Tangkap layar rancangan Jamie and Jimmy’s Friday Night Feast.

 

Menu masakan tradisi dari Malaysia pernah mencuri tumpuan penonton antarabangsa apabila ia dipersembahkan oleh saluran memasak luar negara.

Korang mesti masih mengingati bagaimana Gordon Ramsay pernah kalah kepada resepi nasi lemak ikan bilis sambal yang dimasak oleh Aunty Lian.

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap BakarTerliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap Bakar

Dan nasi lemak sekali lagi menjadi topik perbualan apabila juri program MasterChef UK, Greg Wallace mengkritik hidangan nasi lemak rendang ayam yang disediakan oleh peserta dari Malaysia, Zaleha kerana ia dikatakan tidak ‘rangup’.

ARTIKEL BERKAITAN : Nasi Lemak Bunga Telang Pikat Hati Juri, Remaja Malaysia Menang Pertandingan Memasak Berprestij Di Ireland – REMAJA

Kali ini, satu lagi hidangan yang popular di kalangan masyarakat Malaysia mencuri tumpuan chef antarabangsa. Ia adalah hidangan ikan bakar yang disediakan oleh chef selebriti, Jamie Oliver menerusi rancangan Jamie and Jimmy’s Friday Night Feast.

Ads

Rancangan yang telah memasuki musim kelapan itu telah ditayangkan semalam dan seperti biasa, Jamie berjaya membuatkan penonton (termasuk kami!) terliur dengan hidangan yang biasa kita makan ini.

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap BakarSumber Foto: Twitter Jamie Oliver.

Jamie menggunakan ikan siakap (seabass) dan menyediakan pes yang diinspirasikan oleh citarasa lidah orang Malaysia. Dia kemudian menghidangkannya dengan nasi putih dan chopped rainbow salad (lebih kurang seperti kerabu) dan cili potong di atasnya.

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap Bakar

Lihat bahan-bahan yang digunakan oleh Jamie seperti di bawah:

Ads
  1. Serai dihiris nipis
  2. Cili merah
  3. Bawang merah
  4. Halia
  5. Daun limau purut
  6. Garam secukup rasa

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap Bakar

Kesemua bahan pes ini ditumbuk sebati.

Seperti kebanyakan ‘mak-mak’ di Malaysia, dia lebih memilih untuk menumbuk dan bukannya mencampakkan saja ke dalam pengisar untuk mendapatkan rasa yang lebih autentik.

  1. Kacang tanah
  2. Sos ikan
  3. Tomato puri
  4. Perahan limau kasturi

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap Bakar

Ads

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap Bakar

Kesemua bahan ini diadun sebati sebelum ia dilumur ke atas ikan dan disumbat ke dalam ikan.

Sebagai ‘finishing touch’, Jamie menggunakan daun pisang untuk membalut ikan tadi sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar pada suhu 220 darjah Celsius untuk 25 minit.

Terliur Tengok! Jamie Oliver Kongsi ‘Resepi Warung’ Ikan Siakap Bakar

Untuk mendapatkan resepi penuh Jamie, korang boleh menonton episod penuh itu di bawah:

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI