Kecoh baru-baru ini di laman media sosial apabila pelakon terkenal Millie Bobby Brown mengumumkan dia sudah bertunang dengan Jake Bongiovi, teman lelakinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Stranger Things, Noah Schnapp Dedah Dirinya Homoseksual Menerusi TikTok
Millie mula terkenal setelah memegang watak sebagai Eleven dalam siri Strangers Things di Netflix.
Pelakon berusia 19 tahun itu berkongsi berita tersebut kepada peminatnya di laman media sosial, Instagram pada Selasa lepas sambil memetik bait lirik lagu Taylor Swift – Lover;
“Saya telah mencintai awak selama tiga musim panas dan sekarang saya mahukan kesemuanya”
Selain itu, cincin pertunangan turut kelihatan pada jarinya. Dianggarkan harga cincin berlian itu mencapai 150,000 USD. Harga cincin yang teramat mahal itu tidaklah mengejutkan, dek kerana status tunangnya yang merupakan anak lelaki kepada penyanyi legenda Jon Bon Jovi.
Namun, menjenguk ke ruangan komen mendapati bahawa rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan mereka untuk bertunang dan risau akan masa depan bintang Strangers Thing itu.
“Milly Bobby Brown bertunang pada usia 19 tahun amatlah membimbangkan. Saya harap dia baik-baik saja dan tahu apa yang dia lakukan, tetapi 19 tahun terlalu muda,” ujar seorang peminat.
“Saya masih merasakan bahawa dia terlalu muda untuk bertunang, tetapi jika keputusan itu menggembirakan dia, siapalah saya atau kita untuk menilai?” komen peminat yang lain.
Meskipun keputusan beliau untuk bertunang itu mengejutkan ramai peminat, ada juga yang turut tumpang gembira dan mendoakan agar beliau kekal bahagia bersama teman lelakinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Getty Images
Solat Sunat Hari Raya Di Rumah, Perlukah Baca Khutbah & Adakah Perbezaan Rukun?
Isi Kandungan
Toggle
Hukum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah sunat muakkad.
Selepas hampir sebulan berpuasa, umat Islam kini merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan.
Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza susulan pandemik wabak Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.
Kesedihan dirasai oleh mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman seperti tahun-tahun sebelum ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan.
Bagi mereka yang tidak bernasib baik untuk beraya bersama keluarga, Hari Raya kali ini kurang meriahnya apabila solat sunat Aidilfitri yang sering dilakukan pada pagi raya di masjid dan surau, hanya boleh dilakukan di rumah pada tahun ini.
Mungkin ada yang mempersoalkan tentang hukum Solat Sunat Aidilfitri dilakukan di rumah secara bersendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga. Adakah ia SAH dan apakah HUKUMnya?
Menurut Mufti Besar Arab Saudi dan Ketua Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al Asheikh, mereka memutuskan solat sunat Aidilfitri boleh ditunaikan di rumah susulan keadaan luar biasa seperti pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang.
Solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan sebanyak dua rakaat dan tanpa khutbah.
Sheikh Abdul Aziz juga berkata zakat fitrah boleh diagihkan melalui badan amal jika boleh dipercayai, dengan syarat ia harus dilakukan sebelum Aidilfitri.
Sementara itu, ahli Majlis Ulama Kanan dan Jawatankuasa Tetap Fatwa, Sheikh Abdul Salam Abdullah Al-Sulaiman berpendapat solat sunat Aidilfitri boleh ditunaikan secara individu atau berjemaah.
Beliau memberikan contoh ketika sahabat Rasulullah SAW, Anas bin Malik RA, berada di rumah Baginda di Zawiya.
Beliau tidak menjumpai jemaah solat sunat Aidilfitri, justeru menunaikan solat sunat itu bersama ahli keluarga dan pembantunya.
Kata Sheikh Abdul Salam lagu, solat sunat Aidilfitri boleh mula ditunaikan selepas terbit fajar sehingga tamat waktu solat sunat Dhuha (sebelum tergelincir matahari).
Ini merupakan antara langkah-langkah solat sunat tersebut yang boleh kita sama-sama laksanakan:
Laungan Takbir
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
(Ulang 3 kali)
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa
Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu
walaa na’budu illaa iyyaahu
mukhlishiina lahuddiin
Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah
sadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah
wa a’azza jundahu wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’.
Niat Solat Sunat Aidilfitri
1. Niat Imam
Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini imaman lillahi taala
(Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala)
2. Niat Makmum
Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala
(Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala)
3. Niat solat sendirian
Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini adaan lillahi taala
(Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala)
*
Ini pula merupakan rukun solat sunat Aidilfitri untuk panduan korang.
Kesimpulannya, korang tak perlu risau kerana solat sunat Aidilfitri kali ini boleh ditunaikan di rumah secara berjemaah mahupun bersendirian.
