Sejak kebelakangan ini; penyanyi dan pencipta lagu berbakat, Taylor Swift seperti mula membuat kemunculan semula di mata media serta peminat setelah sekian lama menjauhkan diri.
Kali terakhir Taylor bergiat aktif adalah bagi tujuan promosi album Red (Taylor’s Version) dan bagi tayangan perdana video muzik All Too Well (versi 10 minit). Pada hari ini, Taylor membuktikan bahawa dirinya masih relevan dan kekal disayangi oleh para Swifties apabila dia membawa pulang trofi bagi kategori Video of the Year di acara Video Music Awards (VMAs) menerusi All Too Well.
Disambut dengan teriakan dan tepukan, Taylor pertama sekali mengiktiraf peranan wanita dalam bidang arahan apabila buat kali pertama dalam sejarah VMAs, empat orang pengarah yang dicalonkan adalah wanita.
“You guys, saya amat berbangga dengan apa yang telah kita cipta, dan saya tahu momen ini tidak mungkin berlaku tanpa adanya kamu, para peminat. Saya tidak mungkin mampu merakamkan semula album-album saya tanpa adanya kamu. Kamu menguatkan semangat saya untuk melakukannya,” katanya sebelum mengejutkan Swifties dengan pengumuman ini.
Ads
“Saya fikir, sekiranya kamu menghargai kami sebegini rupa, mungkin ini adalah momen menyeronokkan untuk saya umumkan album terbaru saya bakal diluncurkan pada 21 Oktober,” tambahnya sambil disambut oleh teriakan peminat.
Pengumuman ini nyata mengejutkan Swifties memandangkan ramai menjangkakan Taylor akan menyiapkan dahulu rakaman album terdahulunya sebelum kembali dengan album original baharu.
Ads
Tanpa berlengah, pada tengah malam (waktu tempatan Amerika Syarikat) tadi Taylor telahpun mendedahkan lebih banyak info mengenai album terbarunya ini. Ia dikenali sebagai Midnights di mana ia menceritakan tentang 13 kisah malam-malam di mana Taylor sukar untuk melelapkan mata sepanjang 33 tahun dalam hidupnya.
Dari kapsyen yang disertakan Taylor, Midnights kedengaran lebih melankolik. Besar kemungkinan ia akan disertakan dengan lagu-lagu bercorak cinta, emosi dan mimpi indah malah realiti siapa diri kita yang sebenar sebaik jam berdetik 12 tengah malam.
Ads
Midnights juga secara tidak langsung bakal menjadi album kesepuluh milik Taylor. Tak sabarnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari Sandwich Sedunia yang bakal disambut esok, Subway menawarkan promosi hebat beli satu percuma satu bagi peminat makanan sihat ini.
.
Syaratnya amat mudah, korang boleh beli roti saiz 6 inci sahaja bersama set minuman dan akan menikmati percuma satu set lagi. Promosi itu diadakan sempena Hari Sandwich Sedunia yang akan disambut esok dan promosi ini hanya akan sah pada 31 Oktober sahaja. Lebih menarik promosi beli satu percuma satu itu boleh didapati di semua cawangan Subway berdekatan tempat tinggal atau kerja korang.
Di sebalik rasa gembira kerana beli satu percuma satu itu, apa sebenarnya perkara menarik di sebalik World Sandwich Day yang disambut pada minggu ketiga bulan Oktober saban tahun ini.
.
.
Untuk pengetahuan korang, acara ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2017 dan kemunculan antarabangsa dibuat setahun selepas itu, 2018.
Acara ini diadakan sebagai platform kepada pembuat sandwich professional untuk berkongsi perniagaan mereka di platform digital seperti twitter, Instagram dan facebook serta promosi-promosi yang ditawarkan kepada penggemarnya.
.
Selain itu, ia juga dianggap medan mempamerkan keenakan sandwich buatan mereka bagi menarik minat mereka yang berada dalam situasi perut lapar termasuk “gaya persembahan” sandwich yang pelbagai. Dalam erti kata lain macam sandwich wan paku yang viral kerana disusun bertingkat-tingkat dan menerima sambutan baik dari para peminatnya.
