Seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terkandas akibat banjir besar di Pantai Timur, mencipta kenangan apabila mengadakan majlis konvokesyennya sendiri di rumah.
Momen tersebut dikongsi oleh suami tercintanya, Naqishah, menerusi akaun TikTok, yang memaparkan isterinya, Siti Nur Fatihah Che Ghani, lengkap berjubah dan mortar sambil menerima sejambak bunga daripadanya.
Naqishah berseloroh dalam kapsyen video itu dengan mengatakan bahawa konvokesyen tersebut adalah ‘versi banjir’ kerana isterinya yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen ke-52 di UKM, terperangkap di Kelantan disebabkan oleh keadaan banjir yang melanda kawasan kediaman mereka.
“Majlis konvokesyen ke-52 (versi banjir)” tulis Naqishah dalam ruangan kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, Naqishah turut memaklumkan bahawa isterinya telah menghantar permohonan kepada pihak universiti melalui email untuk menghadiri konvokesyen Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pada sesi tahun hadapan. Mereka berharap agar permohonan tersebut diterima dengan maklum balas yang positif.
Ads
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di platform TikTok, di mana pengguna-pengguna lain turut mengucapkan tahniah kepada Fatihah atas kejayaannya itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan, khususnya dalam menghadapi ujian bencana alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Naqishah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam satu majlis pernikahan, sebaik jurunikah menyebut sah, pengantin lelaki akan menadah tangan mengucapkan kesyukuran. Langkah seterusnya menghampiri isteri, menyarungkan cincin tanda pembatalan air sembahyang, mencium dahi isteri dan seterusnya ada yang solat sunat kesyukuran selain bergambar beramai-ramai.
Ramai percaya, menyarung cincin, mencium dahi antara yang wajib dilakukan bagi pasangan suami isteri sebaik akad nikah berlangsung.
REMAJA menemuramah Ketua Imam Masjid Al Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff bertanya benarkah acara membatalkan air sembahyang seperti dilakukan oleh ramai pasangan sebagai sebahagian dari adat atau budaya semata-mata. Malah artikel ini juga bukan untuk menimbulkan kontroversi, cuma masyarakat perlu faham apa beza antara adat dan ajaran Islam.
Ketua Imam Masjid Al Ikhlasiah Bukit C2 Pantai Dalam, Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff
Menurut Ustaz Wan Mohd Rahim, dalam ajaran Islam, TIADA UPACARA BATAL AIR SEMBAHYANG.
“Tiada juga cium dahi isteri dan lain-lain perkara yang sudah biasa dibuat.
Menjelaskan pendapat ini, Ustaz Wan Mohd Rahim berkata, ada lima rukun nikah yang perlu diketahui.
“Pertamanya, pengantin lelaki. Dikuti pengantin perempuan. Rukun ketiga ialah adanya wali, dua orang saksi lelaki dan terakhir ijab dan kabul (akad nikah).
“Jika kesemua ini telah lengkap, maka acara akad nikah yang menghalalkan sebuah perhubungan boleh dilakukan,” katanya ketika ditemui.
Dalam ajaran Islam, cium dahi isteri tidak boleh dilakukan di khalayak ramai kecuali di dalam bilik, atau hadapan muhrim. Gambar hiasan
Dalam pada itu, Ustaz Wan Mohd Rahim menjelaskan, sebaik-baik ajaran Islam selepas akad nikah ialah pengantin perlu pulang ke rumah masing-masing selepas meraikan tetamu (contoh jamuan makan dan sebagainya).
“Kalau nak cium dahi isteri, lakukanlah di rumah di hadapan ahli keluarga atau di dalam bilik tidur. Kenapa kita tidak digalakkan mencium dahi isteri di khalayak ramai? Ini kerana dalam ramai-ramai tetamu, boleh jadi ada yang tidak berkemampuan lagi untuk bernikah namun syahwatnya sudah ada. Jadi sarjana Islam berpendapat, adalah tidak manis untuk mencium dahi isteri di khalayak ramai,” katanya menjelaskan isu ini.
Apa Islam ajarkan?
Menurut Ustaz Wan Mohd Rahim, sarjana Islam menjelaskan, selepas habis majlis akad nikah, semua adat-adat yang biasa dilakukan di khalayak ramai harus lakukan di rumah sahaja di hadapan muhrim sahaja.
“Islam menggalakkan suami meletakkan tangan atas ubun-ubun isteri dan kemudian bacalah doa ini. Doa ini bermaksud, “Ya Allah, kau kurniakanlah kepadaku isteri yang baik dan menpunyai akhlak yang baik. Selepas itu, letak atas kepala isteri dan lakukan acara batal air sembahyang itu. Cium dahi isteri dan isteri boleh cium tangan suami sebagai tanda hormat. Kemudian boleh buat solat sunat dua rakaat bersama-sama isteri di dalam bilik,”katanya menerangkan kenapa semua perkara ini perlu dilakukan dalam keadaan tertutup adalah kerana kita tidak mahu terikat-ikat dengan budaya barat.
“Kalau kita tengok cara Barat meraikan perkahwinan mereka, selepas kahwin mereka akan bercium di khalayak ramai. Kita tak boleh begitu. Cukuplah di lakukan dalam rumah.
“Samalah juga dengan soal bertukar-tukar hantaran, semua ini tiada dalam ajaran Islam. Kalau kita boleh elak, elakkanlah agar tidak terikut-ikut dengan budaya ini. Kalau kita dah tahu jangan teruskan dan anggap ia satu perkara wajib dalam setiap majlis akad nikah,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Wan Rahim turut berkata, tidak salah untuk seorang ayah yang memiliki anak perempuan untuk meminang lelaki untuk menjadi calon menantunya.
“Jika kita terjumpa calon lelaki yang baik, selalu solat Subuh dan Isyak berjemaah, dan diyakini pegangan agamanya, tak salah kita pinang untuk anak kita,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jepun, sebuah negara yang suka inovatif dan berani untuk mencipta sesuatu yang baru.
Negara matahari terbit ini terbaru mencipta pelitup muka yang boleh mengesan virus di bawah cahaya ultraviolet ini mampu dijadikan sebagai ujian kendiri COVID-19 kos rendah di rumah.
Menariknya, saintis Yasuhiro Tsukamoto dan teamnya di Universiti Prefektur Kyoto di barat Jepun menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan virus COVID-19.
Fuh…
Berdasarkan penyelidikan terdahulu, kajian mendapati burung mempunyai daya tahan yang kuat terhadap penyakit. Justeru, para saintis telah mencipta penapis pelitup muka yang disalut dengan antibodi burung unta bagi menyasarkan novel koronavirus
Foto Via mainichi.jp
Dalam kajian kecil, subjek ujian memakai pelitup muka selama lapan jam kemudian menanggalkannya dan disembur dengan bahan kimia yang bersinar di bawah cahaya ultraviolet jika virus itu dikesan.
Penapis yang dipakai oleh individu yang dijangkiti COVID-19 akan bersinar di sekitar kawasan hidung dan mulut.
Foto Via The MIrror
Pasukan itu berharap dapat membuat penambahan lagi supaya pelitup muka tersebut akan bersinar secara automatik tanpa pencahayaan khas jika virus itu dikesan.
Tsukamoto merupakan seorang profesor veterinar dan presiden universiti yang telah mengkaji burung unta selama bertahun-tahun.
Penyelidikannya untuk menyesuaikan imuniti burung unta bagi melawan selesema burung, alahan dan penyakit lain.
Tsukamoto turut memberitahu agensi berita tempatanbahawa dia mendapati dirinya positif COVID-19 selepas memakai salah satu topeng khas dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa. Diagnosis disahkan selepas ujian standard.
Alhamdulillah, satu lagi kejayaan yang bermanfaat buat dunia bagi melawan pandemik pembawa maut ini. Cayalah Yasuhiro Tsukamoto dan pasukan…Agaknya..bila nak sampai Malaysia pelitup wajah ni…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sudah ke klinik tapi batuk masih tiada tanda untuk pulih. Apa kata korang cuba pula kaedah tradisional untuk merawat batuk berkahak ini.
Melalui perkongsian ikon yang terkenal dengan pemakanan sihat, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi di facebook miliknya kaedah tradisional yang boleh diamalkan untuk mengubati batuk berkahak ini iaitu dengan minum air teh bunga cengkih.
Photo by Myriam Zilles on Unsplash
Berikut adalah cara-cara membuatnya.
Saya tengok ramai sangat orang. Kong kong bunyi. Teruk sangat. Nampak sangat gelema susah keluar. Degil. Ada tak cara natural nak hilangkan gelema ni?
Apa kata minum teh bunga cengkih. Boleh cari bahan bahan ni dulu.
Setengah inci halia atau halia sebesar ibu jari.
Satu batang kulit kayu manisPhoto by Rens D on Unsplash
Setengah sudu besar bunga cengkih
Tiga mug air.
MaduPhoto by Benyamin Bohlouli on Unsplash
Setengah biji lemon.
Cara Buat :
1.Panaskan air dan masukkan bahan 1-3.
2.Masak pada api sederhana. Bila mendidih, padamkan api. Guna penapis untuk tapis bahan.
3.Tuang ke dalam cawan. Masukkan madu secukup rasa. Perah lemon. Minum.
Senang saja kan. Apa kata cuba. Mulut pun tak berbau dah. Kalau habis buat lagi. Gitu.
Moga perkongsian Dr Rizal ini memberi manfaat buat mereka yang mengalami masalah ini. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati maka tidak salah untuk mencuba dan berikhtiar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...