“Terlalu Banyak Yang Saya Belajar…” -Amyra Rosli Seronok Dalam Bidang Pengacaraan.

Share

Figura seorang ini boleh dikatakan punyai bakat besar yang dikurnia dari Ilahi buat dirinya. Berdiri di atas kaki sendiri sebagai seorang anak seni tempatan, ternyata bakat yang dimilikinya membuahkan hasil seperti mana kita lihat dirinya kini.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, pemilik nama Amyra Rosli ini juga kini juga bergiat dalam bidang pengacaraan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usai Sedekad Perkenalan, Ini Dedikasi Istimewa Aliff Aziz Buat Isteri Tercinta

Diberi kepercayaan mengendalikan program popular TV3, Nona, pasitnya ia sedikit sebanyak memberikan sesuatu pengalaman yang berharga buat Amyra.

Berkata kepada Remaja, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya bersyukur dan seronok apabila dapat berkolaborasi sebagai pengacara menerusi program tersebut.

“Sepanjang bergelar sebagai pengacara Nona, terlalu banyak yang saya belajar lagi-lagi dalam bidang pengacaraan ini. Selain itu, dan juga keyakinan saya untuk kedepan.

“Saya juga seronok apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan Nona, banyak juga pengetahuan yang saya belajar dan peroleh.

“Bahkan, beruntungnya saya apabila berada dalam program ini, saya di bawah didikan pengacara berpengalaman iaitu Rena Hazrena. Selain penerbit yang banyak membantu,” katanya.

“Paling seronok bekerja dengan Nona ini, kita dapat teroka tempat-tempat yang sangat menarik dan dapat kenal ramai orang.

Dalam pada itu, bercakap mengenai soal cara membahagi masa bersama keluarga pula, pelakon naskhah hit Jangan Menangis Cinta itu memberitahu sentiasa mencuri masa bersama keluarga kecilnya terutama bersama anak-anak tercintanya.

“Kita perlu well managed bila saya seorang yang bekerjaya, jika terlalu sibuk dengan lakonan. Selepas itu, saya akan rehat dalam dua ke tiga bulan untuk meluangkan masa bersama keluarga kecil saya.

“Dari segi soal anak-anak pula, jika suami saya sibuk, saya ada penjaga yang sangat selamat iaitu ibu bapa saya sendiri.

“Jadi, saya tiada isu untuk kurang masa bahagian itu dan ini kerana dari awal lagi, jika apa-apa pekerjaan yang saya akan ambil, saya sudah rancang awal-awal,” tuturnya panjang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Amyra Rosli

Published by
Fath