Tak kisahlahkan apa tujuannya World Sandwich Day ini diwujudkan asalkan niatnya baik. Paling pasti kita akan rasa gembira menikmati promosi beli satu percuma satu ini esok.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk anak Malaysia mencipta nama di negara asing dalam bidang seni hiburan. Tambah-tambah lagi di negara seperti China yang mempunyai ribuan bakat-bakat baru yang sedang menunggu masa dan peluang untuk meningkat naik serta dikenali ramai.
Justeru, apabila seorang remaja lelaki berusia 22 tahun mencuri tumpuan selepas lagu nyanyiannya tular di laman sosial Douyin (TikTok versi China) baru-baru ini, masyarakat Malaysia mulai tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
Siapakah lelaki yang mampu mengikut jejak langkah penyanyi, Shila Amzah di negara tersebut?
Remaja yang dikenali sebagai Firdhaus (@fffirhaus) ini mula menjadi bualan mulut sejak Disember tahun lalu apabila dia menyerlahkan kemampuannya untuk mencipta serta menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Ini adalah 4 fakta menarik mengenai penyanyi lagu Gulf of Alaska ini.
01
Gulf of Alaska yang berjaya mendapat 170 juta tontonan di TikTok merupakan salah satu daripada empat buah lagu yang dimuatkan di dalam album EP berjudul A Letter; di bawah label Loolala Music Malaysia. Ia baru saja menemui pendengar pada bulan November lalu.
Gulf of Alaska turut meraih tempat di YouTube setelah video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan sehingga kini.
02
Sememangnya, semakin ramai remaja berbangsa selain Cina di Malaysia yang mendalami bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan ketiga mereka. Firdhaus sendiri menguasai bahasa tersebut apabila dihantar ke sekolah jenis Cina sejak kecil.
03
Menurut laporan Sin Chew Daily, Firdhaus mendapat minat nyanyian sejak mula mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi popular Taiwan, Jay Chou ketika berusia 12 tahun.
04
Pada mulanya, ibu bapa kepada Firdhaus tidak begitu pasti untuk memberikannya ‘green light’ bagi meneruskan minat dalam bidang muzik memandangkan industri ini cukup competitive. Mereka ingin melihat satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka itu untuk fokus dengan masa depan yang lebih stabil.
Selepas melihat minat Firdhaus tidak luntur dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan melihat kejayaan memperolehi populariti di media sosial, mereka lebih terbuka dan menyokongnya.
05
Selain berbakat dalam bidang muzik, Firdhaus juga nampaknya mempunyai minat dalam seni fotografi! Cer tengok akaun Instagram kedua FIRDHAUS INI.
Setiap kali selebriti Hollywood menyarungkan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, pasti mereka kelihatan cantik dan out-worldly!
Salah satu pakaian ‘sopan’ yang popular di kalangan mereka adalah Cheongsam. Sopanlah apabila bahagian dada ditutup rapi tidak seperti kebiasaan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, jom kita lihat 8 selebriti yang kelihatan cantik dalam sarungan Cheongsam.
Anne Hathaway
Di dalam filem One Day lakonannya bersama Jim Sturgess.
Jessica Chastain
Di karpet merah Critics Choice Movie Awards 2015 dalam persalinan Antonio Berardi.
Miley Cyrus
Okay, Miley mungkin tak menyarungkan Cheongsam tradisional but the effort does count, kan? Dia memilih jaket dan skirt daripada Pucci.
Grace Kelly
Grace Kelly menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes pada tahun 1956.
Emma Watson
Mudanya! Emma Watson di karpet merah tayangan filem Wimbledon pada tahun 2004.
Jennifer Anniston
Jennifer Anniston sering mencetuskan trend fesyen melalui watak Rachel di dalam siri FRIENDS.
Nicole Kidman
Nicole Kidman beraksi di dalam filem Australia arahan Baz Luhrman. Nicole merupakan salah seorang pelakon Hollywood yang sering memilih sarungan Cheongsam.
Taylor Swift
Okay fine, ini bukanlah Cheongsam biasa yang kita selalu tengok. Namun, rekaan dress Zuhair Murad untuk karpet merah Grammy’s 2012 ini diilhamkan daripada gaya oriental untuk disarungkan oleh Taylor Swift.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...