“Kaki Menyelam” Kena Ambil Tahu, Ini 10 Bundle Butik Murah Dan Popular Di Sekitar Klang Valley
Siapa cakap kalau nak bergaya kena beli pakaian dan barangan yang berjenama di butik-butik terkenal sahaja?
Nak nampak cantik ni sebenarnya tak perlu keluar modal besar pun. Korang hanya perlu pandai cari tempat shopping yang murah dan berbaloi.
Salah satunya yang boleh kami cadangkan adalah mengunjungi kedai bundle. Di sana terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga jauh lebih murah.
Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.
Tak percaya?
Apa kata korang try la pergi kedai bundle dan tengok sendiri. Berikut kami senaraikan antara beberapa lokasi bundle yang popular sekitar KL dan Selangor.
1. Baden Baden Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 Malam
Lokasi/Cawangan: Setapak, Gombak, Seksyen U3 Subang, Taman Maju Jaya Petaling Jaya, Jalan Sungai Keranji, Port Dickson Batu 4 Dan 8, Tanjung Malim, Taman Indah Batu Gajah dan Masjid Tanah
2. JBR Bundle
Waktu operasi: Setiap Hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Klang, Sri Damansara, Balakong, Shah Alam, Hulu Langat, Kanchong Darat, Banting, dan Kajang
3. Brick & Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam
Lokasi/Cawangan: Sungai Chua Kajang
4. OKGO Store
Waktu operasi: Selasa – Ahad, 12 tengah hari – 7 petang
Lokasi/Cawangan: Subang Jaya
5. Family Bundle
View this post on InstagramA post shared by Family Bundle Malaysia (@familybundlemalaysia) on
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Kuala Lumpur, Selangor dan Perak
6. Bandoru Store
View this post on InstagramA post shared by Bandoru Store (@bandorumalaysia) on
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Shah Alam, Cheras, Bangi, Ipoh, Johor Bahru, dan Tesco Seremban 2
7.Klumby
View this post on InstagramA post shared by Stylo : Kapitan : Klasik (@klumby.kl) on
Waktu operasi: Setiap hari
Lokasi/Cawangan: Tiada, kedai dalam talian (online)
8. Buntil Nostra Supply
View this post on InstagramA post shared by "BUNDLE SELECTED BRANDED" (@buntilnostrasupply) on
Waktu operasi: Setiap hari, 3 petang – 12.20 pagi
Lokasi/Cawangan: Batu 10 Kuala Lumpur
9. Jalan Jalan Japan
UPDATE: JJJ is pleased to announce that starting from 4th September all JJJ Stores operation hour from 10:00am – 10:00pm.
Posted by Jalan Jalan Japan on Thursday, 3 September 2020
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: One City Sky Subang Jaya, KIP Mall Bangi, M3 Taman Melati, Shamelin Mall Cheras dan Rawang
10. 2nd Street
https://www.instagram.com/tv/CELk7TxB871/?utm_source=ig_web_copy_link
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Subang Jaya, Bandar Utama dan KLTS
So, tak rugi pun beli di bundle ni tapi pastikan korang pandai menyelam. Kebanyakkan barang-barang dan baju terpakai ini masih cantik dan elok.
Apa tunggu lagi, lets la serbu kedai bundle ini pada hujung minggu nanti!
Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf
Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi Sissy Iman diberi peluang bergambar dan berbual sepatah dua kata dengan komposer lagenda, David Foster di konsert HITMAN: David Foster & Friends pada Isnin lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bagaikan Mimpi….” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Dipilih Untuk Berkongsi Pentas Di Konsert Eksklusif David Foster and Friends!
Menurut penyanyi tanah air itu sendiri, perkara tersebut berlaku secara spontan apabila dia tanpa sengaja mengganggu ucapan David dengan menyanyikan lirik lagu Take My Breath Away.
David yang kemudiannya terasa ‘terganggu’ dengan nyanyian lagu tersebut segera menuju ke arah Sissy yang berada di barisan hadapan penonton.
Buat pengetahuan semua, lagu Take My Breath Away nyanyian kumpulan Berlin untuk filem Top Gun 1986 merupakan karya yang mengalahkan lagu ciptaan David Foster, Glory of Love di Anugerah Akademi ke-59 dalam kategori Lagu Asal Terbaik.
Disebabkan kekalahan inilah, David sehingga kini masih ‘bitter’ dengan lagu tersebut. Haiyoooo……comel lah perangai komposer terkenal ini!
Dalam ketika itu, Sissy juga berkesempatan menghulurkan album terbaharunya kepada David dengan harapan dia akan mendengar lagu-lagu tersebut.
“Ketika David ajak penonton menyanyi, saya tidak sempat angkat tangan sebab saya tak terfikir nak nyanyi lagu apa. Apabila saya berikan CD tersebut, dia bertanya kenapa saya tidak angkat tangan sebelum itu memandangkan saya seorang penyanyi,
“David meletakkan CD itu di atas pianonya ketika konsert. Saya harap dia bawak balik dan dengar lagu-lagu saya,” ujarnya.
Sekadar info, Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sissy Iman