Semalam, berita baik untuk penyanyi yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah.
Dia yang popular dengan lagu Patah Seribu telah disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia bagi Selebriti (penyanyi) sekaligus meletakkan namanya tersenarai dalam kategori belia yang berjaya di bawah usia 30 tahun.
Apa yang bestnya bila disenaraikan oleh Forbes 30 Under 30 Ini? Award ini hanya diberikan kepada sebilangan anak muda terbaik dari Asia.
Untuk pengetahuan korang, untuk menang anugerah ini bukan mudah. Kena ada kriteria yang korang layak dicalonkan kerana anugerah ini menjulang belia yang berjaya pada usia bawah 30 tahun. Jumlah anak muda Asia pula terlalu ramai, 800 juta orang yang mana setiap satu punya cerita tersendiri.
Jadi bila dianugerah, ia adalah satu pencapaian terbaik yang pernah kita lakukan dan ia sesuatu yang perlu dibanggakan.
Wow, amazingkan, jadi congratulation pada Shila Amzah.
Tapi selain dirinya, pengacara, ahli perniagaan dan juga pelakon, Neelofa sekali lagi tersenarai dalam kategori Runcit dan E-Dagang bersama pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof dalam kategori yang sama untuk dua tahun berturut-turut.
Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes itu kini telah masuk tahun ketiga apabila mereka menyenaraikan 30 penerima berusia bawah 30 tahun dalam 10 kategori yang berbeza.
Apa yang pasti, Shila Amzah telah berkongsi berita gembira ini bersama peminatnya melalu entri di laman instagramnya sambil turut mengucapkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.
Dengan pencapaiannya itu, Shila berharap dia dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras demi mencapai impian.
“Ia satu penghargaan besar apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada Forbes 30 Under 30 Asia 2018.
“Dengan kejayaan ini, besar harapan saya bahawa diri saya telah memberikan inspirasi kepada belia. Kita semua mesti percaya bahawa impian mampu mampu menjadi kenyataan jika kita semua mempunyai semangat dan ketabahan yang tinggi,” katanya.
Malah kejayaan itu begitu dirasai peminatnya yang mengucapkan tahniah buat dirinya. Pada usianya 27 tahun, nama Shila sememangnya menjadi sebutan dalam industri muzik di China selepas menjuarai program nyanyian Asian Wave di Beijing pada 2012.
Dalam senaraian Forbes, Shila mempunyai 2.3 juta peminat di laman sosial Weibo dan sebagai seorang wanita beragama Islam, dirinya telah berjaya menggalakkan penerimaan agama di negara tembok besar tersebut.
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 merangkumi 300 individu yang telah melakukan perubahan dalam bidang masing-masing antaranya seperti seni, bisnes dan kewangan.
Selain Shila, rakyat Malaysia lain yang turut tersenarai adalah Amira Geneid, pengasas jenama alat solek muslimah Zahara, dan Pengasas FatHopes Energy, Vinesh Sinha.
Bukan itu saja, dua anak muda yang juga pengasas agensi pelancongan ARBA Travel & Tours Sdn Bhd iaitu Ammar Roslizar dan Ammar Shahrin turut tersenarai dalam kategori Runcit dan E-Dagang. Tahniah.