Terlalu Ramai Pesakit Influenza A Hingga Hospital Di Selangor Kini Sukar Tampung, Ini Simptomnya

Share

Ya, wabak influzenza A kini semakin merebak terutamanya di sekitar Lembah Klang dan daerah lain di Selangor.

 

Ini berikutan laporan oleh rakan media di Free Malaysia Today mengenai kesukaran bagi beberapa hospital utama di sini untuk menampung pesakit baru yang mempunyai simptom dijangkiti influenza A.

Ini berikutan kekurangan katil hospital dan ubat-ubatan berkaitan walaupun seorang pesakit itu telah mendapatkan surat diagnosis oleh doktor di klinik atau hospital.

Antara hospital yang mengesahkan sudah tidak dapat menerima pesakit baharu ialah Hospital Assunta dan Thomson Medical Centre di Petaling Jaya.

Sementara itu, Hospital KPJ Damansara pula sedang menunggu penambahan stok ubat-ubatan seterusnya bagi pesakit wabak ini.

Walaupun wabak influeza datang secara bermusim, namun jangkitannya cepat merebak semudah batuk atau bersin oleh pesakit lain.

Antara simptom yang akan boleh korang sahkan setelah dijangkiti influenza A termasuklah demam, batuk, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kelesuan.

Kedengaran seperti simptom remeh tetapi tanpa rawatan secukupnya, jangkitan ini boleh bertukar lebih teruk hingga menyebabkan kematian.

Info daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagi korang yang mengenali sesiapa dengan simptom sebegini, segera dapatkan nasihat doktor di klinik dan hospital berhampiran dan lakukan ujian influenza sekiranya perlu.

Jangan hanya menunggu sakit ini berlalu pergi. Paling penting, pakai topeng muka jika perlu berada di kawasan awam yang sesak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Foto: Free Malaysia Today

 

Published by
webadmin