Tertarik Dengan Disiplin Kehidupan Muslim, Pelajar Thailand Ini Memeluk Islam

Share

Hidayah itu milik Allah. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

ARTIKEL LAGI : Perkahwinan Gadis & ‘Oppa’ Ini Tarik Perhatian, Kedua-Duanya Mualaf!

Memilih untuk menukar keyakinan agama bukanlah satu perkara yang boleh dibuat mainan. Berpindah kepercayaan daripada satu agama ke satu agama lain memerlukan kekuatan dan juga tawakal yang tinggi.

Baru-baru ini, pendakwah serta penggerak badan bukan kerajaan Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung  telah berkongsi tentang kisah seorang pelajar lelaki Thailand yang berjaya memeluk Islam setelah terkapai mencari maksud hidup yang sebenar.

Jom kita baca perkongsian beliau.

Supanut Ninyeerue seorang pelajar berusia 24 tahun berasal dari Wilayah Rayong, Thailand dilahir & dibesarkan dalam keluarga beragama Buddha.

Menurutnya, agama Buddha mempunyai banyak nilai-nilai yang sangat baik tetapi persoalannya tentang tujuan hidup tidak terjawab walaupun setelah berjumpa ramai cendekiawan agama Buddha untuk bertanyakan perihal ini.

Supanut Ninyeerue seorang pelajar berusia 24 tahun berasal dari Thailand Foto Via FB Firdaus Wong

Jawapan yang diberikan tidak menjawab persoalannya tetapi menimbulkan persoalan lanjut buatnya. Beliau mula beransur-ansur hilang kepercayaan tentang agama Buddha setelah memulakan pengajian di Universiti Kasetsart Bangkok pada 2017.

Tujuan Hidup

Selain dari sejak kecil beliau tidak mendapat jawapan menyakinkan tentang tujuan hidup, ditambah penjelmaan semula kitaran untuk mencapai Nirvana baginya adalah tidak praktikal.

Manusia dilahirkan semula berdasarkan hidupnya sebelum ini, jadi beliau tertanya apakah yang menyebabkan kelahiran pertama berlaku dan apa yang menyebabkan terjadinya kelahiran pertama sedangkan dalam agama Buddha tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Di dalam agama Buddha, antara yang diajar adalah ‘cause & effect’ (sebab dan akibat). Sesuatu akibat mesti ada penyebabnya!

Maka apa & siapa yang menjadi penyebab kepada terjadinya kelahiran pertama? Baginya tidak logikal tiada penyebab pertama yang menyebabkan semua ciptaan ini.

Pada tahun kedua di universiti, beliau didekati oleh seorang missionari Kristian dan dibaptis hanya kerana ikut-ikutan walaupun beliau tidak memahami apa itu Kristian dan juga konsep Triniti.

Setelah satu tempoh, beliau masih tidak boleh menerima konsep Triniti yang baginya mengelirukan dan tidak logikal lalu beliau kembali kepada Buddhisme.

Beliau tidak mengamalkan Buddhisme walaupun kembali kepada agama Buddha. Beliau hanya kembali kerana itu sahaja antara agama yang dia tahu, maka adalah normal seseorang kembali kepada apa yang dia ketahui.

Apabila diimbas kembali, dia tidak merasakan dia kembali kepada Buddhisme tetapi lebih kepada menjadi ateis.

Baginya tiada perbezaan yang besar antara Buddhisme & ateis kerana kedua-duanya tidak percaya pada Tuhan kecuali Buddhisme kod etika dan ateisme tidak.

Pada tempoh itu beliau hidup bebas tanpa sempadan. Arak, dadah, hiburan menjadi penemannya.

Memasuki tahu kelimanya di universiti, beliau sedar gaya hidupnya yang tidak terkawal ini bukanlah sesuatu yang dia mahukan. Hiburan, arak & dadah hanya kepuasan sementara tetapi jiwanya sentiasa merasa kosong.

Terjumpa Saluran Youtube Membicarakan Tentang Cara Hidup Islam.

Pada suatu hari ketika melayari YouTube, beliau terserempak dengan Saluran Youtube Toe-Tal yang membicarakan tentang cara hidup Islam.

Dia sangat tertarik dengan apa yang diceritakan seperti gaya hidup sebagai Muslim. Baginya, inilah disiplin kehidupan yang boleh dinikmati dalam keadaan terkawal!

Beliau menyertai kelab Muslim di universiti walaupun masih belum memeluk agama Islam dan beliau didedahkan dengan video Dr. Zakir Naik yang telah dialih suara ke Bahasa Thai di Saluran Youtube Assabiqoon.

Topik tentang Tuhan mula menarik perhatiannya dan beliau menjadi ‘follower’ tegar YouTube tersebut.

Pada Oktober 2022, beliau mula menunaikan solat, menyimpan janggut, tidak memakan daging khinzir dan perkara haram yang lain.

Tiga bulan selepas itu iaitu pada Feb 2023, beliau telah memeluk Islam melalui Ustaz Amin Lona, dan menjadi sebahagian daripada pasukan Assabiqoon sejak dari itu.

Beliau telah memilih nama Alwan sebagai namanya.

Beliau juga telah menyertai bengkel dakwah kami selama 6 hari walaupun hanya mengetahuinya sehari sebelum program dan beliau terus meminta izin dari pensyarahnya untuk tidak hadir ke kelas tetapi hadir ke bengkel dakwah.

Baginya ini adalah peluang yang tidak mahu dilepaskannya.

BACA LAGI : Adam Corrie Kongsi 7 Panduan Bina ‘Perkahwinan Campur’. Ajak Peluk Islam & Berkahwin

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana