Politik sekali lagi menjadi penyebab kepada kekecewaan dalam kalangan peminat bola sepak di negara seberang, Indonesia.
Setelah terpaksa menanggung malu akibat pengurusan lemah semasa tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan pada Oktober 2022 sehingga menyebabkan lebih daripada 130 kematian, kini sinar baharu untuk membawa semula persada bola sepak Indonesia ke sudut yang lebih positif juga tidak kesampaian.
Ini setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA semalam menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun; hanya beberapa minggu sebelum ia dilangsungkan.
Reaksi pasukan bola sepak bawa 20 tahun Indonesia apabila dikhabarkan berita buruk ini semalam.
Penarikan semula ini berikutan kelantangan protes beberapa kem politik di Indonesia yang menentang penyertaan pasukan bola sepak Israel pada kempen kali ini.
Umum mengetahui bahawa hubungan diplomasi rasmi di antara Indonesia dan Israel tidak wujud memandangkan negara majoriti penduduk Islam itu sentiasa memihak kepada saudara seagama yang menetap di Palestin.
Tambahan pula, dua orang gabenor berpengaruh di Indonesia sebelum ini bersungguh-sungguh melaungkan penentangan mereka terhadap penyertaan Israel dalam kejohanan itu. Penentangan ini sekaligus tidak disenangi oleh badan FIFA yang ingin memastikan semua pasukan dapat bertanding secara selamat di negara tuan rumah.
Ads
Disebabkan penarikan drastik oleh FIFA ini juga, penyertaan pasukan bola sepak bawah 20 tahun Indonesia kehilangan tiket automatik sebagai tuan rumah untuk menyertai kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu.
Lapor media Indonesia, berita tersebut amat memberi kesan kepada peminat bola sepak negara itu terutamanya pemain kebangsaannya.
Ads
Penyerang 19 tahun Indonesia, Rabbani Tasnim mengeluh kepada pemberita di sana dengan berkata, “Tenaga, masa, peluh dan darah yang kami curahkan, tetapi ia digagalkan disebabkan alasan politik. Ini adalah impian besar kami yang telah anda hancurkan.”
Manakala penyerang 18 tahun Indoneisa, Hokky Caraka turut berkongsi sentimen sama. “Kami, para pemain, kini terkesan. Bukan hanya kami tetapi semua pemain bola sepak Indonesia.”
Ads
Haih, sabarlah pasukan Garuda.
Untuk pengetahuan korang, kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun pada asalnya dijadualkan berlangsung di Indonesia dari 20 May hingga 11 Jun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini Kensington Palace telah memuat naik tiga gambar potret suri hati Putera William, Kate Middleton sempena ulang tahunnya yang ke-40. Jurugambar profesional, Paolo Reversi telah dipertanggungjawabkan untuk merakam gambar tersebut yang mana ketiga-tiga gambar itu akan dipamerkan sebagai satu koleksi di Galeri Potret Kebangsaan.
Galeri Potret Kebangsaan merupakan salah satu badan yang dinaungi oleh Duchess of Cambridge sebaik sahaja dia menjadi salah seorang kerabat Diraja. Dalam potret itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini dilihat memadankan busana yang digayakan dengan cincin pertunangannya yang merupakan warisan dari mendiang Puteri Diana dan anting-anting milik Ratu Elizabeth II.
Mencecah usia 40 tahun pada 9 Januari 2022, ini merupakan 8 fakta istimewa tentang wanita yang bakal bergelar Permaisuri England suatu hari nanti ini.
Dilahirkan degan nama penuh Catherine Elizabeth Middleton, beliau dilahirkan di Hospital Royal Berkshire di Reading pada 9 Januari 1982.
Beliau telah dibaptiskan di St Andrew’s Bradfield, pada 20 Jun 1982. Merupakan anak sulung daripada tiga anak adik beradik.
Keluarga di sebelah ayahnya memang rapat dengan Keluarga Diraja sejak dahulu lagi. Moyangnya, Olive Middleton, menjadi tuan rumah kepada ahli keluarga Diraja Britain sekitar tahun 1920-an & 1930-an. Manakala, keluarga ibunya berketurunan pelombong arang batu dan telah disifatkan sebagai golongan kelas pekerja.
