Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membantu pelakon berbakat besar, Jasmine Suraya yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Memetik laporan media tempatan, Fahmi akui kos yang perlu ditanggung pelakon drama Villa Kristal itu untuk melanjutkan pengajiannya ke Los Angeles menelan perbelanjaan yang tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Fasih Berbahasa Melayu, ‘Tuah’ Amanda Ang Serikan Karya Tempatan
Justeru itu, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan sekiranya perkara yang dikemukan adalah bersesuaian.
“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni.
“Ataupun dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.
Terdahulu, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei menjadi rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk untuk melanjutkan pengajian ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.
Aktres itu juga dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula pada bulan hadapan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian & Instagram Jasmine Suraya