Pelakon terkenal, Yoo Ah-in yang kini disiasat pihak polis ekoran penyalahgunaan dadah, tampil membuat permohonan secara terbuka di Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran terbaharu dalam kenyataan panjang lebar, pelakon filem popular #Alive itu memaklumkan dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menerima kritikan yang dilayangkan terhadapnya susulan penangkapan tersebut.
“Saya mohon maaf kepada mereka yang bekerja dengan saya dalam filem, drama, iklan dan banyak lagi.
Ads
“Saya akan galas tanggungjawab ini. Saya sedar, kesalahan ini tidak boleh ditutup dengan alasan. Tindakan saya yang mempertahankan diri, tidak akan menutup kesilapan ini.
“Saya akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis, dan sedia dikritik serta menerima hukuman selaras undang-undang,” coretnya panjang.
Ads
Pada 5 Februari lepas, polis telah menahan pelakon naskhah Hellbound itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Ads
Hasil ujian air kencing mendapati Yoo Ah-in positif tetrahydrocannabinol, salah satu unsur dalam dadah jenis ganja.
Laporan media Korea Selatan juga menyebut pelakon berkenaan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum dia muncul selepas selesai menjalani proses soal siasat di Unit Siasatan Jenayah Dadah, Seoul selama 12 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tom Holland, figura yang tidak asing lagi dari dunia Hollywood. Beliau yang terkenal dengan lakonannya sebagai Spiderman juga sering mencabar dirinya dengan menggalas watak berlainan karakter menerusi skrin filem.
Namun, baru-baru ini beliau mengambil keputusan untuk mementingkan kesihatan mentalnya selepas membintangi siri AppleTV+ yang akan datang, “The Crowded Room.”
Menerusi temu bualnya bersama media Extra minggu lalu, watak yang dimainkannya di dalam siri tersebut amat mencabar mental dan fizikalnya kerana dia perlu meneroka emosi tertentu yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Diilhamkan oleh novel 1981 Daniel Keyes “The Minds of Billy Milligan,” mini siri itu menceritakan penahanan seorang lelaki muda kerana jenayah yang mengejutkan dan misteri di sebaliknya.
Walaupun bintang kelahiran Surrey itu berkata bahawa dia sangat seronok sepanjang pengambaraan siri itu, watak tersebut turut menghancurkan sesuatu dalam dirinya.
“Ada masanya saya perlu berehat. Maka, saya akan hilang dengan bercuti ke Mexico selama seminggu. Kini, saya mengambil keputusan untuk cuti selama setahun dek kerana kepenatan mental setelah membawa watak tersebut,” katanya.
Holland turut mengekspresikan penghargaannya kepada rakan, keluarga, rakan pelakon dan ahli psikologi di set yang banyak menyokongnya sepanjang proses pengambaraan berlangsung. Dia turut mengakui bahawa pengalaman tersebut telah mengubahnya ke arah lebih baik dan matang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: AppleTV
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa masih ingat gandingan dua orang pelakon berbakat ini menerusi filem Crazy Rich Asian?
Bagaimanapun, pelakon lagenda Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh dan pelakon Amerika Syarikat, Awkwafina tidak mempunyai terlalu banyak babak lakonan bersama. Ini memandangkan watak masing-masing lebih terarah kepada isu berbeza.
Di antara babak dalam Crazy Rich Asians. IYA, mereka jarang sekali disatukan dalam sebuah babak, which IS a crime!
Menerusi Crazy Rich Asians, Michelle ‘sibuk’ dengan isu anaknya (ahem Henry Golding) mengahwini gadis biasa (Constance Wu) manakala Awkwafina pula terarah untuk menolong rakan karibnya (Constance Wu) memenangi hati bakal ibu mertuanya (Michelle).
Bagaimanapun, Michelle dan Awkwafina banyak berinteraksi semasa mereka menjayakan jelajah promosi besar-besaran untuk filem tersebut di seluruh dunia sepanjang tahun 2018.
Michelle dan Awkwafina di salah satu set promosi filem Crazy Rich Asians bersama Gemma Chan dan Constance Wu
Kini, mereka dijadualkan akan kembali bergandingan menerusi sebuah filem terbitan Disney baharu berjudul Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (Shang-Chi).
Sumber Foto: Marvel
Disney secara rasminya mengumumkan senarai pelakon untuk filem tersebut sebentar tadi; di mana Michelle akan membawakan watak Jiang Nan manakana Awkwafina pula membawakan watak Katy.
Secara tidak langsung, Michelle kini ialah pelakon kelahiran Malaysia pertama yang tampil dalam filem Marvel Cinematic Universe! Tidak hairanlah Michelle dilaporkan berada di Australia pada tahun ini, berdasarkan laporan TIME.
