Terkejut Tiba-Tiba Cium Dahi Wanita, Rupanya Ariff Bahran Telah 3 Bulan Bergelar Suami

Share

 

Adakah ia gimik? Adakah ia disebabkan trend pasangan selebriti menyembunyikan mengenai kisah cinta mereka? Atau ia adalah cara terbaik bagi penyanyi, Ariff Bahran untuk mengumumkan bahawa dirinya kini sudah bergelar seorang suami?

Aksi Ariff yang menyarungkan cincin pada jari seorang wanita sebelum mengucup dahinya sewaktu menjayakan persembahan lagu Bicara Rasa bersama Sarah Suhairi di pentas Anugerah Drama Sangat memang – well

– drama!

Sebaik sahaja Ariff, 23 mengucup dahi wanita bernama Amirah Syazwani Mohd Riszuan,27; warganet terus dibelengu tanda tanya mengenai siapakah gerangan wanita terbabit sehinggakan ada yang berpendapat ia merupakan adik kepada Ariff.

Akhirnya, pengacara cara iaitu Ain Edruce dan Nabila Huda sendiri mendedahkan bahawa wanita tersebut hakikatnya merupakan isteri Ariff!

Mereka telahpun mendirikan rumah tangga sejak 3 September 2021 dalam satu majlis akad nikah yang dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat kerana negara masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu tersebut.

Comel sangat apabila bio di Instagram Ariff Bahran juga telah bertukar menjadi Singer/Songwriter/Husband.

Cuma, peminat jujurnya terperanjat apabila Ariff memilih untuk merahsiakan pernikahannya itu selama tiga bulan.

Kata Ariff lagi, mereka kini sedang meancang untuk mengadakan majlis resepsi pada tahun 2022 apabila tiba waktu yang bersesuaian.

Dalam pada itu, Ariff bakal keluar dengan single berjudul Melodi Hati yang didedikasikan untuk Amirah Syazwani. Aww..

Tangkap layar YouTube TV3Malaysia

Kalau korang masih ingat, penyanyi seangkatan Ariff iaitu Haqiem Rusli yang baru mendirikan rumah tangga pada bulan lalu turut melancarkan sebuah lagu berjudul Hitam Saksi Putih

khas untuk isterinya.

Mungkin sudah menjadi trend dalam kalangan selebriti tempatan pada tahun ini untuk merahsiakan perkahwinan, berdiam diri mengenai status sudah berbadan dua dan juga mencipta lagu untuk pasangan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