Sejak semalam, rata-rata warganet menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelawak, Jocelyn Chia selepas tular video dalam program Comedy Cellar USA.
Dalam video terbabit, Jocelyn menjadikan MH370 sebagai salah satu kandungan lawaknya selain menggunakan bahasa kasar.
Berhubung perkara tersebut, isteri kepada salah seorang kru pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, Intan Maizura Othaman turut tampil menyelar tindakan tidak bermoral pelawak Singapura yang mempersenda tragedi terbabit.
Tegas Intan menerusi hantaran video di Instagram, jenaka seumpama itu tidak lucu ketika mana ramai lagi waris yang masih berduka cita atas kehilangan keluarga mereka.
“Ia masih tak kelakar, tak kisahlah betapa jahatnya kamu tapi jangan sebut fasal MH370 atau buat lawak terhadap tragedi tersebut.
“Anak lelaki saya, Muhammad, dia masih lagi menangis sampai sekarang mengenangkan kehilangan bapanya, manakala kamu ada keberanian untuk buat jenaka terhadap MH370. Dan adakah kamu tahu berapa ramai ibu-ibu yang masih merintih menangis sampai ke hari ini, kamu tidak tahukan?
“Sebab kamu tidak ada empati, tidak ada hati. Atau mungkin kamu tak ada keluarga pun. Kalau ada pun, mereka pasti malu dengan lawak bodoh kamu,” tegasnya.
Tambahnya lagi, jenaka sedemikian tidak sepatutnya dibuat di hadapan khalayak ramai demi meraih perhatian.
“Saya percaya kamu tidak patut pun buat lawak bodoh ini untuk mendapatkan perhatian orang.
“Boleh tak berhenti buat lawak sebegini untuk merain perhatian orang ramai? la teruk, tasteless
dan jadilah wanita yang lebih baik,”ujarnya lagi.+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Maizura