Gelombang kedua wabak Covid-19 menjadikan rakyat semakin cemas dengan angka meningkat setiap hari menjadikan jumlah terkini sebanyak 428 kes di Malaysia. Menurut Harian Metro, hal ini menjadikan negara kita mencatatkan kes tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan Covid-19.
Semakin banyak syarikat yang mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyuruh pekerja bekerja dari rumah. Jumlah keseluruhan kes di serata dunia ketika ini adalah 169,577 kes manakala angka kematian dilaporkan sebanyak 6516.
Sehingga kini, sebanyak sembilan kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
” Berdasarkan siasatan awal, kebanyakkan kes baharu ini berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.” Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba
Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penyiasatan dan giat mengesan peserta perhimpunan tabligh baru-baru ini.
“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.
Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.
Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.
So, harap korang terus berjaga-jaga dan menjaga kesihatan masing-masing. Moga kita terhindar dari virus pendemik yang merbahaya ini. Kurangkan aktiviti luar dan sentiasa mencuci tangan.
Sumber : Harian Metro