“Terkejut Dapat Notifikasi YouTube!” Sugu Pavithra Kembali Lepas 4 Bulan Menghilang

Share

 

Nama selebriti duo YouTube tempatan, Sugu Pavithra sememangnya meledak naik sepanjang tahun 2020 dek kerana populariti masakan mereka serta kontroversi yang melanda keluarga tersebut.

ARTIKEL BERKAITANDapat Silver Play Button! Sugu Pavithra Belanja Jiran Kek Dan KFC Tanda Terima Kasih – REMAJA

Sumber Foto: Tangkap layar YouTube Sugu Pavithra

Biarpun berdepan dengan cabaran menempuhi ‘dunia glamor’ sebagai pasangan YouTuber, mereka cekal untuk meneruskan saluran Sugu Pavithra dek kerana minat terhadap dunia masakan, permintaan subscribers yang gemarkan cara memasak yang ‘sempoi’ dan tentunya, kerana ia menjamin pendapatan yang menguntungkan mereka sekeluarga.

Kali terakhir Sugu Pavithra muncul dengan video baharu adalah pada 1 Oktober 2020 dan resipi terakhir yang dikongsikan oleh Puan Pavithra ialah pencuci mulut Super Moist Chocolate Cake.

Kemudian selama kira-kira empat bulan, saluran YouTube itu dibiarkan saja tanpa apa-apa muat naik video baharu. Malah, akaun Instagram yang dibuka oleh mereka juga terbiar sepi tanpa perkembangan sejak 28 Julai 2020.

Sebab itulah, apabila subscribers Sugu Pavithra mendapat notifikasi mengenai video ‘comeback’ mereka pada minggu ini, masing-masing terkejut dan meluahkan rasa teruja dalam ruangan komen.

Sepanjang minggu ini, bukan satu atau dua resepi yang dimuat naik oleh Sugu Pavithra tetapi lima resepi baharu! Ia terdiri daripada Briyani Kambing bersama Salad Timun, Udang Sweet Sour, Terung Tumis Belacan Dengan Udang, Lala Goreng Kilas Pedas dan Kebab Kambing.

Mantap ya!

Tinjauan REMAJA pada bahagian komen pula menunjukkan betapa pengikut mereka merindui kemunculan video baharu di saluran tersebut dan berharap agar mereka mengekalkan momentum serta semangat baharu ini.

Kami pasti, tempoh empat bulan yang diambil oleh pasangan ini jauh dari pandangan serta pengetahuan warganet telah memberikan ketenteraman yang diperlukan oleh mereka.

ARTIKEL BERKAITAN :  “Pavithra Memang Kuat!” Bagaimana Cara Untuk TENANG & Maafkan Kesalahan Pasangan – REMAJA 

 

Published by
FZ