Beliau mempunyai seorang adik perempuan, Pippa, & seorang adik lelaki, James.
Kredit foto: Paolo Roversi/ Instagram @dukeandduchessofcambridge
Suaminya, Putera William, Duke of Cambridge, berada di tempat kedua dalam barisan pewarisan takhta Diraja British, menjadika beliau bakal menjadi permaisuri pada masa hadapan.
Putera William telah meminangnya menggunakan cincin milik ibu, mendiang Puteri Diana. Cincin batu nilam rona biru itu cukup istimewa bagi Kate Middleton.
Berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Duchess of Cambridge ini telah menggayakan busana dari jenama Alexander McQueen.
Memiliki tiga cahaya mata, dua putera dan seorang puteri. Putera George, Puteri Charlotte, & Putera Louis masing-masing berada di ketiga, keempat dan kelima dalam barisan pewarisan takhta Diraja British.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan Instagram antara medium sosial media yang menjadi pilihan utama anak muda untuk berkongsi foto dan rutin harian mereka. Di laman sosial ini, pengguna dapat memuat naik foto, video serta membuat IG Story dan Live dengan mudah dan percuma. Maka, tidak hairanlah kenapa Instagram dijadikan sebagai antara pilihan sosial media yang popular dikalangan remaja.
Instagram Stories menjadi salah satu feature yang paling diminati oleh kebanyakan pengguna. Menerusi feature ini, pengguna boleh memuat naik gambar atau pun video pendek yang berdurasi 15 saat yang akan hilang secara automatik selepas 24 jam.
Sejak Mei 2019 yang lalu, Instagram juga memberikan kebebasan untuk creator mencipta filter-filter wajah yang unik bagi para pengikut. Apa yang menariknya, filter yang disediakan itu adalah percuma dan boleh digunakan dengan mudah.
Paling best, gambar dan video korang pun nampak lebih cantik. Kami pasti ramai yang gemar menggunakan filter di IG betul tak?
Berikut kami kongsikan beberapa IG filters yang korang boleh cari dan gunakan untuk membuat IG Stories.
1. Skin tone
2. White filter
3. H E A T 2.0
4. Dark II
5. now 2.0
6. Pink
7. Disposable
8. kirakira
9. Brown Brown Bear
10. sweetie rain
11. soft
12. whiN p e a c h
13. Filter 1
14. Scotland
15. PERSONAL
16. CINEMA
17. sweeter place
18. 2 Strip
19. Blessy
20. Purple Grey
Wah, makin cantiklah korang lepas ni bila guna filters berikut. Hiks!
Berus gigi digunakan sebagai alat penjagaan kesihatan mulut dan sejak kecil lagi, kita sudah didik untuk menjaga kebersihatan gigi. Pemilihan berus gigi yang sesuai adalah penting bagi memastikan ia selesa diguna, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan.
Namun begitu, tahukah korang berus gigi kalau tidak ditukar dan tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan korang sakit seperti demam, batuk selesema, jangkitan mulut, kulat dan sebagainya?
Gambar hiasan
Berus gigi yang tidak dijaga dengan baik adalah tempat yang disukai oleh kuman. Berus gigi rosak juga boleh menyebabkan gigi tidak dicuci dengan baik dan boleh menyebabkan luka.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk kita menukar berus gigi?
Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai @doktorgiginajib pernah berkongsi informasi ini di laman Twitternya. Jelasnya, kita harus menukar berus gigi setiap tiga bulan sekali atau sebaik sahaja melihat berus gigi itu dah tak rupa macam berus gigi. Hiks!
Korang juga digalakkan untuk meletakkan berus gigi di tempat yang kering, dalam kedudukan menegak supaya ia terdedah dan mudah kering. Elakkan meletakkan berus gigi di tempat lembab seperti sebelah sinki dan sentiasa keringkan cawan pemegang berus gigi.
Gambar hiasan
Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan untuk korang dan selepas ini boleh amalkan menukar berus gigi bagi setiap tiga bulan. Walaupun berus gigi itu masih nampak elok dan sempurna, ikut sahaja saranan doktor gigi ini bagi memastikan kesihatan gigi korang terjamin.
Penyanyi, Syafiq Farhain yang juga anak kepada legenda rock terkenal Allahyarham Saleem Iklim baru-baru ini meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata keduanya yang...