Kucing antara haiwan peliharaan yang bukan sahaja comel, tetapi banyak aksi mereka berjaya menambat hati si pencinta haiwan. Malah, individu yang takut kucing pun boleh terhibur melihat kecomelan telatah mereka.
Bagi pemilik kucing di rumah, sudah tentu korang terbiasa dengan aksi-aksi si bulus yang bermacam ragam. Ada yang suka duduk di almari, ada yang suka bermain karpet, malah ada juga yang suka ‘menghilangkan’ diri. Hiks!
Lain pula seperti yang telah dikongsi oleh selebriti Rusia di laman TikToknya, video aksi kucing yang dimuat naik oleh Victoria Bonya ini mendapat perhatian apabila seekor kucing memberikan reaksi paling ‘win’ ketika mendengar tuannya tidur berdengkur.
@victoriabonya🤣🤣🤣 ##котихрап ##рек♬ original sound – Victoria Bonya
Video tersebut mendapat lebih daripada 4 juta tontonan dengan 6,000 komen daripada netizen di seluruh dunia. Rata-ratanya geli hati melihat reaksi spontan kucing itu.
Haihh, si bulus ni bikin orang geram je tau. Hehe!
Sumber: (1)
Syed Saddiq Pertahankan Tan Sri Tony Fernandes Dalam Kenyataan Media Sosial Terbaru
Dalam tempoh kurang dua hari selepas Malaysia memilih tampuk kepimpinan kerajaan baru, pelbagai andaian rakyat sama ada mengenai parti-parti yang telah bertanding telah berlegar dengan pantas – terutamanya di medium media sosial dan telekomunikasi seperti WhatsApp dan Telegram.
Salah satu daripada topik perbincangan hangat di alam maya beberapa hari sebelum hari pengundian Rabu lalu mempunyai kaitan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Semuanya gara-gara sebuah video yang memaparkan mesej beliau agar rakyat memilih “pemimpin yang betul”.
Bukan hanya video tersebut yang menjadi perbualan ramai. Malah, paparan imej beliau bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain daripada parti tersebut di luar – ahem – pesawat AirAsia berimej biru dengan slogan Hebatkan Negaraku juga mengundang perhatian netizen.
Ramai yang pelik mengapa Tan Sri dan AirAsia mengambil keputusan untuk gimik sebegitu hanya selang beberapa hari SEBELUM tarikh pengundian?
Semua sedia maklum, saat terakhir sebelum tarikh pengundian adalah penting bagi netizen membuat keputusan. Maka, jelas gimik tersebut akan bertukar viral di media sosial.
* * * * *
Bagaimanapun, hari ini, pemimpin muda Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman memilih untuk menjelaskan keadaan sebenar dan mempertahankan Tan Sri serta syarikat penerbangan gergasi itu.
Melalui akaun Twitter dan Instagram, Syed Saddiq berkata, “Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang telah saya terpaksa pendam sebelum ini – atas sebab kemungkinan akan diugut sekiranya kenyataan saya bercangah dengan ideologi parti sebelum ini.
“Namun, saya harus kongsikannya sekarang kerana saya tidak lagi mahu hero negara, Tan Sri Tony Fernandes yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang salah.
“Beliau adalah antara orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Tan Sri dihukum kerana bercakap lantang.
“Beliau juga membantu rakyat untuk pulang mengundi dengan menawarkan penerbangan murah AirAsia serta menambah jumlah penerbangan dalam tempoh Pilihan Raya Umum yang lepas walaupun tindakan tersebut tidak disenangi oleh parti politik lain.
“Keadaan bertambah buruk selepas parti WARISAN kendalian Datuk Seri Shafie Apdal memuat naik poster untuk berterima kasih kepada AirAsia kerana tawaran penerbangan tersebut, lebih ramai rakyat Sabah yang boleh pulang mengundi.”
Sambungnya lagi, tindakan tersebut pastinya perlu ‘dibayar’ dengan setimpal. Tan Sri katanya perlu mengesahkan sokongan beliau terhadap Kerajaan dengan memuat naik video temuramah tersebut dan meminta petugas kabin untuk menukar uniform (kepada uniform berwarna biru).
“Seluruh gambaran gimik tersebut dilakukan diluar konteks sebenar. Malaysia, tolonglah jangan melabel beliau sebagai pengkhianat.
“Kisah ini adalah berdasarkan pengetahuan saya. Tan Sri Tony Fernandes telah banyak membantu kami dari mula namun tidak boleh menghebahkannya kepada umum. I leave it to the Malaysian people to judge.”
Syed Saddiq mengakhiri nota bertajuk ‘Unsung Hero’ tersebut dengan memberi jaminan bahawa selepas ini, sesiapa saja boleh mengkritik hasil kerja kerajaan baru. Malah, mana-mana pihak boleh membiayai mana-mana parti pembangkang tanpa gentar dengan ugutan.
“We are now living in a new Malaysia.”
I have been keeping this to myself for a while.
The real story behind TS Tony Fernandes’s so called move to endorse BN during GE-14.He is a hero, not a traitor. pic.twitter.com/tLe9AREiFv
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 11, 2018
Top Scorer AFC U16, Luqman Hakim Kini Duduki Kedudukan #1 Undian Anugerah Golden Boy 2020
Nama remaja ini terus meledak dan menjadi sebutan ramai ketika menjaringkan dua gol membantu Malaysia menewaskan Australia dalam kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean B18 pada tahun 2019.
