Terus Istiqamah, Hannah Delisha Cantik Berjubah Sambut Hari Lahir Ke-24

Share

 

Transisi imej pelakon dan penyanyi dari Singapura, Hannah Delisha sejak berhijab pada awal September tahun ini nyata telah menarik perhatian ramai pihak – terutama para peminatnya.

Selain selalu menerima doa agar kekal istiqamah, Hannah juga kini dilihat lebih bijak berkomunikasi menerusi foto dan status yang dimuat naik ke media sosial seiring dengan perubahan tersebut.

Di antara status Hannah yang disukai penulis adalah seperti:

“If we want to see our lives change, purify our hearts. (Sekiranya kita ingin melihat hidup kita berubah, jernihkanlah hati kita.)”

Terbaru, Hannah baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke-24 pada Selasa lalu. Menariknya, Hannah memilih sepasang jubah flowy dan longgar untuk dipadankan dengan hijab rona kelabu kebiruan.

Instagram

Catat Hannah menerusi foto di Instagram itu, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi memberikan ucapan hari kelahirannya.

“Terima kasih di atas ucapan hari lahir dan doa dari semua orang, saya amat terharu dengannya.

“Saya minta maaf jika saya tidak dapat membalas kesemua mesejdan komen tersebut. Tapi ketahuilah bahawa saya hargai setiap satu daripadanya,” kata Hannah yang kini sibuk dengan projek penggambaran drama terbaru berjudul Tercipta Satu Ikatan.

Instagram

Posting yang telah menerima sejumlah 224,000 likes dan lebih 2000 komen itu turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari jadi.

Pelakon, AishaH Azman dengan tepatnya memberikan jolokan nama ‘bidadari’ kepada Hannah – because that is exactly how she looks like.

Apapun, tidak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Happy Birthday kepada si cantik manis ini. Semoga Hannah kekal istiqamah dan sentiasa berjaya dijalanNya.

 

Published by
FZ