Salah makan memuntahkan,

Salah tarik mengembalikan,

Salah langkah surut kembali.

Tiga penyampai stesen radio ERA FAM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berikutan siaran kandungan video mereka bertiga yang telah menyinggung sensitiviti masyarakat khususnya kaum India.

Difahamkan, aksi Azad yang disaksikan oleh Nabil, Radin serta beberapa lagi kakitangan lain seakan menyerupai tarian kavadi masyarakat Hindu yang merupakan ritual suci terhadap Dewa Murugan sewaktu perayaan Thaipusam.

Terpalit Isu Klip Menyinggung Kaum India, 3 Penyampai Radio ERA Mohon Maaf Secara Terbuka

Ads

Menerusi hantaran video ke akaun media sosial era.je pada Selasa, tiga orang penyampai segmen 3 Pagi ERA itu mengakui nasi sudah menjadi bubur berikutan tingkah laku mereka itu dan berikrar kesilapan yang sama tidak akan berulang semula pada masa hadapan.

“Kami memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman media sosial ERA berhubung aksi yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung hati segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India.

“Kami mengakui kesilapan serta kekhilafan kami dan kami juga akan pastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” kata Nabil yang mewakili mereka bertiga. Menurutnya lagi, mereka terbuka untuk menerima segala kritikan demi memperbaiki diri mereka.

Ads

Terpalit Isu Klip Menyinggung Kaum India, 3 Penyampai Radio ERA Mohon Maaf Secara Terbuka

Tinjauan REMAJA di akaun Instagram era.je mendapati pihak ERA FM memilih untuk menutup ruangan komen pada hantaran terbaru demi mengelakkan pertelagahan pendapat dalam kalangan warganet.

Dalam pada itu, pengurusan tertinggi ERA FM turut menyusun jari memohon maaf berikutan terlepas pandang terhadap kandungan yang memaparkan aksi kurang menyenangkan oleh penyampai radio stesen tersebut.

Ads

Sambil berjanji bahawa insiden sama tidak akan berulang, ERA FAM juga akan sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI