Setelah menunggu semalaman, impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan atlet olahraga para negara, Ziyad Zolkefli untuk kembali diumumkan sebagai pemenang pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektulal) tidak kesampaian.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker menerusi kemaskini di Facebook sebentar tadi memberitahu berita sahih buat rakyat Malaysia apabila pemohonan kita ditolak.
Terdahulu, bantahan dilakukan oleh kem Ukraine diketuai oleh atletnya, Maksum Koval yangberada pada kedudukan pingat perak berikutan dakwaan kelewatan tiga orang atlet memasuki call room
atau bilik menunggu di Stadium Olimpik Tokyo sebelum acara bermula semalam. Ia termasuklah Muhammad Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador).Hasil bantahan tersebut, ketiga-tiga orang atlet terbabit kemudian diklasifikasikan sebagai tidak memulakan aksi atau did not start (DNS) walaupun hakikatnya mereka telah melakukan lontaran dari awal hingga pusingan terakhir.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kenapa Tidak Bantah Sebelum Acara Bermula?” Warganet Bantah Isu Teknikal Ziyad Zolkefli – REMAJA
Bantahan balas kemudia dilakukan oleh delegasi Malaysia di Tokyo 2020 bersama-sama skuad Australia dan Ecuador kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA. Namun, ia telah ditolak oleh pihak pengajur setelah mesyuarat di antara Chef De Mission berlangsung pagi tadi.
“Ketua kontinjen turut memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut turut tidak memihak kepada Malaysia dan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan dan Juri Rayuan Para Olahraga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah kekal,” katanya.
Ini sekaligus menyaksikan Ziyad terlepas peluang untuk bergelar atlet Paralimpik pertama Malaysia yang berjaya mempertahankan pingat emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik berturut-turut serta memecahkan rekod dunia seperti yang dilakukannya semalam sebanyak dua kali.
Malaysia kini mempunyai satu lagi peluang untuk melakukan rayuan lanjut.
Menurut laporan, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta World Para Athletic (WPA) agar rayuan ketiga-tiga negara tersebut berkaitan penyertaan serta catatan mereka bagi acara Shot Put F20 Para Olahraga semalam diiktiraf.
Namun, rayuan lanjut ini hanya boleh dibuat setelah temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berakhir.
Menerusi kenyataan oleh pihak World Para Athletics, keputusan penolakan bantahan Malaysia ini dilakukan berdasarkan World Para Athletics Rule 5.5 – ‘Kegagalan Lapor Diri Ke Call Room’.
Atlet yang tidak hadir ke Call Room dalam masa ditetapkan seperti diterbitkan dalam jadual Call Room akan ditetapkan sebagai DNS (Did Not Start).
BACA LAGI : Sukan Paralimpik : Apakah Itu ‘Call Room’ Dan Kepentingannya? – REMAJA