Daripada sitcom, ke layar Perak. Filem-filem yang diarahkan oleh allahyarham pengarah hebat tanah air, Mamat Khalid ni memang jarang mengecewakan.
Jarang ‘tayang’ anak dan keluarga di media sosial. Allahyarham meninggalkan isterinya dan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanah.
Buat yang tidak mengetahui, anak bongsunya kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan, University of East Anglia, Norwich, England.
Menurut laporan Gempak, isterinya iaitu Hasmah Hassan, mendedahkan anak perempuannya itu, satu-satu anak mereka yang tidak sempat menziarahi jenazah arwah suaminya.
Kata Hasmah, Ann yang turut mesra dengan panggilan Baby dalam kalangan keluarga kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat sampai semua orang sekeliling terkejut. Polis pun datang.
Ann atau nama sebenar Nuhassanah Mohamad yang baru sahaja lebih kurang setahun menyambung pelajaran di UK dan mendapat tahu berita tentang bapanya dari media sosial kerana sedang bekerja part time
ketika dihubungi ibunya.Genap berusia 21 tahun pada September yang lepas, ini wajah comel dan manis anak pengarah tersohor ini.
Sebelum ini, Mamat Khalid, 58 itu rebah selepas bermain keyboard di kafe miliknya Sarang Art Hub, Tanjung Malim dan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah Sabtu lalu.
Hmm…siapa tak sedih kehilangan ayah dan tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir kan…Buat Ann, moga terus tabah menerima dugaan ini.
Sumber : Gempak