
Kasih sayang antara manusia dan kucing memang tidak dapat dinafikan lagi. Inikan pula kucing yang dipelihara sejak kecil lagi.
Hari ini kira-kira jam 5.30 petang pasukan bomba dikerah ke jambatan berhampiran D.Island Putra Perdana, Puchong bagi menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam sungai besar dan tersangkut pada longgokan sampah.
Dalam video berdurasi 2.19 saat iui dapat dilihat seorang anggota bomba turun ke bawah jambatan sambal diikat pada tali keselamatan untuk menyelamatkan kucing yang kesejukan itu.
Saksikan bagaimana seorang anggota bomba menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas longgokan sampah hanyut yang tersangkut pada tiang jambatan.
Kejadian berlaku di jambatan berhampiran D. Island Putra, Perdana, Puchong kira-kira jam 5:30 petang tadi.@BuletinTV3 pic.twitter.com/YeFN9omTQB
— PANG CHINN FEI (@CHINNFEI) November 17, 2020
Selepas kira-kira hampir 2 minit akhirnya haiwan tersebut berjaya dinaikkan. Kelihatan tuan kucing tersebut memeluk haiwan peliharaannya itu sambil menangis.
Tahniah kepada pasukan bomba yang bertugas tanpa mengira apa pun hidupan dan yang pastinya perkhidmatan anggota bomba sangat dihargai kerana kecekapan dan ketangkasan mereka.
***P/S – Semalam min bawa kucing min main di taman, sekali dia berlari bawah jambatan. Nasib baik air cetek kalau tak min pun panggil bomba!
Sumber: Twitter Pang Chinn fei
Penduduk Kampung Terkejut Ketulan Beku ‘Berbau’ Jatuh Dari Langit

Selalu kita dengar bagai duit jatuh dari langit tapi lain pula apa yang berlaku di sebuah kampung kecil di English ni.
Memang ‘rare’ bila ketulan besar najis beku secara tiba-tiba jatuh dari langit. Alamak!!
Selalunya jika korang berada dalam penerbangan jarak jauh yang memakan masa belasan jam, sememangnya tidak sah kalau penumpang tidak pergi ke tandas pesawat untuk melepaskan ‘hajat’.
Namun, korang pernah terfikir tak kemana perginya semua sisa kumbahan manusia itu pergi dan dilupuskan?
Untuk pengetahuan semua tandas pesawat telah wujud sejal awal perjalanan udara diperkenalkan lagi dimana juruterbang perang kedua membuang air kecil dalam botol dan membuang air besar dalam kotak kemudian dilemparkannya keluar melalui tingkap.
Sehingga kini, sesetengah masyarakat masih percaya bahawa kapal terbang membuang najis berwarna biru yang beku ( blue ice) memalui udara.
Ini apa dialami oleh penduduk kampung apabila terdengar satu bunyi kuat kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu dan temui ketulan besar berkenaan di tepi jalan. Menurut laporan Portsmouth News, seorang penduduk, Louise Browne berkata ketulan tersebut berukuran kira-kira 50 sentimer persegi.
“Kami sedang bersiap untuk tidur dan tiba-tiba kami terdengar seperti ada orang membaling batu ke arah tingkap kami. Suami saya berkata ketulan ini pastu terjatuh daripada sebuah pesawat,” katanya.
Bau busuk menyelubungi kampung tersebut selepas ketulan itu mula cair dan ini meyakinkan penduduk ia mungkin terjatuh daripada tandas sebuah pesawat.
Insiden najis beku terjatuh daripada sebuah pesawat dilaporkan jarang berlaku namun ia dikenali sebagai ‘blue ice’.
Tambah Browne lagi, ketulan tersebut hampir terkena sebuah kereta.
“Nasib baik ketulan itu tidak terjatuh ke atas kereta berkenaan. Mujur juga tiada orang sedang berjalan di kawasan berkenaan pada masa itu. Jika tidak sudah pasti ia akan menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya kepada Latin Times.
Ini 3 fakta tentang tandas pesawat yang korang kena tahu!
- Pintu tandas pesawat sebenarnya boleh dibuka dengan mudah dari luar. Hanya dengan mengangkat tanda ‘WC’ dan tombol pintu ke posisi terkunci, pintu dapat dibuka. Tapi jangan sesekali melakukan perkara ini melainkan ada penumpang yang terkunci dari dalam dan memerlukan bantuan.
- Air dari tandas pesawat dikatakan sangat kotor. Malah, menurut artikel dari Wall Street Journal pada tahun 2002, para penyelidik mendapati air yang diuji dari 14 pesawat yang berbeza mempunyai sampel air yang mengandungi ratusan bakteria seperti Salmonella, Staphylococcus, bahkan larva dan telur serangga.
- Tandas merupakan bahagian pesawat paling kotor. Ini kerana tandas pesawat digunakan oleh manusia daripada pelbagai negara yang juga mempunyai berbeza attitude dari segi kebersihan.
Sumber : Astro Awani,
Graduan Sarjana Pertama Pengajian Ninja Di Jepun, Wow Hebatnya!

Eh??? Ninja tu wujud ke? Bukan dalam filem je ke? Korang rasa macam mana? Yang min tahu ninja ni Ninja Turtle je la. Susah nak cakap kesahihan tentang kewujudan ninja di dunia ni terutama di Jepun tetapi hakikatnya ninja itu wujud yer.
Nama ninja sangat sinonim dengan Jepun. Sebenarnya ninja bukan fiksyen semata-mata dan mereka ini suatu ketika dahulu merupakan barisan pertahanan dinasti di Jepun suatu ketika dahulu. Malah, sehingga hari ini terdapat beberapa ninja sebenar di Jepun.
Ninja, atau lebih dikenali sebagai Shinobi di Nippon (baca : Jepun) merupakan tentera upahan yang mahir dalam kerja risikan, sabotaj dan membunuh secara senyap.
Guess what guys….
Baru-baru ini, Jepun telah menghasilkan lulusan pengajian ninja pertamanya selepas Genichi Mitsuhashi menghabiskan dua tahun mengasah kemahiran seni pertahanan diri dan tradisi berseni agen pertahanan era feudal itu.
Graduan berusia 45 tahun itu menamatkan sarjananya di Universiti Mie, tengah Jepun, daerah yang dianggap sebagai wilayah ninja.
Selain meneliti dokumen sejarah, Mitsuhashi berkata, dia turut mengambil aspek praktikal untuk menjadi ninja.
“Saya ada membaca bahawa ninja bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang.
“Oleh itu, saya turut menanam sayur-sayuran dan mengusahakan teknik seni mempertahankan diri selain banyak mempelajari mengenai ninja di dalam kelas
“Dengan gabungan ini, saya fikir saya dapat belajar tentang ninja yang sebenarnya,” katanya.
Profesor Fakulti Kemanusiaan universiti itu yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai ejen penyamar era Feudal, Yuji Yamada, 53, berkata, Genichi menjadi contoh dan ikutan buat penuntut yang berjaya menamatkan kursus ninja itu.
Selain itu, Mitsuhashi yang turut mempelajari kung fu dan seni mempertahankan diri Jepun yang dikenali sebagai Shorinji Kempo, sejak dibangku sekolah menengah turut mengajar kemahiran ninja itu kepada orang lain dan menjalankan perniagaan penginapan tempatan sambil melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).
Universiti Mie mengambil pendekatan serius dalam kajian ninja dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Ninja Antarabangsa pada 2017 dan mula menawarkan kursus seni pertahanan diri itu bermula April 2018.
Ia terletak di Iga, 350 kilometer (220 batu) barat daya Tokyo dan merupakan sebuah kota yang dikelilingi gunung yang dipercayai pernah menjadi rumah bagi banyak ninja.
Genichi yang membantu perniagaan keluarganya sebagai penyelenggaraan bangunan di Osaka, pindah ke wilayah Iga ada musim bunga 2018, di mana dia bertekad untuk mempelajari ninja dan melakukan pertanian kampung di pergunungan.
