Lantas, ramai netizen terutamanya di kalangan remaja yang masih melanjutkan pengajian berbangga dengan keputusan yang diraih oleh senior mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Ucap Tahniah Buat Graduan Anugerah Diraja 4flat
Salah seorang daripadanya ialah pelajar post-graduate dari Nigeria bernama Divine Ametefe.
Beliau baru saja menamatkan pengajian dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal dan Telekomunikasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan catatan CGPA sempurna 4.0!
Lantas, beliau layak memperolehi Anugerah Sarjana Cemerlang.
.
.
Dalam pada ramai netizen yang memuji kejayaan yang diperolehi oleh Divine itu, ada juga segelintir yang musykil bagaimana pelajar yang berasal dari luar negara boleh melanjutkan pengajian di UiTM?
.
.
.
.
Now now, kita tidak boleh 100 peratus salahkan netizen apabila bertanyakan soalan ini.
Selama ini, persepsi umum terhadap universiti tersebut adalah ia hanya dibuka kepada warga Bumiputera saja. Itu persepsi umum dan tidak mewakili pendapat penulis atau REMAJA.
Namun, pada tinjauan REMAJA di laman media sosial, sebahagian pelajar UiTM kembali memberikan penjelasan kepada mereka yang menyuarakan rasa bingung terhadap kemasukan pelajar luar negara di UiTM.
Menurut @ErsyadJailani, “Yang tak boleh tu undergraduate study. Postgraduate study, mana-mana universiti mereka boleh sertai.”
.
.
.
.
Malah, pada awal tahun ini Pro Canselor UiTM iaitu Tan Sri Dr Arshad Ayub telahpun menjelaskan situasi ini.
“Kemasukan ke UiTM boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah. Ini agar graduan daripada pelbagai kaum boleh bersaing secara saksama,” kata beliau kepada Berita Harian.
Jadi semua dah clear kan?
Cuma, mungkin pihak dari UiTM sendiri ingin menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci melalui media sosial mereka agar tiada siapa yang salah faham.