Mesti korang ingat dengan remaja perempuan Iran yang menggemparkan dunia sebelum ini kononnya melakukan pembedahan semata-mata kerana mahu kelihatan seperti Angelina Jolie. Walaupun begitu rupa-rupanya apa yang ditonjolkan hanyalah teknik solekan dan juga penggunaan aplikasi photoshop yang melampau sahaja.
Sahar Tabar atau nama sebenarnya Fatemah Khishvand, 19, telah dijatuhi hukuman penjara selama sepuluh tahun kerana aktivitinya di media sosial yang disifatkan tidak bermoral dan berlawanan dengan pendirian Republik Islam tersebut. Beliau dituduh mempengaruhi generasi muda terjerumus ke arah perkara negatif menerusi perkongsian di media sosial yang dianggap tidak sopan.
Memiliki pengikut hampir 500’000 di laman Instagram, dia dilihat memberi pengaruh besar kepada pengikutnya. Walaupun begitu sejak tangkapan akaun Instagramnya sudah dinyahaktifkan.
Menurut laporan The Guardian, rekod perubatan gadis tersebut menunjukkan yang dia mengalami masalah kesihatan mental dan ini dibuktikan dengan sejarah lawatannya ke hospital psikiatri. Rekod ini menjadikan hukuman penjara yang dikenakan oleh pihak berkuasa Iran terhadapnya tidak munasabah.
Terdahulu pada Oktober 2019, TV Negara Iran ada menyiarkan pengakuannya dan ekspesi wajah yang ditonjolkan jelas mengundang simpati ramai pihak. Kini penguamnya sedang mencuba membantunya supaya bebas dari penjara setelah disahkan positif Covid-19 di penjara pada April tahun ini.
Sumber: The Guardian