“Terus Semangat Student”, Cikgu Siap Berbaju Tradisional Mengajar Kelas ‘Online’

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia. Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video.

Jika ramai netizen memberikan komen negetif termasuk mengatakan ramai cikgu makan gaji buta tetapi tidak ye guys!

Ini buktinya apabila seorang guru Nancy Maria berkongsi idea kreatifnya mengajar ‘online’ di laman Facebook, dia telah memakai pakaian tradisional masyarakat Iban ketika menyertai google meet bersama para pelajar.

Menurut guru dari Sarawak itu, topik pembelajaran pada hari tersebut berkenaan dengan pemakaian masyarakat Iban atau ‘Ngepan Iban’.

Jadi atas permintaan para pelajar, dia dengan hati terbuka menggayakan busana tradisional tersebut ketika mengadakan kelas online.

Guru tingkatan enam ini juga dilihat bersemangat mengajar anak didiknya walaupun berada di rumah dengan menyediakan penerangan dengan begitu teliti di hadapan komputer riba.

Para pelajarnya turut fokus dan sama-sama gembira menghadiri google meet subjek Bahasa Melayu itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi.

Jadi inspirasi guru lain

Bestnya dapat cikgu sporting dan cantik macam ni kan, apapun rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, berganding bahu menentang musuh senyap, Covid-19.

Sumber: Nancy Maria

Published by
Nana