Hari yang cukup mendebarkan di pusat akuatik Tokyo 2020 apabila dua penerjun negara bertaraf dunia, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong bergelut untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara terjun 10m platform individu wanita.
Sepanjang 5 terjunan yang perlu dilakukan mereka, beberapa catatan skor Pandelela dan Jun Hoong agak kurang memberangsangkan.
Hanya pada terjunan kelima, Pandelela telah mengutip 70.40 mata lalu membolehkan juara Kejohanan FINA Grand Prix Tokyo 2021 itu ‘menyelitkan’ diri dalam kelompok 18 penerjun yang mara ke peringkat separuh akhir esok.
Ads
Secara keseluruhannya, Pandelela menamatkan saingan pusingan awal dengan kutipan 284.90 mata.
Nasib berbeza menimpa Cheong Jun Hoong yang mengakhiri saingan di kedudukan ke-26 dengan catatan 251.80 mata. Sekaligus, ia menutup peluangnya untuk mengintai pingat Olimpik di Tokyo 2020.
Ads
Sudah pasti, rakyat Malaysia yang setia menonton aksi mereka tadi merasa berdebar kerana terpaksa menunggu hingga ke saat terakhir sebelum mampu menarik nafas lega apabila salah seorang wakil negara itu berjaya ke pusingan seterusnya.
Sebaik tamat pusingan kelayakan awal tadi, ramai tampil memberikan kata-kata perangsang buat Pandelela dan Jun Hoong. Ini termasuklah Datuk Wira Lee Chong Wei dan Leong Mun Yee yang mengajak rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan mereka esok.
Mereka berharap agar Pandelela dapat merehatkan fikiran dan kembali esok dengan semangat serta mindset baharu.
Ini memandangkan hanya 12 orang penerjun saja daripada saingan esok yang akan melangkah ke pusingan final dan Pandelela perlu memberikan persembahan ‘A-Game’ yang pernah kita lihat sebelum ini.
Nyamuk lebih pantas untuk membiak dan bertindak mengigit ketika cuaca sepanas sekarang kerana ketiadaan hujan lebat yang mengganggu aktivitinya. Sudah tentu, semua orang perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan di sekeliling rumah agar ia tidak membiak.
But we can just do so much. Pada waktu malam semasa kita sedang lena tidur, nyamuklah yang akan menemani di katil.
Sumber Gambar : Pexels
Macam orang dahulu, mereka hanya menggunakan lingkaran ubat nyamuk sahaja kerana ia akan mengeluarkan bau asap yang kuat sehingga dapat mematikan dan menghalang nyamuk.
Salah satu barangan di Shopee mempunyai fungsi yang sama seperti lingkaran ubat nyamuk kecoh diperkatakan baru-baru ini. Namun, produk ini tidak mengeluarkan bau yang kuat seperti ubat nyamuk biasa. Pantas ia menjadi pilihan kebanyakkan daripada rakyat Malaysia. Ia juga dijual dengan harga serendah RM1 bagi setiap pembelian, ia terdiri daripada 30 batang pembakar penghalau nyamuk.
Tapi awas ya, baru-baru ini Public Health Malaysia mendedahkan ubat nyamuk seperti itu sebenarnya bahaya digunakan. Tambahan lagi, produk yang dibawa daripada negara China itu TIDAK BERDAFTAR dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP)
Sumber Gambar : @publichealthmalaysia
“Jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan khususnya kanak kanak,”
Ubat nyamuk Zenden Micro-Smoke yang diimport dari China contohnya dikesan mengandungi bahan Class 1A carcinogen yang boleh menyebabkan kanser.
Begitu juga dengan Tian Hong Mosquitos Coil, Lengen Mocro-Smoke 12 Hours, Jianbao Mosquito Coil yang masih dijual secara berleluasa di Shopee.
Malah, mana-mana premis atau individu yang didapati menjual produk tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 20 (3) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.,”
So lepas ni harapnya korang lebih berhati-hati dalam membeli racun serangga, nak elak dari gigitan nyamuk nanti timbul la penyakit kronik. Atau pun korang boleh je menghalau nyamuk dengan guna bahan semulajadi tanpa bahan kimia macam serai wangi, lavender, bawang putih. Tanaman penghalau nyamuk ini akan lebih berkesan jika daunnya dihancurkan kerana ia akan mengeluarkan aroma yang dibenci nyamuk. Nak senang beli je essential oils yang organik. Ha settle masalah kan….hehe
Pasukan sukan tarian negara merangkul satu pingat emas pada Terbuka Macedonia 2024 baru-baru ini apabila Cherry Yeo yang bertanding dalam kategori Solo Latin dewasa, mencuri perhatian juri dengan lenggok pinggulnya untuk menewaskan 28 atlet lain dengan pungutan mata keseluruhan 150.
Dalam pada itu, kemaskini mata ranking menyaksikan juara Piala Dunia 2024 di Serbia pada Oktober lalu itu melonjak ke tangga teratas dengan himpunan 820 mata.
Menurut penari yang berusia 19 tahun itu, ia bukanlah satu tugas mudah untuk berada di persada dunia, bahkan banyak dugaan perlu dilalui.
“Cabaran terhebat saya untuk kejohanan ini ialah saya kehilangan bagasi kerana waktu transit di antara penerbangan pertama dan kedua amat singkat,” katanya.
“Saya tidak menerima bagasi saya pada waktu sepatutnya. Saya berada dalam keadaan sangat panik dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana tiada apa bersama saya,” ujarnya lagi menerusi satu kenyataan yang dilaporkan menerusi Astro Arena.
