Sebelum ini, penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia, Hafiz Suip tular dilihat bergaduh dengan beberapa individu di jalan raya pada hujung bulan lalu.
Meskipun begitu, Hafiz atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip (34) difahamkan sudah pun berbaik dengan individu yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan Hafiz serta dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama untuk menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama enam (6) bulan.
Ketiga-tiga mereka termasuk Hafiz perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500 dan perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.
Sekadar info, fakta kes mendedahkan berlaku salah faham di antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang.
Kes difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing sebelum mereka keluar dari kereta dan mula bergaduh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.