Dia mendaftar di universiti tersebut dan membeli sebuah rumah kayu dua tingkat di mana dia menanam padi dan sayur di ladang untuk kegunaannya sendiri. Dia juga membaiki sebuah gudang untuk dijadikan ‘dojo’ dan mengajar teknik ninja serta kemahiran bertempur.
Untuk mendaftar pengajian tersebut, pelajar harus mengambil peperiksaan sejarah Jepun dan ujian membaca dokumen sejarah ninja.
“Kira-kira tiga pelajar mendaftar setiap tahun. Saya rasa ada permintaan,” kata profesor itu.
“Kami mendapat banyak pertanyaan dari luar negara tetapi saya harus mengatakan satu perkara; Ini adalah kursus untuk belajar mengenai ninja, bukan untuk menjadinya.”
Untuk info, Ninja merupakan antara salah satu seni bela diri yang paling tua di negara matahari terbit iaitu Jepun. Ia dikesan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu pada Zaman Nara di era Jepun klasik.
So kita bila nak buat jurusan persilatan, ha kan boleh naikkan seni pertahankan diri kita sendiri.
Sumber: Japan Times
Kes Covid-19 Di China Semakin Menurun, Ini 9 Tip Kita Boleh Tiru Cara Mereka ‘Handle’ Wabak Ini!

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru membuat perutusan khas tentang Covid-19 yang mungkin akan memasuki gelombang ketiga jika rakyat Malaysia masih tidak memberikan kerjasama dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang baru bermula hari ini 18 Mac sehingga akhir bulan nanti.
Ternyata bukan saja Malaysia, malah seluruh dunia bimbang akan wabak pendemik ini malah beberapa buah negara juga mengisytiharkan darurat terutama di Eropah.
Namun, berita baik di China apabila telah menutup sebahagian besar hospital sementara yang digunakan untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19) selepas jumlah jangkitan virus itu semakin menurun di negara tersebut.
Rupa-rupanya ini yang mereka lakukan, menurut posting @AnginJalan di Twitter, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing China, mendedahkan situasi mereka sudah terkawal. Rabu lepas hanya 8 kes baru dilaporkan di luar Wuhan.
Justeru itu, China menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan ke Itali untuk mrmbantu mereka mengatasi wabak ini. Hal ini kerana kes peningkatan penularan wabak Covid-19 yang cepat di Itali yang sekarang telah mencecah lebih 31,000 kes melalui laporan Worldometer.
Menurut posting tersebut juga, dia membaca perkongsian rakyat Malaysia di China, bagaimana cara negara tersebut mengawal wabak ini. Menurutnya bukan sahaja Wuhan je yang dikuarantin malah seluruh China turut buat benda yang sama.
Ini merupakan tip yang rakyat China lakukan untuk ‘handle’ wabak ini.
Hanya seorang wakil rumah je yang akan keluar rumah untuk membeli keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.
Premis yang dibuka maksudnya cuma kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi dan klinik yang penting je. Orang ramai juga dilarang melepak dan merayau tanpa tujuan. Kalau polis nampak, mereka akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing.
Pemeriksaan Suhu Badan
Semua orang esti cehck suhu badan sebelum masuk ke mana-mana premis atau bangunan. Tempoh kuarantin di dana berlaku selama 40 hari termasuk tiada yang pergi sekolah dan tempat kerja.
Tip yang mereka lakukan jika keluar rumah.
Di sana juga mereka lebih prefer guna sistem e-wallet untuk buat pembayaran bagi mengelak menyentuh apa-apa. In case nak guna duit, mereka akan sanitize tangan selepas itu.
So harapnya rakyat Malaysia boleh la dengar arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kerajaan dan mengikut tip-tip ini.
Penulis baru duduk sehari di rumah pun dah bosan, tak sanggup nak biarkan perintah kawalan pergerakan ni berlanjutan..huuhuhu