“Mujur seragam dan kasut ada di tangan saya ketika itu dan saya juga ada rakan di sini, jadi dia meminjamkan beberapa keperluan yang saya perlukan,” tambahnya.
Selain itu, menurut Cherry kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih beliau iaitu Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy.
Sementara itu, sebanyak 22 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang bercakap mengenai Miss Universe 2020 minggu ini memandangkan seorang juara telahpun dinobatkan baru-baru ini oleh pemenang terdahulu, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan.
Berlangsung penuh meriah di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood Floride di Amerika Syarikat, Andrea Meza dari Mexico mengejutkan ramai penonton yang menyaksikan siaran pentas akhir itu secara langsung di televisyen mahupun secara atas talian.
Kalau korang perasan, sebelum ini pertandingan Miss Universe pernah menobatkan pemenangnya dengan beberapa rekaan tiara berbeza. Antara yang paling disukai ramai ialah tiara Mikimoto yang dimenangi oleh Catriona Gray. Mahkota mewakili advokasi dan tradisi organisasi Miss Universe, dan pemegang berhak memikul prestij itu dengan penuh kehormatan.
Mahkota Miss Universe telah berubah 10 kali sepanjang sejarahnya selama 65 tahun. Jom kita lihat kembali setiap mahkota ini.
The Romanov Imperial Nuptial (1952-1953)
Merupakan mahkota pertama, sebelumnya dimiliki oleh Russian czar. Menjadi miliki peserta Armi Kuusela dari Finland ketika memenangi Miss Universe. Dipercayai dibuat dengan kira-kira 1.535 berlian dengan nilai harga $500,000.
The Christiane Martel / Metallic Bronze (1953-1954)
Mahkota Miss Universe diganti pada tahun 1953. Christiane Martel dari Perancis adalah pemenang pertama dan satu-satunya yang memakai reka bentuk ini. Menampilkan reka bentuk yang sangat padat dan tidak mempunyai kristal atau batu Rhine tidak seperti mahkota yang lain.
Star of the Universe (1954-1960)
Dinamakan Star of the Universe kerana bentuk bintang di bahagian atas mahkota. Terdiri daripada kira-kira 1.000 mutiara dari emas dan platinum dengan berat 1.25 paun. Ia dikatakan bernilai $500,000.
The 10th Anniversary / The Rhinestone (1961-1963)
Pada tahun 1961, Miss Universe Organisation ingin mempunyai mahkota khas untuk memperingati ulang tahunnya yang ke-10. Marlene Schmidt dari Jerman memenangi mahkota ini untuk pertama kalinya dan penggantinya Norma Nolan dari Argentina adalah satu-satunya dua pemenang yang memakai mahkota Rhinestone.
The Sarah Coventry (1963-1973)
Foto – www.angelopedia.com
Tahun 1963 digelar sebagai mahkota yang paling terkenal dalam pertandingan ini, yang bertanggungjawab membuat mahkota Miss Universe yang menampilkan susuk wanita (memegang tongkat) di tengahnya. Ia dikenali sebagai The Lady atau The Queen Crown.
The Chandelier (1973-2001)
Foto – www.angelopedia.com
Reka bentuknya sedikit diubah suai pada mahkota sebelum ini untuk kemudahan pemakai. Mahkota ini digunakan hingga tahun 2001, ketika diganti kerana perjanjian penajaan, sehingga mengakhiri tradisi.
The Mikimoto (2001-2007)
Foto – www.angelopedia.com
Ia dinamakan sebagai Mikimoto kerana tajaan perhiasan rasmi organisasi Miss Universe. Mahkota menggambarkan phoenix, menandakan status, kekuatan dan keindahan, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian penajaan mereka. Mahkota ini memiliki 500 berlian hampir 30 karat (6.0 g), 120 mutiara Laut Selatan dan Akoya, berukuran dari diameter 3 hingga 18 mm dan bernilai $250,000.
CAO Fine Jewelry (2007-2008)
Foto – www.angelopedia.com
Mahkota direka oleh CAO Fine Jewellery of Vietnam. Nilai anggaran mahkota ini adalah $120,000 dan diperbuat daripada emas putih dan kuning 18 karat yang mempunyai lebih dari 1,000 batu berharga.Putih, merah jambu muda dan cognac adalah warna utama mahkota ini yang mewakili inspirasi dan perasaan.
Peace by Diamond Nexus Labs (2009-2013)
Foto – www.angelopedia.com
Dari tahun 2009-2013 mahkota Peace digunakan yang dibuat Diamond Nexus Labs. Ia mempromosikan mahkota yang mesra alam kerana batu-batu itu semuanya sintetik.
The DIC (2013-2016)
Foto – www.angelopedia.com
Dikenali sebagai mahkota Miss Universe yang paling ikonik sehingga kini, mahkota DIC dibuat oleh Diamond International Corporation (DIC), dianggarkan bernilai $300,000.
The Mikimoto (2017-2018)
Pada tahun 2017, mahkota Mikimoto membuat kemunculan semula ketika Demi-Leigh Nel-Peters mengenakan mahkota pada malam pertabalan. Pada tahun 2018, Catriona Gray dari Filipina dilihat memakai mahkota yang sama.
The Mouawad (2019 – sampai sekarang)
Boleh dikatakan salah satu mahkota terkecil yang digunakan dalam pertandingan, bernilai $5 juta dan disebut sebagai “Power of Unity”. Ia pertama kali digunakan pada tahun 2019 dan dibuat oleh jenama perhiasan Lubnan / Thailand Mouawad.
Tapi yang penting setiap mahkota ini ada nilainya yang tersendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...