Sejak semalam gempar apabila berlaku beberapa letupan kuat menggegarkan Beirut-Lebonan di mana keadaan di lokasi dikatakan menjadi padang jarak padang tekukur.
Letupan besar yang berlaku di kawasan padat penduduk itu berlaku kemusnahan besar apabila sebuah kilang mercun yang meletup.
Menyedihkan, laporan awal laporan awal menyebut angka korban setakat ini dilaporkan 78 orang dan 4000 cedera parah. Letupan dikatakan berpunca dari kilang menghasilkan bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.
Hasbunallah Waniqmal Wakeel
Pihak MAPIM Malaysia sedang mendapatkan laporan dan update terkini dari rakan ngo Lebanon yang berdekatan. Doakan agar kemalangan ini tidak meragut banyak nyawa. Sumber : Ahmad Sani Araby
Rumah Sajat Dikelilingi Media, Aset Berjaya Dibida Dengan Nilai RM132,000
Siapa tak kenal usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular sebagai Nur Sajat yang kini dilaporkan menetap di Canterbury, Australia.
Disebabkan gagal membayar pampasan sebanyak RM 200,000 oleh OWA Resources Sdn. Bhd yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini, kesemua aset usahawan tersebut terpaksa dilelong bermula 10.30 pagi tadi.
Malah, kelihatan beberapa pembida telah hadir untuk mendapatkan barang-barang dari rumah yang beralamat di Kota Damansara itu. Menerusi laporan Harian Metro, seorang lelaki telah berjaya membida barangan yang disita dengan harga RM132,000. Setakat ini, pihak peguam masih menunggu pembida untuk membuat bayaran sepenuhnya selepas proses lelongan selesai.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Muhammad Sajjad Lolos Ke Thailand Dah Macam Filem Spy! – REMAJA
Antara barang yang disita untuk lelongan ialah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.
Sebelum ini, Sajat didapati melanggar kontrak perniagaan kerana gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokis nya seperti yang dipersetujui. Malah, Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat mengambil tindakan menyita ,susulan kegagalan usahawan tersebut membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pelantun lagu Bobo Dimana itu tidak memberi sebarang maklumbalas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu.
Barang-barang yang disita dan dilelong ini bagi menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.
ARTIKEL LAGI : Pertemuan Mufti Wilayah Bersama JPN, Tertera Muhammad Sajjat BIN Kamaruz Zaman Berjantina LELAKI
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)
Bas Terjunam Dalam Tasik, 21 Pelajar Bakal Duduki Peperiksaan Ke Kolej Maut
Hasrat lebih 40 pelajar untuk menduduki peperiksaan “gaokao” sebagai satu syarat kemasukan ke kolej berakhir dengan tragedi apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik dalam kejadian di barat daya China. Lebih menyayat hati, 21 orang pelajar sekolah menengah maut akibat lemas di tasik tersebut.
Dalam kejadian yang berjaya dirakam CCTV itu, bas tersebut dilihat memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh pagar penghadang dan meluncur masuk ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou.
Pasti ibu bapa pelajar yang maut sukar menerima kenyataan ini di mana perjalanan anak mereka berakhir dengan kematian.
Bagaimana pun 15 orang pelajar berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan hanya mengalami kecederaan lapor AFP.
Pihak berkuasa dalam satu laporan mengesahkan bas tersebut sudah ditarik keluar dari tasik selepas semua pelajar yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Difahamkan kenderaan itu membawa pelajar sekolah menengah yang akan mengambil peperiksaan “gaokao”.
Jumlah kematian masih belum dapat disahkan secara rasmi berikutan jumlah mangsa yang masih belum ditemukan.
Media sosial di China menzahirkan rasa simpati di atas insiden menimpa pelajar di dalam bas tersebut.
“Saya harap jumlah kematian tidak meningkat.
"2020 benar-benar merupakan tahun penuh bencana dan kesukaran,” kata seorang pengguna media sosial.
Lebih 200 penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa termasuk 55 penyelam profesional. Sumber : Astro Awani
Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun
Figura sektor pendidikan negaram Tan Sri Lim Kok Wing yang juga merupakan pengasas Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pantai, awal hari ini.
Pemergiaan beliau disahkan setelah tempoh seminggu beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi yang dihadapi kerana terjatuh.
Namun begitu, punca kematiannya yang sebenar masih belum dikeluarkan oleh pihak hospital.
Umum mengenali Universiti LimKokWing sebagai sebuah universiti yang banyak menjurus kepada pengajian dalam bidang kreatif. Hal ini bukanlah perkara yang menghairankan kerana mendiang merupakan seorang insan yang berseni.
Kerjaya pertama Tan Sri Limkokwing adalah sebagai seorang illustrator dan beliau pernah mereka muka hadapan bahan bacaan. Kemudian, beliau nekad mendekati akhbar Eastern Sun dengan komik yang dihasilkannya dengan harapan agar akhbar tersebut menyiarkan karyanya.
Usaha yang ditonjolkan tidak sia-sia, akhbar itu bersetuju dan Tan Sri Limkokwing mencapai kejayaan pertama selepas siri komiknya – ABU – menjadi siri komik bersiri tempatan pertama di Malaysia dan Singapura.
Mendiang terus bekerja dengan Eastern Sun selama dua tahun hinggalah akhbar berkenaan menamatkan operasi. Perkara ini membuatkan Tan Sri LimKokWing bertekad menuju ke arah cita-cita yang lebih besar.
Pada tahun 1970, Tan Sri LimKokWing menyertai McCann-Erickson. Beliau pantas mendaki tangga kerjaya dan muncul di antara barisan handalan untuk menjadi pengarah kreatif serantau di agensi pengiklanan antarabangsa ini.
TENTANG UNIVERSITI
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing diasaskan pada tahun 1991 dan ketika itu ia dikenali dengan nama Institut Teknologi Kreatif Limkokwing. Pada tahun 2002, institut ini merupakan kolej persendirian pertama di Malaysia yang memperoleh taraf universiti kolej.
Takziah REMAJA ucapkan kepada keluarga serta kenalan rapat mendiang Tan Sri Limkokwing.
Sumber: Focus Malaysia, Lim Kok Wing