Dengan aksi lincah luar biasa, anak pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan terus mempamerkan aksi luar biasa hingga ddisenaraikan dalam 60 pemain muda terbaik dunia oleh portal antarabangsa, The Guardian.
Bukan itu saja namanya juga laju meroket ke pentas antarabangsa kerana Jun lalu, sebuah kelab dari Belgium, KV Kortrijk menyatakan minat untuk “mengikat”pemain berpotensi besar ini menyarung jersi mereka.
Masa yang sama, selain KV Kortrijik perlu 'berperang' untuk mendapatkan khidmat Luqman kerana khidmat pemain itu turut diintai pasukan dari Bundesliga, Bayer Leverkusen. Bukan saja dua kelab berkenaan, malah ada beberapa buah kelab termasuk dari Liga Perdana Inggeris (EPL) menyatakan minat untuk mengikat pemain sensasi negara ini.
Hebatkan, anak muda Malaysia. Siapa kata Malaysia tak hebat melahirkan pemain ternama yang mampu membawa nama negara ke pentas antarabangsa?
ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI
Atlet Remaja Perempuan Malaysia Ini Dinobat Terhebat Sukan MMA Di Asia
Rasa Gemuruh Bertukar Tuah, Pelajar Malaysia Terima Anugerah Emas Di Rusia
Terkini, dengan potensi dimiliknya, Luqman Hakim turut tersenarai dalam Anugerah Golden Boy 2020 bersama 80 lagi calon lain dari seluruh dunia.
Untuk pengetahuan korang, Anugerah Golden Boy 2020 ini adalah satu anugerah yang mengiktraf pemain bawah 21 tahun yang mempamerkan persembahan cemerlang sepanjang musim. Pemenang anugerah ini akan dipilih oleh para wartawan sukan seluruh dunia.
Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan penerima pertama pada ketika itu ialah Rafael van der Vaart.
Namanya dicalonkan dalam 80 bintang muda bagi anugerah 'Golden Boy' musim 2019/20 oleh portal bola sepak Belanda, 433.
Selain dari dirinya, hanya lima pemain daripada Asia yang menarik perhatian untuk disenaraikan dalam kelompok pemain terbaik yang lahir pada 2002.
Empat pemain itu adalah Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka), Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz), Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United) dan Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor) bagi merebut anugerah Golden Boy 2020 ini.
Keputusan terkini untuk Anugerah Goden Boy 2020 (pada hari ini) Luqman mendahului dengan undian sebanyak 10 peratus.
Wow, bangganya!
So korang, apa kata korang support dan terus vote untuk Luqman ya. Korang boleh klik link nie ya.
Undi Luqman Hakim (Nombor 32) di sini:
https://m.tuttosport.com/sondaggi/calcio/golden-boy/2020/07/14-71771469/vota_il_golden_boy_2020_le_80_nomination/?fbclid=IwAR371MhouFvoZZnVkMvGidIn5aQ9pUC5gW8oprX-a8RsXNVoUzBqIUxIujE
Kita buat untuk negara kita, Malaysia.
Ayuh semua
Bermula Fasa Endemik Di Malaysia, Senarai Lengkap Kelonggaran SOP Yang Anda Perlu Tahu
Malaysia bakal beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April iaitu hari ini.
Bagi mengelakkan rakyat keliru, hanya anya satu SOP ditetapkan sepanjang fasa peralihan ke endemik dan dijangka akan memudahkan rakyat Malaysia berbanding 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelumnya.
BACA: 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan MDA, Check Dulu Sebelum Beli
SOP yang dilaksanakan di bawah Akta 342 ini merangkumi 10 keperluan yang kebanyakannya sudah biasa diamalkan dan menjadi sebahagian dari norma rakyat Malaysia sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
- Memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, menjaga kebersihan tangan serta memastikan penjarakan fizikal satu meter.
- Di samping itu, individu perlu menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan dan mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.
- Dalam fasa ini, premis perlu memastikan kebersihan premis, pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik serta mematuhi waktu operasi mengikut lesen atau permit.
- Had waktu operasi perniagaan dimansuhkan, di mana pemilik premis boleh beroperasi mengikut waktu operasi sedia kala.
- Premis yang menetapkan waktu operasi 24 jam seperti sesetengah restoran dan kedai serbaneka kini boleh beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan sebelumnya.
- Aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara di rumah ibadat selain agama Islam juga kini boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di beberapa negeri.
Sebanyak sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.
Pembukaan sempadan negara
- Ekoran fasa peralihan ke endemik, sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April setelah mengenakan sekatan keluar masuk sejak Mac 2020.
- Malaysia akan mula menerima semua pelancong dan pengembara yang mempunyai dokumen lengkap tanpa perlu memohon MyTravel Pass.
- Sembilan garis panduan tidak akan dikuatkuasakan
Bagi menangani wabak COVID-19, ujian pengesanan perlu dilakukan berdasarkan National Testing Strategy serta menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA: Enam Item Wajib Ada Bagi Pesakit Covid-19 Yang Kuarantin Di Rumah
Diharap pencerahan dan maklumat ini cukup jelas. Walaupun garis panduan sebelum ini tidak akan dikuatkuasakan, namun rakyat Malaysia sangat digalakkan untuk mematuhinya sebagai langkah mengekang penularan. Senarai sembilan garis panduan boleh dirujuk di pautan ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Portal COVID-19 KKM, Bernama