Dikenali sebagai Blank Ji, Ace dan Gold Jihyo, Song Ji Hyo bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat di Malaysia. Aktres versatil yang turut dikenali sebagai salah seorang ahli rancangan realiti, Running Man ini amat diminati peminat di seluruh pelusuk dunia dek kerana sifatnya yang merendah diri, tak cover ayu dan santai.
ARTIKEL BERKAITAN: Pandu Porsche Tapi Berhutang Ratusan Ribu, Song Ji Hyo Dedah Perangai Sebenar CEO Syarikat Uzurocks
Namun baru-baru ini, netizen Korea Selatan telah mengkritik peranan pelakon tersebut dalam episod terbaru Running Man.
Pada episod 25 Jun tersebut, penonton menyaksikan Song Ji Hyo hanya menonton dari sisi tanpa sebarang dialog ketika ahli rancangan itu, Jeon So Min, Kim Jong Kook, Haha dan Yang Se Chan, membuat improvisasi drama komedi.
Penonton kemudian melihat Song Ji Hyo hanya tersenyum sendirian semasa adegan di mana ahli-ahli rancangan tersebut sedang makan dan berbual.
Malang sekali apabila sebaik sahaja episod itu disiarkan, netizen negara tersebut mula mengkritik reaksi pasif dari pelakon itu, dengan beberapa menyatakan, “Dia lebih pasif daripada biasa” dan bahawa “Dia hanya muncul di satu rancangan setiap minggu. Adakah ianya terlalu sukar baginya untuk turut serta membuat penonton terhibur?”
Kritikan itu turut diikuti rentetan episod di mana penonton merasakan bintang terkenal itu kelihatan tidak berminat untuk turut serta bergaul sesame ahli yang lain.
Episod di mana Song Ji Hyo mula dikenali sebagai ‘Ace’ dek kerana kekuatan fizikalnya.
Selain itu, ramai penonton menzahirkan kekecewaan mereka terhadap ahli yang suatu masa dahulu pernah menghiburkan penonton dengan kecerdasan dan jenakanya sehinggakan diberi gelaran seperti ‘Ace’ dan ‘MongJi’.
Namun, terdapat segelintir warganet yang mempertahankannya dengan memetik pertelingkahan pelakon tersebut dengan label agensinya baru-baru ini. Dikatakan bahawa masalah peribadi beliau mungkin menjadi punca dirinya kelihatan pasif di dalam rancangan tersebut.
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: SBS, Dispatch, AllKpop