Nama Henry Golding sekali lagi tersenarai dalam membintangi sebuah filem Holywood yang berjudul The Gentlemen. Jejaka yang berasal dari Sarawak ini membuktikan bahawa kemampuannya untuk beraksi di Hollywood adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Selepas filem Last Christmas yang ditayangkan pada November lalu, Henry Golding kini melakonkan filem aksi bersama pengarah Guy Ritchie dalam The Gentlemen.
Filem ini mengisahkan tentang Mickey Pearson, seorang ekspatriat Amerika yang menetap di London, menjadi kaya raya dengan menjual ganja di bandar itu. Kini dia merancang untuk menjual empayar ganja yang menguntungkan itu, dengan menawarkan nilai USD400 juta kepada kenalan-kenalan Amerikanya.
Namun apabila orang lain, termasuk gangster dari kartel dadah Oriental, mendapat tahu mengenai tawaran itu, mereka mula merancang untuk merampas haknya. Ia telah menyebabkan pertumpahan darah yang Pearson tidak jangkakan.
Jalan cerita tak cliche
Cara penyampaian cerita diceritakan semula orang seorang wartawan yang bernama Fletcher. Karakter yang dilakonkan oleh Hugh Grant ini mampu menghiburkan penonton dan bagi kami, wataknya juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan lagi jalan cerita.
Tidak seperti filem jenayah yang lain, rata-ratanya memaparkan kisah penjahat dengan pasukan polis, namun walaupun melakukan jenayah bisnes dadah, filem ini tidak langsung mengaitkan polis sebagai teraju utama.
Secara ringkasnya filem ini bukanlah cerita cliche penjenayah yang diburu polis dan akhirnya tertangkap.
Oh, tidak.
Disebabkan itu kami tertarik dengan The Gentlemen, selain daripada ceritanya yang straight forward dan ditambah dengan babak-babak lucu dari setiap watak.
Lakonan Henry Golding tidak mengecewakan
Jika sebelum ini kita sering menyaksikan Henry Golding memegang watak romantis, namun jejaka ini telah pun membuktikan bahawa dia seorang pelakon serba boleh dan memegang watak penjahat dalam filem ini.
Memaparkan seorang penjenayah berbangsa Cina, kini rasanya masyarakat Malaysia boleh berbangga apabila pelakon dari negara kita telah dipilih untuk memegang watak yang biasanya dimonopoli oleh pelakon dari Hong Kong atau China.
Walaupun wataknya tidak terlalu menonjol, namun lakonan mantap yang diberikan Henry tetap harus dipuji.
Okay tak bolehlah kami nak cerita panjang-panjang kan. Kalau nak tahu best ke tidak filem The Gentlemen ini, korang boleh saksikan sendiri di pawagam bermula 13 Februari nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=t8aV9hTQCj4