Teruk Dikecam Kerana ‘Buka Mulut’ Isu Palestin, Gigi Hadid Tidak Kisah Lantang Bersuara

Share

Model terkenal, Gigi Hadid telah mengeluarkan kenyataan mengenai perang yang meletus pada hujung minggu selepas Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel dari Gaza.

ARTIKEL BERKAITAN: Persis Prison Break! 6 Tahanan Palestin Selinap Keluar Penjara Israel Gunakan Sudu

“Jiwa saya bersama mereka yang terjejas oleh tragedi yang tidak wajar ini dan nyawa yang tidak bersalah yang telah diragut oleh konflik ini – terlalu ramai daripadanya adalah kanak-kanak,” tulis supermodel itu menerusi catatan akaun Instagramnya, Selasa lepas.

 “Saya mempunyai empati dan kesedihan yang mendalam terhadap perjuangan Palestin kerana ia adalah tanggungjawab yang saya pegang setiap hari.

“Saya juga merasakan tanggungjawab kepada rakan-rakan Yahudi saya untuk menjelaskannya, seperti yang saya lakukan sebelum ini.

“Walaupun saya mempunyai harapan dan impian untuk rakyat Palestin, tiada sekelumit pun dari niat saya untuk menyokong tindak laku yang mencederakan orang Yahudi,” jelasnya.

Berbeza dengan adiknya, Bella Hadid, yang juga sebelum ini lantang bersuara berkaitan isu ini, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai konflik terbaru itu.

Bahkan, dua hari lalu ketika ulang tahunnya ke-27 tahun, Bella juga enggan berkongsi sebarang gambar sambutan ulang tahunnya dek kerana hormat dengan situasi sensitif dan tegang yang kini sedang berlaku antara Israel dan Palestin.

Menjenguk ke ruangan komen di media sosial lain seperti X, majoriti mengecam tindakan ibu kepada seorang cahaya mata tersebut kerana tidak memahami tujuan sebenar apa yang sedang terjadi di Gaza.

Untuk makluman, pada awal pagi Sabtu lepas, anggota kumpulan militan Hamas yang mengawal Semenanjung Gaza telah berjaya memecah sempadan dengan Israel, membunuh beratus-ratus askar dan orang awam serta menjadikan berpuluh-puluh tebusan.

Israel kemudian bertindak balas dengan kekerasan, mengisytiharkan perang dan mengebom Gaza dengan serangan udara tanpa henti.

BACA LAGI: Tak Kisah Dilabel Kolot, Cikgu Tari Tular FAREES ASRI Pertahankan Seni Budaya Menerusi Lensa Media Sosial – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO/ARTIKEL: Getty Images, Instagram Gigi Hadid

Published by
Adriana Syaurah