Teruk Terkesan Akibat PKP, Hotel Istana Pula Tutup Operasi

Share

 

Satu lagi berita sedih yang diterima pagi tadi apabila pusat penginapan lagenda di ibu negara, Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan penutupan operasinyapada 1 September 2021 dan menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada para pekerja.

Menerusi sepucuk surat yang tular di media sosial, surat bertarikh 30 Jun 2021 itu telah ditandatangani pengurus besar hotel, Noorazzudin Omar dan berkata pihak pengurusan tiada pilihan selain menutup operasi hotel bertaraf 5 bintang itu.

“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Dengan rasa kesal, kami ingin memakluman keputusan untuk menutup operasi kami, dijangka pada 1 September 2021,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Walaupun Hotel Istana kini digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19, mereka masih menanggung kerugian dalam operasi bulanannya. Pandemik jelas telah memberi impak teruk kepada perniagaan, keuntungan dan bilangan pelanggan yang menghuni hotel tersebut.

Bagaimanpun, khabarnya para pekerja Hotel Istana masih belum menerima notis secara rasmi.

Foto: Hotel Istana

Hm, pastinya ini merupakan satu berita yang sukar untuk diterima memandangkan ia merupakan pusat penginapan bersejarah di Malaysia dan pernah mahsyur satu ketika dahulu. Dalam keadaan Malaysia yang masih menjalankan PKP Penuh, rakyat terpaksa berhadapan risiko diberhentikan kerja.

Semoga individu-individu yang terkesan sepanjang PKP ini dimurahkan rezeki dan mendapat peluang kerja yang lebih baik kelak.

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan penutupan beberapa rangkaian hotel besar di dalam negara akibat perniagaan yang merundum pada musim pandemik.

ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Hotel Di Malaysia Yang Bakal Ditutup Akibat Kesan Pandemik COVID-19 – REMAJA

BACA LAGI : Lagi Kisah Hotel Popular Turun Padang Jual Nasi Bajet Tepi Jalan Akibat PKP – REMAJA

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman