[Terkini] 6 Tahun Bertahan, Kim Kardashian Bakal Bercerai Daripada Kanye West?

Share

 

Meskipun Kim Kardashian pernah dikaitkan dengan ramai jejaka berpengaruh dan kaya sepanjang kehidupan zaman bujangnya, namun pada 2014, dia akhirnya memilih untuk memulakan kehidupan baru bersama penyanyi rap Kanye West.

Sumber Foto: Vogue Australia

Ramai sebenarnya yang tidak pasti sejauh mana pasangan selebriti dan sosialit itu akan bertahan dalam dunia Hollywood. Namun mereka telah berjaya membuktikan bahawa rasa cinta yang wujud di antara mereka adalah benar dan tulus.

Itu hinggalah pada tahun 2020 di mana khabar angin rumah tangga Kim dan Kanye (atau #KimYe) sedang berdepan masalah bertiup kencang. Mereka dikhabarkan telah mengikut sesi kaunseling perkahwinan. Sejauh mana ia berkesan, tiada siapa yang mempunyai jawapan. Cuma apa yang pasti, separuh kedua tahun 2020 merupakan tempoh yang sukar bagi mereka berdua.

Kim dikatakan sudah bersiap sedia untuk berdepan penceraian. Perancangan itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas Kanye disahkan menghidapi situasi bipolar yang agak serius.

Sumber Foto: Instagram @kimkadashian

Mereka mengambil keputusan untuk tinggal berasingan selama beberapa bulan di mana Kanye menghabiskan masa di Wyoming manakala Kim di Calabasas bersama anak-anak mereka; North, Saint, Chicago dan Psalm.

Sepanjang tempoh tersebut, Kim dan Kanye masing-masing menghabiskan masa menumpukan perhatian pada kerjaya saja dan cuba untuk tidak memikirkan mengenai potensi penceraian. Malah, mereka pernah cuba untuk menyelamatkan hubungan ini dengan mengikuti percutian keluarga pada akhir tahun lalu.

Menurut laporan TMZ, buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi sama ada Kim dan Kanye sah akan bercerai atau tidak. Apa yang pasti, perpisahan yang terjadi sekarang bukanlah disebabkan oleh orang ketiga tetapi lebih terarah kepada perbezaan yang wujud di antara mereka.

Sumber Foto: Instagram @kimkardashian.

Korang terkejut tak dengan berita ini, ataupun sememang sudah dapat mengagak pasangan tersebut tidak akan bertahan selamanya?

Published by
FZ