Perkahwinan pasangan bintang popular Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin masih lagi diperkatakan apabila seorang tetamu majlis resepsi mereka yang juga merupakan rapper Korea, Hanhae telah membongkar ‘doorgift’ yang diterima daripada majlis tersebut.
Menurut selebriti itu, dia terkejut melihat ‘doorgift’ yang diterima iaitu minyak wangi daripada jenama terkenal Tom Ford, massage roller daripada jenama peranti kecantikan Barnab dan set kaca daripada Baccarat sebagai hadiah kerana menghadiri majlis perkahwinan itu.
Hadiah yang diberikan kepada tetamu itu dianggarkan bernilai lebih 1 juta Korea Won bersamaan lebih kurang AS$789.19 (RM 3468.10).
Sumber: Allkpop
Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang kad jemputan perkahwinan selebriti popular ini yang dikatakan begitu mewah dengan rekaan wedding dress pada kad jemputan tersebut. Kedua-dua pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac lalu yang mendapat perhatian ramai.
Son Ye Jin dan Hyun Bin juga telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari lalu. Hubungan intim mereka terjalin ketika kedua-duanya menjalani drama Crash Landing On You. Ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana ramai juga selebriti Korea yang bertemu dengan cinta hati ketika di set penggambaran.
Di Malaysia juga, perkahwinan selebriti Neelofa pernah turut menjadi bualan kerana doorgift yang diterima tetamu merupakan barangan mewah daripada Lancome dan Swarovski. Untunglah tetamu yang hadir di perkahwinan selebriti-selebriti terkenal ini kan. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Remaja di negara Barat pastinya sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Kekasih pada hari ini, 14 Februari. Menariknya, bukan mereka saja yang akan menjadi romantik pada minggu ini apabila remaja berketurunan Cina turut akan menyambut Hari Kekasih versi mereka ESOK pada 15 Februari bersempena Chap Goh Mei!
Walaupun kedua-duanya jatuh pada minggu yang sama, budaya serta cara sambutannya sama sekali berbeza.
Di negara Barat, Hari Kekasih disambut secara besar-besaran oleh mereka yang sudah berpasangan (yang single, main jauh-jauh). Khabarnya, pendapatan pelbagai sektor perniagaan pada malam ini saja adalah di antara yang paling menguntungkan sepanjang bulan Februari.
Iyalah, semua lelaki akan sanggup berbelanja besar untuk membawa pasangan ke restoran mewah, membelikannya coklat, bunga, hadiah dan macam-macam lagi bentuk hadiah yang akan diterima oleh teman wanitanya dengan tangan terbuka.
Budaya Hari Kekasih di negara Barat juga ibarat sudah sebati dengan paparan dalam filem serta drama Hollywood sehinggakan ramai terikut-ikut dengannya.
Lain pula ceritanya dengan cara masyarakat Cina menyambut Hari Kekasih meraka.
Sambutan Chap Goh Mei pada malam ke-15 esok amat popular dalam kalangan remaja berketurunan Cina di Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.
Hari yang juga dikenali sebagai Festival Tanglung ini menyaksikan kediaman mereka terang-benderang dihiasi nyalaan tanglung pelbagai bentuk.
Jadi, di mana bahagian romantiknya?
Well, Chap Goh Mei memberi peluang kepada remaja yang masih single untuk mencari jodoh menerusi tradisi membaling oren.
Si gadis akan menulis nama dan nombor telefon mereka di atas buah oren (mungkin pada zaman ini, mereka perlu sertakan sekali akaun Instagram dan TikTok) sebelum membalingnya ke dalam tasik, sungai atau laut sambil berharap ia akan dikutip oleh bakal jodoh mereka.
Mengikut kepercayaan, tradisi ini telah dimulakan oleh masyarakat Hokkien di selatan China pada abad ke-19 dan kini semakin popular dipraktikkan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Hhm, biarkan takdir jodoh bergantung kepada buah oren – romantik tak? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kajian yang dijalankan oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga di negara Jepun mendapati satu daripada empat orang dewasa berusia bawah 40 tahun di sana berjaya menamatkan zaman bujang mereka bersama pasangan yang mereka kenali melalui aplikasi janji temu atau ‘dating apps’.
Statistik yang diterima ini menunjukkan semakin ramai masyarakat di Jepun, khususnya yang semakin mengharapkan serta mempercayai peluang untuk menemui jodoh masing-masing menerusi dunia digital.
Malah, ‘jodoh digital’ bukan lagi mitos yang tidak boleh diharap. Ia merupakan mekanisma zaman kini yang membantu mana-mana orang dewasa terutamanya dalam kalangan individu berusia 20-an atau Gen-Z untuk menamatkan zaman bujang.
Barangkali ada yang terlalu sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa bersama kenalan baharu.
Bukan itu sahaja, aplikasi janji temu juga memberi peluang kepada individu yang bersifat ‘introvert’ untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan pasangan mereka menerusi cara menghantar teks, video dan membuat panggilan video sebelum melangkah ke fasa bertemu secara fizikal.
Lapor Agensi Berita Kyodo, kerajaan Jepun kini sedang merangka kaedah untuk membantu generasi mudanya untuk menemui jodoh, berkahwin dan seterusnya mempunyai cahaya mata demi mengatasi penurunan kadar kelahiran di sana.
Melihatkan kepada tren sebegini, ia merancang bagi menjalin kerjasama dengan sektor swasta untuk mempromosikan lebih banyak aplikasi janji temu yang mematuhi garis panduan keselamatan dan penggunaan yang betul.
Sebagai info, bilangan pasangan di Jepun yang berkahwin pada tahun 2023 berada pada tahap terendah sejak Perang Dunia Kedua iaitu sekadar 474,717 pasangan sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Kita hanya boleh merancang, akhirnya hanya Tuhan yang akan menentukannya.
Ada di antara kita yang selalu terfikirkan soal jodoh yang tidak jua berkunjung tiba. Lagi fikir, lagilah pening!
Seharusnya, kita perbanyakkan doa kepada Allah dan yakin bahawa jodoh yang bakal tiba nanti adalah individu yang terbaik untuk kita.
Bagi lapan orang personaliti tempatan popular ini, rezeki mereka untuk mengikat pertalian cinta dengan jodoh masing-masing telahpun tertulis rapi. Kesemuanya memilih tahun 2021 untuk bergelar suami dan isteri kepada pasangan masing-masing.
Antara insan paling gembira buat masa ini tentunya ialah pelakon dan penyanyi dari Singapura, Hannah Delisha.
Sama comel sama padan, Hannah memilih pelakon Imam Shah dan melangsungkan acara akad nikah di Singapura pada 18 Februari lalu. Pasangan itu telah menjalin cinta selama lima tahun, namun Hannah memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kongsi kepada orang lain. Dahulukan yang wajib, itulah yang utama. Kami telah saling berkenalan sejak drama bersiri Faculty 5 tahun lepas. Imam yang saya kenali ialah seorang yang penyabar, penyayang dan kelakar.”
Jika Hannah merupakan selebriti ‘latest’ untuk bergelar isteri, Ayda Jebat pula ialah selebriti pertama yang bergelar isteri pada tahun ini. Ayda, 29 dan suaminya, Nabir Mahir, 33 telah memilih tarikh 1 Januari 2021 untuk melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
“Syukur majlis pernikahan kami berjalan lancar walaupun berada dalam norma baharu. Kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insyaAllah,” kata penyanyi Parah itu.
Tanggapan lelaki muda itu tidak matang untuk melalui fasa perkahwinan ternyata tidak benar setelah pelakon berbakat, Nafiz Muaz, 22 menamatkan zaman bujang pada 2 Januari lalu.
Pelakon kelahiran Sungai Petani itu dan pasangannya, Diyana Omar, 29 telah merancang untuk bernikah pada Ogos 2020. Namun atas kekangan pandemik, mereka menundanya ke tarikh baharu ini.
“Diyana memahami saya dan kami terbuka dalam banyak perkara. InsyaAllah, kami akan layari perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab.”
Setelah 4 tahun 15 hari menyulam rasa cinta, akhirnya Akhmal Nazri yang popular dengan karakter Jibam dalam program bersiri Oh My English! melangsungkan perkahwinannya dengan peserta Akademi Fantasia 2015, Allyssa Joanne.
Terlebih dahulu, Akhmal melamar sewaktu mereka berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu Sarawak pada tahun lalu.
Hanya bersaksikan 14 orang, perkahwinan penyanyi dan pelakon, Harris Alif, 22 bersama Intan Ladyana, 38 telah mendapat perhatian ramai peminat dan media dek kerana perbezaan usia mereka. Namun, Harris diakui matang untuk memimpin hubungan tersebut setelah mereka selamat diijab kabulkan pada 5 Februari lepas.
Menariknya, Harris dan Intan telah menerima tajaan lumayan hingga bernilai RM13.5 juta daripada pihak penaja. Ramai menyukai pasangan ini hinggakan Intan mencapai sejuta pengikut di Instagram, baru-baru ini.
Hanya sekadar merancang majlis resepsi dan baju perkahwinannya tiga hari sebelum tarikh akad nikah, Alicia Amin dan pasangan pilihannya, Dr Farzan mengejutkan ramai pihak pada 14 Februari lalu.
Alicia dalam sesi Instagram Live baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka memilih untuk mengadakan majlis ringkas di masjid saja. Namun, ibunya meminta agar resepsi kecil-kecilan diadakan di rumah untuk sesi bertukar cincin dan mengambil foto.
Comel sangat! Personaliti media sosial, Tahanee Shauki telah melangsungkan sesi akad nikah pada minggu lalu bersama pasangannya, Luqman Rosli.
Seperti biasa, acara perkahwinan pada musim pandemik ini terpaksa diadakan di rumah. Namun itu tidak bermakna Tahanee tidak boleh memotretkan momen indah dan dia memilih untuk menyarungkan busana Zaimi Zulkafli.
Kata-kata personaliti media sosial, Megat Adli cukup masin! Bermula sekadar jenaka ingin mengahwini teman wanitanya jikalau arahan PKP sekali lagi diadakan di Malaysia, kini dia selamat bergelar suami.
Ciapan yang pernah dimuat naik olehnya pada 27 September tahun lalu itu ‘terpaksa’ dimahkotakan apabila Malaysia kembali diletakkan di bawah arahan PKP. Pasangan ini memilih tarikh 18 Februari lalu untuk mengijab kabul setelah terpaksa menunda dari tarikh asal (Januari 2021) kerana kekangan PKP.
*
Tahniah kami ucapkan kepada semua pasangan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...