Apabila bergelar selebriti, pastinya bilangan pengikut yang dimiliki bertambah ramai. Terkenal dan dikenali, selalunya selebriti menjadi pilihan pelbagai jenis jenama untuk bekerjasama tidak kiralah sebagai duta, juru cakap atau membuat reviu.
Namun tidak semua produk yang diterima sebenarnya baik, ada juga yang memberikan kesan negatif kepada tubuh. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi terkenal, Nourul Depp, baru-baru ini dia telah menolak tawaran satu jenama yang menawarkan rawatan menggunakan gelombang atau sebarang mesin.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu, Nourul dalam e-mel balasannya kepada jenama tersebut menyatakan dia tidak bersetuju untuk melakukan reviu. “Pertama kalinya, saya dengan senang mahu memberi penjelasan yang mana saya tidak menyokong mana-mana rawatan yang menggunakan gelombang atau mesin.
“Ia akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang apabila syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa produk mereka tidak kasar dan tidak memudaratkan kesihatan.
Ads
“Perkara ini terjadi kepada saya sehingga terpaksa membuang uterus. Kedua, saya telah berhijrah ke negara asing dan yang ketiga, saya memilih dan tidak selalu melakukan reviu,” tulisnya.
Dalam kapsyennya pula, ibu kepada empat cahaya mata ini menegaskan bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah untuk mendidik orang ramai. Dia turut menyatakan bahawa alasan untuk menolak melakukan reviu itu bukan atas rasa sombong tetapi atas dasar prinsip tidak melakukan reviu sesuka hati kerana duit.
“Saya hanya memilih produk terbaik, yang tidak memberikan sebarang kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Saya pernah mengunakan steroid sebelum ini dan adalah pelanggan kepada beberapa klinik yang saya lakukan beberapa reviu sehingga menyebabkan kemudaratan.
Ads
“Saya tidak mahu melakukannya lagi terutamanya jika ia boleh membahayakan peminat, rakan, keluarga atau pengikut saya. Sesetengah orang mempromosikan beberapa produk hanya untuk poket mereka sendiri tanpa memikirkan bahawa produk itu boleh membahayakan mereka.
“Pilih untuk mengenali dengan bahan-bahan produk, siapa pengasasnya, siapa pengedar, berapa lama syarikat itu, asal syarikat dan akhir sekali, adakah produk tersebut menyenaraikan semua bahan dan adakah mereka mengikut undang-ungdang dos berlebihan (mega dose),” ujar pelantun lagu Kerana Terluka ini dalam usaha untuk mendidik masyarakat.
Ads
Nourul Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Abdul Wabab menyeru lagi supaya orang ramai tidak mengamalkan sikap mahukan hasil yang cepat tetapi kesihatan dan nyawa tergadai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasmian Menara Merdeka 118 di ibu kota semalam telahpun berlangsung dengan gilang-gemilang setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Pada ketinggian 678.9 meter, akhirnya, menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828) meter itu sudahpun bersedia untuk menerima kunjungan tetamu dan isi menara yang rata-rata terdiri daripada pegawai korporat.
Titah baginda, pelancaran semalam merupakan satu titik bersejarah bagi negara Malaysia.
“Menara Merdeka 118, satu bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia. Kita selaku rakyat Malaysia harus berasa bangga dan bersyukur kerana ini adalah acuan bentuk buatan ‘Made In Malaysia’.
“Malam ini juga istimewa apabila saya sekeluarga dapat memasyhurkan sebuah rumah Allah, ‘Masjid Al-Sultan Abdullah’ yang merupakan masjid utama di kompleks Menara Merdeka 118. Saya berharap dapat menunaikan sembahyang dalam masa terdekat di masjid berkenaan,” titahnya lagi.
Apa yang pasti, pelancaran semalam telah membuktikan kecanggihan yang ada pada Menara Merdeka 118.
Berlatarkan ruang angkasa Kuala Lumpur, majlis bertukar meriah dengan cahaya lampu berwarna-warni dan pancaran laser yang menghiasi bahagian menara yang direka khas oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia itu.
Untuk pengetahuan korang, Menara Merdeka 118 dimiliki PNB menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.
Rekaannya merupakan satu bentuk memikri aksi laungan kemerdekaan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Lokasinya juga simbolik apabila ia berdiri megah di hadapan stadium keramat, Stadium Merdeka yang menjadi saksi kepada detik kemerdekaan negara kita.
Terdahulu, Menara Merdeka 118 pernah diulit kontroversi setelah dua rakyat warganegara Rusia berjaya menyelinap masuk untuk mendaki ke puncak menara biarpun bangunan tersebut dilengkapi oleh ahli sekuriti yang cukup ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak suka tidur kan? Lebih-lebih lagi orang dewasa yang seharian sibuk mencari rezeki, apabila hari cuti mesti mereka cuba ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan berehat atau pun tidur.
Tapi awas!! kalau korang tertidur dalam meeting atau ditempat kerja mesti korang dipandang serong oleh rakan sekerja. Silap-silap kena panggil dengan bos terus kan.
Jepun begitu terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks. Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar.
Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???
Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.
Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.
Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.
Tapi tidak semua boleh tidur ye!
Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.
Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.
Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.
Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Wah…bunyi menarikkan etika Inemuri di Jepun, tapi kalau korang rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?
Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?
Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.
Paling menjadi perhatian mestilah kuih muih kering tradisional seperti rempeyek. Rempeyek resipi orang lama memang sedap, rangup dan berperisa.
Kepada yang rasa insecure nak cuba menyediakan kuih tradisional, resipi yang dikongsikan Nur Athiya ini sangat simple dan mudah. Kalau cukup segala peralatan dan acuan, confirm anda pun boleh buat.
Bahan-bahan :
1 bungkus tepung beras
3 sudu besar ketumbar. *
3 sudu besar jintan manis *
3 sudu besar jintan putih*
400ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 labu bawang putih (tumbuk halus)
Segenggam ikan bilis *
1 biji telur
1 sudu the kapur makan
4cawan air secukupnya
Ikan bilis n kacang secukup
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Kisar semua yang bertanda *
2. Campurkan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis dan kacau sehingga sebati. *Perhatikan bancuhan dan cuba goreng satu keping. Jika rasa ia tebal tambah lagi air.
3. Panaskan minyak kemudian manaskan acuan di dalam minyak.
4. Selepas panas, tuangkan adunan tepung tadi guna senduk kecil dan letakkan kacang tanah dan ikan bilis, gorengkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...