Sebuah lagi filem biopik, Rajah yang khabarnya menelan belanja kira-kira RM48 juta akan melakukan sesi penggambarannya 100 peratus di Malaysia.
Filem yang diarahkan oleh Michael Haussman ini dibintangi oleh barisan pelakon Hollywood, Jonathan Rhys Meyers dan Dominic Monaghan, serta beberapa pelakon tempatan yang dijangka akan terlibat ialah Bront Palarae, Shaheiy Sam dan Datuk Rahim Razali.
Apa yang menariknya lagi, filem Rajah juga membariskan anak tempatan Sarawak dalam memegang watak penting menerusi naskhah ini.
Tidak terkecuali, finalis Hero Remaja 2017 Ezmir Sadriq juga terpilih untuk turut sama menjayakan filem dari Hollywood ini.
Ads
“Sebenarnya saya telah menyertai casting untuk filem Rajah kira-kira setahun yang lalu selepas terlihat satu posting di Facebook. Lebih kurang setahun selepas itu, saya dipanggil pula untuk menyertai sesi uji bakat peringkat kedua dan ketiga,” kata Ezmir.
Watak Subu
Oleh kerana sesi penggambaran berlaku di negara kita, filem ini mempunyai dua orang penerbit, , iaitu daripada Hollywood dan juga tempatan. Jadi menerusi panggilan casting peringkat kedua ini Ezmir diberikan tawaran untuk melakonkan watak Subu, yang kini dipegang oleh pelakon Shaheizy Sam.
“Pada mulanya, saya diberi kepercayaan untuk cuba membawakan watak Subu ini, namun mungkin kerana mereka merasakan saya belum cukup bersedia, jadi watak itu telah pun digantikan oleh Shaheizy Sam. Dan saya yakin dia lebih layak untuk membawa watak tersebut,”
Ads
“Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terlibat dalam filem ini walaupun hanya memegang watak extra. Siapa yang tak nak berlakon dalam filem Hollywood kan? Jadi, saya ambil peluang ini sebagai langkah permulaan untuk menimba pengalaman dalam bidang lakonan,” jelasnya lagi.
Fokus belajar
Masih bergelar seorang pelajar di Universiti Swinburne di Kuching, Sarawak, Ezmir menegaskan bahawa dia masih mempunyai tugasan yang harus digalas untuk menamatkan pelajarannya.
Ads
“InsyaAllah saya ada lebih kurang dua tahun lagi untuk habis belajar, jadi sekarang biarlah saya fokus kepada pelajaran saya terlebih dahulu. Tapi sekiranya mendapat peluang berlakon, atau apa saja yang berkaitan dengan dunia seni, saya akan cuba penuhi sebaik mungkin,”
“Selepas tamat saja belajar nanti, insyaAllah saya nak meneruskan minat dalam industri seni negara dan dalam masa yang sama, mengejar impian untuk menjadi seorang anak seni,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Ezmir dan semoga segala impiannya terlaksana. Tahniah sekali lagi kami ucapkan atas kemunculannya dalam filem biopik Rajah akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan diambilnya bukan mudah. Sejak kecil sudah terbiasa dalam kehidupan keluarga diraja. Apa saja cerita mengenai keluarga Diraja Britain ini bermula dari nendanya, Ratu Elizebeth, ayahnya Putera Charles yang mempunyai skandal hingga membawa perceraian dengan ibunya, Puteri Diana yang maut dalam satu kemalangan ngeri hinggalah membawa kepada kisah dua beradik ini, Putera William dan Putera Harry. Apa saja berita dari Istana Buckmingham pasti menarik minat orang ramai untuk mengetahui kisah yang berlaku.
Namun keputusan Putera Harry menarik diri dari keluarga diraja dan semua gelarannya ditarik kerana mahu menjadi orang biasa selepas mengahwini pelakon Meghan Markle cukup mengejutkan orang ramai di atas keputusan dibuatnya itu.
Pernah memberi kenyataan mahu dirinya dan isteri berperanan lebih progresif bagi mendapat lebih ruang dengan membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara, keduanya mengakui merancang menubuhkan pertubuhan amal baharu.
Malah mereka memilih untuk tinggal di Vancouver, Kanada sebelum berpindah ke Los Angeles. Namun selepas beberapa bulan membuat keputusan mengejutkan itu, dalam diam dikatakan Putera Harry dalam dia menyesali keputusan dibuatnya yakni memilih menjadi rakyat biasa.
Khabar angin bahawa dirinya menderita dalam diam mula tersebar apabila buku ditulis oleh Andy Tillett dan Dylan Howard berjudul Royals At War: The Inside Story of Harry and Meghan’s Shocking Split With the House of Windsor.
Dalam buku tersebut, Tillett dan Howard memaklumkan bahawa Putera Harry menghadapi kesulitan untuk hidup di LA, jauh dair keluarganya di Britain.
Satu sumber kepada The Sun memaklumkan, Harry menderita Cabin Fever.
“Harry mengalami perubahan dari perasaan senang tentang perpindahannya kepada perasan terseksa secara diam-diam,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan oleh Daily Express dua hari lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak pandemik COVID-19 masih lagi menular dan apa yang lebih membimbangkan vaksin untuk virus tersebut masih lagi belum ditemui hingga sekarang.
Terbaru, seorang sukarelawan ujian klinikal COVID-19 yang dibangunkan Universiti Oxford disahkan meninggal dunia di Brazil, sama ada lelaki itu menerima vaksin berkenaan atau placebo tidak dapat dipastikan.
Ini merupakan kematian pertama yang dilaporkan dalam ujian vaksin COVID-19 yang dijalankan di seluruh dunia.
Menurut Harian Metro, penganjur kajian itu memaklumkan penilaian bebas mengambil kesimpulan bahawa tidak timbul masalah membabitkan keselamatan dan pengujian vaksin terbabit yang dibangunkan bersama firma farmaseutikal, AstraZeneca malah ujian itu akan diteruskan.
Difahamkan, sukarelawan terbabit adalah seorang doktor berusia 28 tahun yang bertugas sebagai barisan hadapan dan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.
Pada September lalu, Oxford dan AstraZeneca terpaksa menggantung ujian vaksin berkenaan apabila seorang sukarelawan di Britain mengalami penyakit tidak dapat dijelaskan. Ujian disambung semula selepas pihak berkuasa Britain dan satu penilaian bebas dilapor merumuskan bahawa penyakit itu bukan kesan sampingan vaksin berkenaan.
Menurut Institut Pengajaran dan Penyelidikan D’Or (IDOR) yang membantu penganjuran ujian berkenaan di Brazil, separuh daripada sukarelawan pada ujian klinikal peringkat terakhir itu menerima plasebo.
Setakat ini dilaporkan kira-kira 8,000 sukarelawan menerima vaksin di Brazil dan lebih 20,000 di seluruh dunia.
Betapa besarnya pengorbanan seorang frontliner, bukan hanya untuk merawat pesakit malah dia juga telah menjadi sukarelawan untuk mencari vaksin yang sesuai bagi menangani virus pandemik ini.
Buat masyarakat Malaysia yang lain, elakkan keluar dari rumah jika tidak mempunyai urusan penting. Sama-sama kita bantu petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian virus ini.
Selepas pengumuman pembatalan kemunculan Red Velvet di SBS Gayo Daejeon, SM Entertainment kini sudah pun mengeluarkan kenyataan kedua yang menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang menimpa salah seorang ahli kumpulan tersebut, iaitu Wendy.
Pihak pengurusan itu mendedahkan Wendy telah mengalami beberapa kecederaan serius dan akan sepenuhnya memberi tumpuan kepada proses pemulihan untuk masa terdekat.
Semasa rehearsal untuk persembahan individunya di SBS Gayo Daejeon, Wendy telah jatuh dari pentas. Gadis itu segera dipindahkan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh dan mereka mendedahkan dia mengalami kecederaan pada wajah, pinggul sebelah kanan serta pergelangan tangannya.
Buat masa ini, Wendy sedang menunggu pemeriksaan tambahan selepas menerima rawatan kecemasan di hospital.
Kelab peminat mereka, Reveluv turut meluahkan rasa pada kepada pihak SBS kerana tidak membuat permintaan maaf terhadap Red Velvet, Wendy dan SM Entertainment. Mereka juga marah apabila SBS menyiarkan persembahan Red Velvet semasa pra-rekod sebelum kecederaan yang menimpa Wendy.
Semoga Wendy cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulu..
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...