Terpaksa Berpisah 12 Hari, Ayda Jebat & Nabil Mahir ‘Angkut’ Bantal & Selimut Anak

Share

Ibu dan bapa mana yang sanggup berpisah lama dengan anak, tambahan pula apabila anak tersebut merupakan satu-satunya buah hati kesayangan yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh

Inilah lumrah kehidupan sebagai ibu bapa berkerjaya. Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi di Instagramnya dalam satu hantaran yang mencuit hati namun mengundang sebak realiti bagi kebanyakan ibu bapa di Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, pasangan selebriti ini perlu ke Taiwan atas urusan kerja. Paling enyentuh hati, dapat dilihat Nabil mengeluarkan bantal dan juga selimut milik anak mereka dan seraya mencium. Manakala Ayda pula dilihat tidur sambil memeluk bantal itu.

“Menangis tinggalkan baby. Gonna announce something special, soon! But, before that, ini hari masa kita nak fly ke Taiwan. Menangis dalam tawa orang kata.

Total will be 12 days jauh dari baby. Baru saya dan Nabil Mahir faham perasaan mak ayah yang tinggalkan anak lama dan jauh. Ni baru hari keempat, video call je meleleh air mata. Mommy and Daddy Bil miss you a lot. Sorry baby.

“Korang macam ni jugak tak? Kitaorang bawak bantal and selimut baby,” tulis Ayda di ruangan kapsyen Instagramnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedapnya Maksud Nama Bayi Sulung Ayda Jebat & Nabil Mahir!

Di ruangan komen hantaran tersebut, warganet turut berkongsi kisah masing-masing apabila mereka sebelum ini mengalami pengalaman yang sama dengan pasangan tersebut.

“Saya tinggalkan baby masa umur dia 3 bulan untuk ke Dubai for 7 months atas urusan kerja, dia punya perasaan tu Allah je yang tahu,” tulis pemilik akaun aini_rashid87.

Manakala, pemilik akaun nur.ain88 pula berkata, “Teringat waktu saya travel ke Europe dengan husband pada tahun 2019 sebelum covid. Terpaksa tinggalkan anak selama 13 hari. Hari-hari akan video call & memang akan meleleh air mata. So lepas ni travel pasti akan bawa anak-anak.”

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Januari 2021 dan mereka kemudiannya menerima cahaya mata sulung pada 21 September 2021 yang diberi nama Ana Nayla.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen