Tertinggi Sejak Pandemik Menular, JAWI Saran Lakukan Solat Hajat Bermula Hari Ini

Share

Setakat semalam, Malaysia mencatat sebanyak 691 kes baharu positif Covid-19 dan ini menjadikan kes tertinggi dilaporkan sejak pandemik tersebut menular dalam negara.

Menurut data terbaharu John Hopkins University menunjukkan, lebih 290,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 pula melebihi jumlah populasi Malaysia, dengan 35.7 juta kes direkodkan.

Seramnya….pandemik ini betul-betul menakutkan kita semua.

Solat hajat 3 hari berturut-turut

Oleh sebab itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat.

Waktu solat hajat tersebut adalah disarankan selepas waktu solat Magrib bermula hari ini selama tiga hari berturut-turut.

Solat hajat ini akan dilakukan secara serentak untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,” katanya dalam pekeliling yang diedarkan.” Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail

Jadi, jom la rakyat Malaysia beragama Islam kita sama-sama turut serta bersama keluarga dirumah untuk mendoakan agar Covid-19 yang sedang menular di dalam negara dan juga dunia dapat dihentikan. Moga kita semua dirahmati oleh NYA.

Sumber : Astro Awani

Published by
Ruziana Zainal