You will definitely be missed..
ESPRIT merupakan jenama fesyen yang cukup dikenali di Malaysia.
Tak kiralah jika korang merupakan pembeli tetap ESPRIT ataupun sekadar pernah melihat kelibat stor pakaian ini di shopping malls. Sebut sahaja ESPRIT, tentu ramai yang mudah mengingati logo 3 garisannya.
Ternyata ini merupakan berita yang kurang enak didengar. Stor ESPRIT yang beroperasi di Malaysia dan di negara Asia lain di luar China AKAN DITUTUP pada 30 Jun ini.
Ini memandangkan prestasi jualan yang kurang memuaskan, tambahan pula dengan musim wabak Covid-19 yang telah memberikan impak mendukacitakan kepada banyak jenama ‘retail’ termasuklah jenama besar seperti ESPRIT.
Pada tahun 2020 saja, cawangan ESPRIT Asia di luar China seperti Malaysia, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Macau telah membawakan kurang 4% daripada keuntungan ‘turnover’ mereka
Lantas, penutupan ini akan melibatkan lebih 56 buah cawangan demi menyelamatkan jenama tersebut di China dan benua lain seperti di Eropah (Jerman, Sweden, Belanda).
*
Untuk pengetahuan, bukan pekerja ESPRIT sahaja yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
CEO dan pengerusi lembaganya terpaksa menolak penerimaan gaji, sementara pekerja senior bersetuju dengan pemotongan 25 ke 35 peratus dari gaji mereka. Gaji pengarah juga terpaksa dipotong sebanyak 20 peratus.
Dengan masa depan yang masih samar disebabkan wabak Covid-19, kebanyakan perniagaan fesyen masih sukar untuk menetapkan perancangan seterusnya untuk jenama masing-masing.
Selepas 25 tahun bertapak di Malaysia, akhirnya kita perlu mengucapkan selamat tinggal juga kepada ESPRIT.
Setakat ini, masih belum ada perkhabaran sekiranya mereka bakal mengadakan jualan penghabisan stok secara online di Malaysia.