Kecoh baru-baru ini di laman media sosial apabila pelakon terkenal Millie Bobby Brown mengumumkan dia sudah bertunang dengan Jake Bongiovi, teman lelakinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Stranger Things, Noah Schnapp Dedah Dirinya Homoseksual Menerusi TikTok
Pelakon berusia 19 tahun itu berkongsi berita tersebut kepada peminatnya di laman media sosial, Instagram pada Selasa lepas sambil memetik bait lirik lagu Taylor Swift – Lover;
“Saya telah mencintai awak selama tiga musim panas dan sekarang saya mahukan kesemuanya”
Selain itu, cincin pertunangan turut kelihatan pada jarinya. Dianggarkan harga cincin berlian itu mencapai 150,000 USD. Harga cincin yang teramat mahal itu tidaklah mengejutkan, dek kerana status tunangnya yang merupakan anak lelaki kepada penyanyi legenda Jon Bon Jovi.
Namun, menjenguk ke ruangan komen mendapati bahawa rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan mereka untuk bertunang dan risau akan masa depan bintang Strangers Thing itu.
“Milly Bobby Brown bertunang pada usia 19 tahun amatlah membimbangkan. Saya harap dia baik-baik saja dan tahu apa yang dia lakukan, tetapi 19 tahun terlalu muda,” ujar seorang peminat.
“Saya masih merasakan bahawa dia terlalu muda untuk bertunang, tetapi jika keputusan itu menggembirakan dia, siapalah saya atau kita untuk menilai?” komen peminat yang lain.
Meskipun keputusan beliau untuk bertunang itu mengejutkan ramai peminat, ada juga yang turut tumpang gembira dan mendoakan agar beliau kekal bahagia bersama teman lelakinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Getty Images