Ini kerana beliau terlibat dalam penggambaran Shang-Chi yang bertempat di Fox Studios Australia di Sydney dan di beberapa lokasi lain di sekitar New South Wales.
Selain Awkwafina dan Michelle, Shang-Chi juga akan menampilkan Simu Liu (Shang-Chi), Tony Leung (Wenwu), Meng’er Zhang (Xialing), Ronny Chieng (Jan Jan), Fala Chen (Jiang Li) dan Florian Munteanu (Razor Fist).
Sumber Foto: Marvel
Serba sedikit mengenai filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings ini; ia mengisahkan tentang Shang-Chi yang merupakan seorang pelatih seni mempertahankan diri yang hebat. Dia terpaksa berdepan dengan kisah silamnya yang telah lama ditinggalkan apabila kembali ‘terperangkap’ dalam taktik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Ten Rings.
Mengenai watak yang akan dibawakan oleh Awkwafina dan Michelle Yeoh, Awkwafina menggambarkan watak Katy sebagai rakan Shang-Chi yang ‘dicampak’ ke dalam situasi tanpa mengetahui apakah yang harus dia lakukan.
Manakala watak Michelle sebagai Jian Nan pula masih belum dikupas dengan lebih lanjut.
Sumber Foto: EW
Sebelum ini, Shang-Chi dijadualkan untuk mula ditayangkan pada 12 Februari ini bersempana tarikh istimewa Tahun Baru Cina di seluruh dunia.
Namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, Shang-Chi terpaksa menundakan tayangannya 9 Julai, 2021.
Dengan pengumuman pada hari ini, ia sekaligus menandakan permulaan watak seni mempertahankan diri berdarah Asia baru dalam kelompok filem Marvel Cinematic Universe. Tak sabarnya!
Terlebih dahulu, watak Shang-Chi diperkenalkan menerusi kisah komik Marvel bermula tahun 1973 hasil ciptaan Steve Englehart dan Jim Starlin.
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya lagi beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan. Bukan setakat itu, malah ramai juga yang sudah mula membuat persediaan dan persiapan masing-masing untuk menjalani ibadah puasa.
Namun, bagi kita yang tinggal di Malaysia, Ramadan bukan saja dinantikan oleh penganut beragama Islam tapi ada sesetengah masyarakat bukan Islam juga turut teruja untuk bersama-sama berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
Sama seperti selebriti tanah air kita yang tidak asing lagi dengan amalan berpuasa ini ialah Dr. Soo Wincci yang telah berpuasa selama hampir 14 tahun.
Apa yang lebih menarik, baru-baru ini menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, beliau bersama pempengaruh, Ceddy Ang berkongsi pengalaman dan tip berpuasa khusus untuk masyarakat bukan Islam.
Jadi, untuk korang yang pertama kali nak cuba berpuasa itu. Meh REMAJA senaraikan tip yang telah dikongsikan oleh Dr.Soo Wincci dalam cara lebih ringkas!
Memang senang sangat nak buat hanya menggunakan bahan seperti kurma, kacang pilihan, bijan dan mentega kacang. Energy balls adalah snek paling mudah nak dibuat dan boleh tahan lama dalam peti sejuk. Apa yang best tentang resepi energy balls ini adalah ia bukan sahaja mampu beri korang tenaga yang cukup dan baik untuk tubuh, tapi ia juga buatkan rambut dan kulit korang lebih improve!
AIR KURMA
Tinggal campurkan bahan seperti kurma merah, white fungus, kacang soya, pandan dan kelopak bunga ros. Maka jadilah air susu kurma. Menurut Dr.Soo, air kurma ini bukan saja sedap tapi ia juga boleh dijadikan sebagai detoks yang bagus untuk kulit dan bantu lancarkan peredaran darah.
ONIGIRI SIMPLE AS PIMPLE!
Bagi korang yang hidupnya agak sibuk sampai terpaksa berbuka dalam perjalanan, onigiri merupakan pilihan yang tepat kerana ia adalah alternatif kepada makanan berat tetapi tetap mengenyangkan. Kalau tak sempat buat sendiri sebagai bekalan di perjalanan, onigiri ini juga mudah sangat didapati di kedai serbaneka sedia ada.
Nah! Nampak tak betapa mudahnya nak berpuasa. Pada masa yang sama, di ruangan komen, ramai warga internet turut teruja menantikan apakah resepi sahur dan berbuka ringkas tapi berkhasiat daripada Dr. Soo.
Paling menarik sekali, ada di antara rakan-rakan bukan Islam turut sama tidak sabar untuk mula mencuba berpuasa pada tahun ini.
Walau apa pun, sentiasa mulakan puasa dalam keadaan tenang dan langkah demi langkah. Supaya badan korang yang first time nak puasa tu tak terkejut sangat!
Kami di REMAJA juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di dunia. Semoga bulan Ramadan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam...