Rizalman
Rizalman

Tersentuh melihat keadaan uzur Rumah Komuniti Malaysia (MCH) Liverpool di United Kingdom, yang menjadi lokasi penting bagi perhimpunan warga Malaysia, pereka fesyen dan ikon gaya hidup terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, mengambil langkah proaktif dengan menghulurkan bantuan untuk memulihkannya.

Rizalman Sumbang RM500,000 Baiki Rumah Komuniti Malaysia Di Liverpool

Tersentuh Lihat Rumah Komuniti Malaysia Liverpool, Rizalman Sumbang RM500,000
Rizalman

Melalui Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI), Rizalman telah menyumbangkan sebanyak RM500,000 kepada Dar Al Qari Resources, entiti yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan kerja-kerja baik pulih MCH Liverpool.

Menurut Rizalman, yang bakal menyambut ulang tahun ke-53 pada 28 Oktober, sumbangan ini seiring dengan komitmen Yayasan RI dalam usaha untuk menyokong dan memperkukuh komuniti, bukan sahaja dari segi fungsinya, tetapi juga penampilan dan estetika ruang.

Tersentuh Lihat Rumah Komuniti Malaysia Liverpool, Rizalman Sumbang RM500,000
Rizalman

“Sebagai khalifah di bumi Allah SWT, saya melihat kepentingan untuk memberikan bantuan. Ini bukan sekadar untuk kepentingan saya, tetapi lebih kepada memberi sinar baru kepada warga Malaysia di Liverpool melalui MCH yang lebih menarik dan selesa.

Ads

“Justeru, saya berhasrat untuk membaik pulih bangunan ini di bawah naungan Yayasan RI,” kata Rizalman yang hadir di Liverpool untuk menyempurnakan majlis perasmian wajah baharu MCH Liverpool, semalam.

Rizalman Sumbang RM500,000 Baiki Rumah Komuniti Malaysia Di Liverpool

Dari perspektif dekorasi, MCH Liverpool yang lama uzur kini diberi nafas baru melalui sentuhan kreatif yang memadukan elemen tradisi dan moden, selari dengan budaya Malaysia yang kaya dengan warisan. Warna-warna hangat, perabot yang disesuaikan dengan fungsi dan rekabentuk ruang yang lebih terbuka, memberikan suasana yang lebih menyenangkan serta mesra keluarga.

Ads

Tersentuh Lihat Rumah Komuniti Malaysia Liverpool, Rizalman Sumbang RM500,000

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Dar Al-Qari Resources, Jailani Jantan, menyatakan bahawa selain daripada aspek fizikal, kerja-kerja baik pulih ini turut memberi penekanan kepada pengisian kebudayaan, termasuk aktiviti keagamaan dan budaya Melayu.

Ads

Bangunan tiga tingkat MCH Liverpool, yang mula dibina pada tahun 1970-an oleh mantan kelasi kapal berbangsa Melayu, kini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat komuniti, tetapi juga sebagai mercu tanda yang mempamerkan sentuhan seni bina Melayu di tengah-tengah Liverpool, memberikan ruang yang penuh nostalgia dan kekayaan warisan kepada generasi baru warga Malaysia di luar negara.

* Wah bagusnya Rizalman ni, moga murah rezeki!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Sumber: Instagram Norman Hakim

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI