dari 18 anggota polis, 15 anggota bomba dan penyelamat serta 8 anggota Pertahanan Awam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat sejak malam tadi.
Dalam pada itu, dimaklumkan, seorang darinya Khalif Naim, 16 tahun telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada 10 Mac lalu.
Sementara itu bapa kepada tiga mangsa lemas ini, Mohamad Ismail, 64 tahun yang ke lokasi kejadian mengesahkan kesemua mangsa adalah anaknya berdasarkan pakaian dan telefon bimbit yang ditinggakan di tebing sungai.
Sumber gambar : Combat Zuraidi / Kuala Telemong
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ekoran daripada tiga kes positif COVID-19 di Perth Australia, bandar raya berkenaan dikenakan sekatan pergerakan lockdown selama empat hari bagi mengelakkan wujudnya kluster COVID-19.
Pegawai kesihatan di negara itu mengambil langkah berjaga-jaga berikutan penularan varian Delta di negara tersebut.
Lebih dua juta penduduk yang menetap di Perth dan kawasan sekitarnya kini menjalani perintah lockdown bersama-sama penduduk di Sydney dan Darwin.
Penduduk perlu duduk rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk membeli barang-barang penting selain dibenarkan menghadiri temu janji perubatan dan mendapat suntikan vaksin COVID-19.
Namun begitu, lockdown itu tidak dikenakan ke atas pekerja-pekerja dalam sektor penting, manakala orang ramai masih dibenarkan untuk melakukan senaman selama satu jam sehari dan bergerak dalam radius lima kilometer sahaja.
ABC Perth telah memuat naik gambar hari ketiga lockdown di Perth dan nampaknya jalan raya sangat lenggang di malam hari dan boleh dikatakan langsung tidak ada kereta di atas jalan raya.
Rata-rata daripada masyarakat di sana menerima baik arahan lockdown tersebut dan dilaporkan gambar-gambar itu diambil pada jam 7 petang.
Namun begitu, masih ada yang mengatakan keadaan di siang hari berlaku seperti kehidupan biasa kerana terdapat individu yang perlu bekerja.
Sama seperti di negara kita, masyarakat di sana juga ada yang mengeluh kerana tidak boleh bekerja dan hilang pendapatan sepanjang lockdown.
Biasalah tidak semua berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan pemerintah, namun setidak-tidaknya tindakan pantas diambil bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19. Betul tak?
Semalam telah tular sebuah video kemalangan yang melibatkan kenderaan Myvi melanggar sebuah van. Khabarnya, pemandu Myvi itu ingin melarikan diri namun sempat ditahan oleh orang awam.
Menurut Berita Harian, polis telah menahan seorang lelaki disyaki memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju hingga merempuh dua kenderaan di Bandar Kinrara petang semalam.
Kejadian berlaku dalam pukul 2 petang melibatkan pemandu kereta berusia 26 tahun merempuh van dan Proton Waja telah mengakibatkan pemandu van cedera parah.
Pemandu Myvi itu seterusnya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu tersebut negatif dadah.
Namun begitu, pihak polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Suspek akan direman mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Setakat ini, butiran pemandu tersebut masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Nama alat muzik tradisional Brunei, Gulintangan mungkin kedengaran asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Namun apabila ia digunakan dalam persembahan penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid...