Setelah hampir 2 tahun berdepan pertuduhan dan perbicaraan, hari ini nasib bekas ahli Big Bang, Seungri telah ditentukan. 

Seungri berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara 5 tahun seperti dicadangkan oleh Pihak Pendakwa Ketenteraan di atas dakwaan kes pelacuran yang pernah melibatkannya pada tahun 2019.

[ Terkini ] Seungri Big Bang Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun Kes Pelacuran
Bekas ahli Big Bang, Seungri.

Bagaimanapun, pada sesi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Ketenteraan Awam di Seoul, Seungri telah menafikan semua tuduhan kes pelacuran itu dan tidak pernah terlibat dalam kejadian memanggil gadis pelacur ke acara parti yang dianjurkannya atau menemukannya kepada kliennya dari Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN : Tuduhan Kes Seksual Seungri Punca Saham YG Turun, JYP & SM Juga Terkesan! – REMAJA

“Untuk membalas ucapan tahniah sempena hari jadi saya daripada beberapa kenalan dari luar negara termasuk Koji Aoyama dan isterinya, saya telah menjemput mereka ke parti Hari Natal yang telah saya rancang.

“Disebabkan saya sibuk menguruskan kenalan saya yang lain, saya baru tahu ada di kalangan jemputan itu telah memanggil gadis (pelacur) semasa siasatan dijalankan,” jelasnya.

Ads

Seungri juga menidakkan sebarang kes pelacuran berlaku di kediamannya. Katanya, ibu bapa dan adik lelaki menetap di rumah bersebelahan dengannya. Lalu, mustahil untuk dia menganjurkan parti pelacuran seperti yang dituduh.

via GIPHY

Jika korang masih ingat, Seungri juga berdepan tuduhan pernah menggunakan kamera untuk merakamkan aktiviti seksual atau klip pelacuran tanpa pengetahuan mereka.

Ads

Demi mempertahankan pelantun lagu Strong Baby itu, peguamnya berkata, “Walaupun mereka (yang terlibat dalam ruang chat tersebut) berkongsi foto dan video, mereka tidak merakam sendiri apa-apa jenis klip.

“Walaupun Jung Joon Yound dan Choi Jong Hoon telah mengaku pernah berkongsi foto sebegitu lalu didapati bersalah di bawah Seksyen Komunikasi Informasi, Seungri tidak terlibat dengan semua pertuduhan ini.”

Begitupun perbualan Seungri yang berbunyi, “Perempuan? Ajak mereka yang akan melayan dengan baik” telah mendatangkan teka-teki.

Ramai yang mengikuti kes ini mengesyaki Seungri bercakap bohong. Seungri menjelaskan mesej itu telah ‘diperbetulkan’ oleh fungsi auto-correct telefon pintarnya dan dia sebenarnya ingin berkata, “Ajak mereka yang akan sukakannya (parti seperti ini)”.

Ads

[ Terkini ] Seungri Big Bang Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun Kes PelacuranTerdahulu, warganet menuduh Seungri menyertai perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan semata-mata untuk mengelakkan hukuman lebih berat.

Seungri menidakkan pertuduhan itu dan berkata dia meminta agar tempoh perkhidmatan ketenteraannya dipanjangkan untuk membantu siasatan.

“Seminggu sebelum menyertai kem tentera, saya masih membantu siasatan. Saya hanyalah seorang insan yang ingin membuktikan saya tidak bersalah,” kata Seungri.

via GIPHY

Hhm, nampaknya cadangan Mahkamah Ketenteraan Awam ini boleh menutup terus masa hadapan periuk nasi Seungri dalam bidang seni hiburan. Setuju tak?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI